Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label 10 ribu pengundi hantu di selangor. Show all posts
Showing posts with label 10 ribu pengundi hantu di selangor. Show all posts

Friday, 17 February 2012

Pemuda PAS Dakwa 10, 000 Pengundi Hantu Di Selangor

Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Selangor mendakwa mengesan 10,000 pengundi hantu di negeri itu bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzah berkata semakan daftar pemilih yang dilakukan mendapati individu terlibat tidak mengetahui kad pengenalan mereka di daftar di kawasan lain untuk tujuan pengundian.


“Melalui semakan oleh para petugas kami mendapati 10,000 nama pengundi yang didaftar secara tidak sah dan mengundi secara dua kali dalam pilihan raya umum akan datang.
“Tuan rumah tidak mengetahui kad pengenalan mahupun nama mereka digunakan. Mereka tidak tahu kewujudan para pengundi yang tidak berdaftar ini.
“Dengan angka sebanyak itu kita bimbang pengundi-pengundi hantu ini di hantar ke DUN atau parlimen di kawasan Pakatan Rakyat untuk memenangkan BN,” katanya.


Sokong Bersih
Berikutan itu, Mohd Sany menyokong Bersih 2.0 tuntutan Bersih untuk membersihkan daftar pemilih dan mengadakan pilihan raya yang adil.

Sementara itu, peguam DPPN, Zainal Said mendakwa SPR mahupun PDRM melanggar undang-undang apabila membiarkan pemalsuan daftar pemilih ini.
Beliau mendakwa akibat kegagalan siasatan ke atas pemalsuan daftar pemilih itu, kerajaan boleh diambil tindakan undang-undang.
“Saman boleh dikenakan ke atas kerajaan dan jabatan-jabatan tertentu yang didapati tidak menjalankan tanggungjawab menyiasat pemalsuan dan penyelewengan daftar pemilih itu,” katanya.

AzrinRen : Wan!!! lu pandai sampai lu sudah lupa seramai 10 ribu pengundi hantu di selangor dapat dikesan, lu jangan hanya pandai berkata-kata kepada orang-orang yang bongok, tolol dan bangang seperti orang yang memerli gua tu. lu tak boleh tipu gua bro. kalau lu pandai bercakap, lu selesai secepat mungkin masalah pengundi hantu tersebut. lu ada kuasa jangan lupa yang lu ada kuasa.

psst....Hari ini hari sabtu....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat