Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label 901 bebas. Show all posts
Showing posts with label 901 bebas. Show all posts

Wednesday, 11 January 2012

DNA Tercemar : Peluang Saiful Merayu Menghadapi Jalan Sukar


apa Saiful mohon Peguam Negara rayu kes liwat II

Azlan Mohd Lazim, bapa kepada pengadu kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari berkata beliau akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan sivil susulan keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang memihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, buat masa ini beliau masih menunggu langkah yang akan diambil peguam negara -- sama ada akan merayu keputusan tersebut.

Peguam Negara juga masih belum menghubungi beliau berhubung tindakan itu, kata Azlan, 58, ketika ditanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Azlan turut menyelar Majlis Peguam yang sebelum ini membuat saranan kepada Peguam Negara untuk tidak merayu kes berkenaan.

"Pada hemat saya, tindakan majlis peguam itu... langkah untuk menidakkan hak seseorang warganegara untuk diadili dan didengar rayuannya ke peringkat tertinggi," katanya.

Badan itu sebaliknya perlu bersikap neutral dan tidak menghalang proses keadilan, kata Azlan lagi.

"Adakah gesaan itu melambangkan pendirian semua peguam atau hanya pendirian individu tertentu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik?

"Diharap pihak Peguam Negara tidak terpengaruh," katanya lagi yang menambah anggota keluarga itu juga menerima keputusan mahkamah dengan tenang.

Katanya, masih ramai yang masih bersimpati dengan Saiful dan juga keluarga beliau atas keputusan tersebut.

"Tapi apa boleh buat itu keputusan mahkamah," katanya lagi dalam sidang media di kediamannya di Petaling Jaya.

"Sebagai bapa saya akan terus bersama anak saya untuk dapatkan keadilan,

Katanya lagi, Mohd Saiful, 26, kini berada di dalam negara dan bekerja di Kuala Lumpur.

Azlan berkata anaknya itu juga kini masih bujang, seperti dirinya. -mk

''Saiful: Saya tidak akan serah kalah, mahu kes dibawa ke Mahkamah Rayuan

Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pihak pendakwa dapat mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan untuk mendapat pembelaan adil untuk dirinya.

Dalam tulisan terbaru di blognya, Mohd Saiful (gambar), 26, bekas pembantu peribadi dan pengadu kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mempunyai hak untuk mendapat pembelaan yang adil hingga ke peringkat tertinggi badan kehakiman.

"Semua sedia maklum keputusan pada hari ini tidak memihak kepada saya. Namun saya redha dan menghormati keputusan ini...saya menerimanya dengan hati yang tenang.

"Bagaimanapun aduan saya sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili hingga ke peringkat mahkamah atasan. Oleh itu saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," katanya.

Anwar, Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh hari ini dilepaskan dan dibebaskan dari tuduhan meliwat Mohd Saiful tiga tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Diah membuat keputusan itu dengan alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa selain pihak pendakwaan gagal membuktikan Anwar melakukan perbuatan itu.

Anwar, 64, dituduh meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di sini, antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Tambah Mohd Saiful, beliau percaya setiap perkara yang berlaku "ada hikmahnya" selain ia ketentuan Allah.

"Sebagai hamba Allah, saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Perancangan Allah pastinya jauh lebih hebat dari manusia.

"Iman dan keyakinan saya pada Allah tetap teguh. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." katanya.

Di akhir tulisannya, Mohd Saiful berkata beliau tidak akan sesekali menyerah kalah. -TMI


Ulasan GB

Meneliti keputusan hakim, maka kita akan dapati pihak pendakwa tidak mempunyai alasan untuk membuat rayuan. Ini kerana pihak pendakwa tidak mempunyai bukti lain untuk diketengahkan selepas kedua-dua bukti materi telah ditolak iaitu DNA dan oral-lisan.

Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."


Mengimbau kembali perbicaraan, Pakar forensik dan patalogis Australia, Dr David Wells menyifatkan integriti spesimen yang diambil daripada pengadu Saiful Bukhari Azlan dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat kritikal.

Kita juga telah didedahkan maklumat bahawa seorang pegawai polis, Pegawai penyiasat (IO) DSP Jude Blacious Periera mengakui bahawa beliau memotong bahagian luar plastik spesimen DNA untuk tujuan penandaan.

Malah Jude turut memberitahu bahawa beliau menyimpan spesimen tersebut di dalam almari tidak berhawa dingin lebih daripada 40 jam.

Pasukan peguambela pada hari ini berjaya menimbulkan kesangsian tentang cara pengendalian sampel DNA yang diambil oleh doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Saiful.

Katanya Jude sendiri telah melanggar prosedur analisis kimia dengan memotong bekas plastik yang mengandungi sampel DNA pengadu.

Dalam pada itu Sankara yang ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkata, "Pakar mengatakan IO telah potong beg. Ini memberi peluang kepada kontaminasi dan perkara ini memang berlaku. Kononnya untuk buat penandaan baru dan pakar cakap prosedur ini tidak betul. Itu menujukkan kejayaan pihak pembela hari ini".
Sekarang apabila bahan bukti utama telah tercemar dan ditolak, apa lagi yang hendak dirayukan? Apa evidences lain yang hendak dikemukakan? Dubur Saifulkah? Itupun disyaki telah dicemari.

Tiada ruang untuk pendakwa raya hendak persoalkan dan menekan mahkamah supaya bahan bukti itu diterima semula kecuali ada permainan lain direncanakan untuk menafikan keputusan hakim tersebut.

Justeru itu, harapan untuk Saiful agar Peguam Negara merayu adalah tipis dan GB merasakan peguam negara tidak akan mengambil risiko dimalukan lagi jika membuat rayuan terhadap kes ini. Apatah lagi Peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mewakili pihak pendakwaraya dan Pejabat Peguam Negara bagi kes liwat II dilaporkan sebelum ini telah pun meletakkan jawatannya!

Laporan sebelum ini
klik untuk baca''




Maklumat Lanjut Jom Ge GB








Baca Berita Penuh ..

Sunday, 8 January 2012

Hassan Ali Dipecat.....


KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Komen Azrin Ren : Memang patut pun. Dia ni lebih kurang macam musuh didalam selimut yg dok manganggu para-para jemaah yg nak menetang penzalim rakyat dan penghancur negara, Mamat ni sebelum ni nak bercadang untuk bergabung dengan UMNO. Hey lu mamat. lu talak ingat ka? dulu tahun 1969 lepas pru, PAS menang besar kemudian UMNO pelawa PAS masuk dalam perikatan seperti BN. Pelawaan itu sebab PAS adalah parti terkuat semasa itu. Kemudian parti lu ditendang daripada perikatan selepas kekuatan UMNO kembali. Lu tengok betapa alpanya umno yg terus lupa diri apabila senang. Susah cari kawan senang talak cari kawan..Takan lu tak ingat wahai hassan ali?? macam ini olang ad ka, Memang susahlah nak kalahkan yahudi kalau ini macam olang terus wujud...

psst...Selamat Tinggal Hassan Ali....

Baca Berita Penuh ..

Saturday, 7 January 2012

Pembaca Berita TV3 Tersasul...


Gara-gara tersasul sehingga menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, Nur Jamalina Mohamad Jamali yang bertanggungjawab membaca berita dalam Buletin Utama TV3 malam semalam terpaksa membuat permohonan maaf di dalam twitter beliau.

Kesilapan itu terjadi ketika beliau sedang membacakan berita tentang lawatan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ke Afrika Selatan yang dijemput menghadiri ulang tahun ke-100 ANC. Bagaimanapun, Nur Jamalina atau lebih dikenali sebagai Jay Jamalina tersasul menyebut "Datuk Seri Anwar.." sebagai Perdna Menteri Malaysia. Jamalina bagaimanapun telah meminta maaf sambil memberikan sebab beliau tersasul kerana terdapat begitu banyak membacakan berita tentang Anwar Ibrahim sebelum itu.

Sesiapa yang mengikuti Buletin Utama 7 Januari mendapati bahawa sebelum berita tentang lawatan Najib Razak ke luar negara, Jamalina telah membacakan berita tentang kronologi kes liwat II Anwar Ibrahim malah telah menyebut pihak pembela meminta penangguhan sebanyak 75 kali sebelum ini. Ia kemudian disusuli pula dengan berita 'amaran' dan peringatan daripada Muhyidin dan Pengerusi KITA Kedah yang mencemuh perhimpunan 901 yang disifatkan sekadar mengacau.


Permohonan maaf Jamalina di dalam twitter beliau.

 Bagaimanapun tahniah diucapkan di atas keberanian Jamalina yang mengakui kesilapan beliau dan berkata perkara itu tidak disengajakan. Jangan pula selepas ini kita akan dengar berita Jamalina menghantar borang menyertai Ahli UMNO...kerana ikhlas...

klik sini untuk tonton video tersebut

psst....Gadis seksi ini mesti menyokong Anwar Ibrahim....kekekek...

Baca Berita Penuh ..

Friday, 6 January 2012

Anwar Bebas 901 : Anwar Setaraf Perdana Menteri 12 Januari...


Walaupun keputusan samada Anwar akan dipenjarakan ataupun tidak hanya akan diketahui pada 9 January 2012 nanti iaitu Isnin ini..

Namun,sudah ada jemputan buat Anwar yang boleh disifatkan sebagai setaraf "Perdana Menteri" di luar negara..

Jemputan tersebut datangnya dari Negara Turki melalui Perdana Menterinya,
Recep Erdogan,

Erdogan telah menjemput Anwar untuk berucap di pejabat beliau..

Kebiasaannya...
individu yang berucap di pejabat Perdana Menteri Turki ini adalah merupakan seorang Ketua Negara atau Perdana Menteri bagi sesebuah negara...

Anwar dijadualkan berucap di pejabat Erdogan pada 12 January 2012..

Sebelum itu..
Anwar juga mendapat jemputan dari cucu Pejuang india Mahatma Ghandi,Raj Mohan untuk ke Bombay bermula dari 9 hingga 11 January ini untuk lancarkan kempen besar-besaran menentang rasuah di India..

Bermakna,sekiranya Anwar dibebaskan 9 january ini..
beliau akan berlepas ke India bagi memenuhi jemputan cucu Mahatma Ghandi tersebut..

Walaupun Anwar dihina dan di fitnah dengan begitu teruk oleh UMNO di dalam negara ini..

 Namun,masyarakat antarabangsa tetap menghormati Anwar sebagai pemimpin yang berwibawa dan berkarisma... 

psst....Dato seri pakjib dan Datin kakmah akan guna apco untuk lobi kasi dia dijemput ke america dan canada untuk berucap keh keh keh... guna duit rakyat lagi...
BN tak lengkang dari pergunakan duit rakyat ... tu lah hidup BN... cuma rakyat UMNO aja yg buta..
..

Baca Berita Penuh ..

Polis Mungkir Janji!! : 901...Ada Syarat Tambahan...

''Bercakap jujurlah ngok oiii''

POLIS MUNGKIR JANJI!! Syarat tambahan dari polis atau UMNO..Tak sampai 24 jam selepas pertemuan antara pemimpin PKR dengan pihak polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen yang mempersetujui dan membenarkan himpunan Bebaskan Anwar 901 diadakan di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Jalan Duta, rupanya polis sudah mungkir janji!

Naib Presiden PKR, N Surendran yaang turut menghadiri pertemuan pagi tadi dalam mesejnya di Twitter sebentar tadi menyatakan bahawa:

@nsurendrann Police broke their word by imposing 10 conditions tonite on 901 rally- not agreed by us

@nsurendrann Polis mungkir janji dengan mengenakan 10 syarat malam ini berhubung himpunan 901- tidak dipersetujui dengan kita (PKR)

Antara 10 syarat yang ditetapkan polis dalam kenyataan mereka sebentar tadi melalui laman Facebook PDRM pada jam 6:58 petang tadi adalah:

Bahawasanya Ketua Polis Daerah Sentul setelah menimbangkan faktor-faktor keselamatan dan ketenteraman awam mengenakan syarat-syarat berikut kepada pihak penganjur serta peserta Perhimpunan 901 yang akan berlangsung pada 9 Januari 2012 di parkir awam Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebagaimana berikut :
1) Penggunaan risalah / banner dengan tagline ‘Bebaskan Anwar 901’ atau ‘Bebaskan Anwar’ adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI semasa perhimpunan berlangsung.

2) Penggunaan pembesar suara selain daripada ‘loud hailer’ TIDAK DIBENARKAN. Penggunaan (2) dua buah loud hailer dibenarkan bagi tujuan mengawal selia peserta perhimpunan.

3) Pengucapan awam TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

4) Penganjur perlu memastikan peserta perhimpunan tidak boleh membuat apa-apa perbuatan, membuat bising, memberi apa-apa isyarat yang boleh mengganggu prosiding Mahkamah.

5) Tempat perhimpunan yang dibenarkan adalah di parkir awam sebelah kiri jalan utama ke Mahkamah. Kawasan ini akan diletakkan pita polis untuk menentukan batasan dan sempadannya. Peserta tidak dibenarkan berada di luar kawasan tersebut.

6) Sekiranya kawasan tersebut sudah dipenuhi dengan peserta perhimpunan maka peserta-peserta lain hendaklah bersurai dan beredar dari kawasan parkir Mahkamah.

7) Penganjur hendaklah memastikan peserta perhimpunan tidak membawa sebarang senjata dan para peserta hendaklah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk membuat pemeriksaan sekira perlu.

8) Penganjur hendaklah memastikan semua peserta perhimpunan bersurai tidak lewat daripada tempoh satu jam selepas keputusan Mahkamah diumumkan.

9) Penganjur dan peserta perhimpunan hendaklah mematuhi semua arahan yang diberikan oleh pihak polis dari masa ke semasa demi untuk menentukan keamanan perhimpunan tersebut.

10) Peserta perhimpunan tidak dibenarkan melakukan khianat atau bencana kepada harta awam atau mana-mana harta di kawasan tersebut.

Kesemua 10 syarat yang ditetapkan TIDAK SAMA SEKALI DIRUNDING dengan Pakatan Rakyat dan PKR selaku penganjur perhimpunan!

Nampaknya polis cuba bermain kasar dengan mengenakan syarat yang keterlaluan dan tak masuk akal.

Apa pandangan anda?

Wajarkah kita katakan polis lidah bercabang kuat menipu macam tuannya UmnoBn??

psst....Jangan Gentar!!! Abaikan apa yg depa suruh....depa Polis Umno Bukan Polis Rakyat!!!




Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 4 January 2012

Tahu dan jangan buat tak tahu


Sepuluh tahun dahulu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald H.Rumsfeld telah ditanya oleh wartawan tentang niat Amerika untuk menyerang Iraq. Rumsfeld telah memberi satu jawapan klasik ' There are known knowns ... there are known unknowns... there are also unknown unknowns' — atau ada pekara yang diketahui dan kita tahu... ada pekara diketahui tetapi kita tidak tahu...ada pekara yang tidak diketahui dan kita tidak tahu.

Dua belas tahun dahulu Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu peribadinya Azizan Abu Bakar. Pada tahun 2004 kes liwat ini telah dibuktikan tidak berasas dan Anwar dibebaskan. Fakta pembebasan Anwar ini diketahui dan kita semua tahu. Anwar Ibrahim dipenjara selama 6 tahun bukan kerana meliwat tetapi kerana salah guna kuasa. Tentang fakta salah guna kuasa ini ramai yang tidak tahu dan ramai yang buat-buat tidak tahu.

Pilihanraya ke 12 - Pakatan Rakyat telah mendapat sokongan ramai dan berjaya menafikan Barisan Nasional majoriti dua par tiga di Parlimen. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ketua Pembangkang. Pakatan Rakyat telah menyediakan diri untuk mengambil alih pertabiran kerajaan Malaysia. Pakatan Rakyat juga mencadangkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Semua ini diketahui dan kita semua tahu.

Pada 28 Jun Saiful Bukhari telah membuat laporan polis bahawa dia telah diliwat oleh majikannya yang bernama Anwar Ibrahim. Ini pekara diketahui dan semua orang tahu.

Pada 1 Julai 2008 Balasubramaniam anak lelaki Perumal telah mengeluarkan Surat Akuan Bersumpah dimana secara terang dan jelas dia mengumumkan kepada dunia bahawa Altantuya Shaariibuu ialah bekas kekasih Najib Razak. Balasubramaniam juga memberitahu kepada dunia bahawa Najib juga telah meliwat Altantuya. Fakta ini ada yang tahu dan ada yang buat-buat tidak tahu. Untuk yang ingin tahu fakta ini ada tercatit - fasal 25 pecahan 2 - dalam Surat Akuan Bersumpah Balasubramaniam. Kalau tidak baca pasti tidak tahu. Susudah membaca jangan buat-buat tidak tahu. 

Klik berita penuh untuk sambungan dan klik video ucapan nur amelina che bakri

Baca Berita Penuh ..

Siti Fatimah 18A Terus Cemerlang Di UK


From GB : Bekas Pelajar Maahad Muhammadi, Kelantan Terus Cemerlang Di UK

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.


Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat


Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.


Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran.

Komen Azrin Ren : Beginalah antara contoh manusia yang cintakan Allah Azza Wa Jalla dan Cintakan kepada Rasulnya, beginilah manusia yg tidak lupa akan nikmat keistimewaan yang diberi oleh Allah Azza Wa Jalla dan terus menjadikan Sunnah Rasul Sebagai pegangan kehidupan dan pedoman. Siti Fatimah terus cemerlang di UK kerana beliau seorang yang tidak Alpa dengan duniawi semata-mata, Apa yng diusahai oleh Siti Fatimah terus diberkati Oleh Allah Azza Wa Jalla. 

Kita jangan sesekali melupai apa yg telah Allah Azza Wa Jalla berikan kepada kita, Jika kita lalai. kita akan menjadi orang-orang yg tergolongan dihina dan dilaknati oleh Allah Azza Wa Jalla...Alhamdulillah Siti Fatimah imannya terus terpelihara dan tidak terikut-ikut amalan syaitan yang ingin melihat anak-anak cucu cicit adam hawa rosak dan hancur.

InsyaAllah, jika kita tidak lupakan Allah Azza Wa Jalla, Allah Azza Wa Jalla juga tidak akan melupai kita juga, Jika kita melupainya. Allah Azza Wa Jalla akan menarik semula keistimewaan pemberiannya dan diganti dengan-dengan yang haram.

Bila Allah
Azza Wa Jalla mencintai seseorang hamba, maka para malaikat juga akan mencinta hamba tersebut. Dan sebenarnya, manusia yang dicintai Allah  Azza Wa Jalla itu sangat harum namanya di kerajaan Langit.

psst...Kepada yg kantoi tu...tipu di dunia boleh tetapi jangan cuba-cuba nak menipu di akhirat dan dipadang masyar nanti... 

Opss ada lagi..jangan jadi pelupa macam pemimpin-pemimpun UMNO yg alpa dengan duniawi dan kebendaan...politik tetap politik..kekeke!!!...sebab aku benci politik kotor permainan UMNO..

Untuk ingin mengatahui dengan lebih lanjut mengenai Siti Fatimah...jom klik SINI



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat