Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label 6%. Show all posts
Showing posts with label 6%. Show all posts

Tuesday, 11 October 2011

6% Tax


Pada 8 September 2011 yang lalu Malaysiakini telah menyiarkan satu laporan yang mengatakan ‘Berkuatkuasa 15 Sept, pembelian prepaid, top ups, prepaid starter/SIM packs untuk semua pembekal system telekomunisasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6% oleh Kerajaan.’

Dan berita tersebut telah membangkitkan kemarahan banyak pihak antaranya ialah Ketua Pemuda UMNO sendiri iaitu Menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin.

Selang sehari kemudian bagi menunjukkan keprihatinannya kepada rakyat dengan selamba Najib telah berbohong dengan mengatakan keputusan itu diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi bukan dengan kelulusan kerajaan.

Berikutan itu Najib telah meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6.0 peratus kepada pengguna ke atas produk tambah nilai dan pek permulaan kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Bagi menjayakan sandiwara Najib tersebut syarikat-syarikat telekomunikasi telah menangguhkan hasrat tersebut.

Najib dikatakan berbohong kononnya tidak tahu menahu akan kenaikkan itu kerana Kerajaan umno-bn telah menetapkan cukai tersebut di dalam Budget yang dibentangkannya sendiri pada 15 Oktober 2010.. sila lihat budget tersebut di (SINI)

Nampaknya pentadbiran Najib masih tidak berputus asa untuk mengenakan cukai 6% tersebut keatas rakyat Malaysia (Ahli UMNO dikecualikan kot?)

Setelah gagal untuk menyusahkan rakyat yang menggunakan perkhidmatan Digi, Celcom, Maxis, dan Umobile dengan tax atau cukai perkhidmatan sebanyak 6%, Najib telah mengubah sasarannya.

Mulai 1 Januari 2012 cukai tersebut akan dikenakan terhadap semua pengguna perkhidmatan TM, Unifi, dan Streamyx.. err.. Ahli UMNO dikecualikan.

Dengarkan pengesahan dari Operator TMnet sendiri…. 

 

psst : - Kenaikan caj 6% disebabkan olih rakyat bukan pemimpin BN..Dah rakyat bodoo pi lantik penyamun jaga negara sapa suruh. 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat