Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label adam adli digantung. Show all posts
Showing posts with label adam adli digantung. Show all posts

Monday, 9 January 2012

Pembebasan Anwar : Mahathir dah beli tiket ....?


Anwar Ibrahim di bebaskan semasa PaKjib berada di angkasaraya menuju Kuala Lumpur dari Afrika Selatan.Tidak dapat dibayangkan bagaimana kepulangan Pakjib sebaik menjejak kaki di bumi Malaysia sekiranya Anwar di hantar ke Penjara Sungai Buloh. Barangkali kapalterbang yang membawa Pakjib terpaksa berpatah balik ke Afrika Selatan akibat tidak dapat mendarat kerana bantahan rakyat di lapangan terbang.Pelbagai lapisan rakyat menyambut gembira pembebasan Anwar sehinggakan MB Kelantan TG Nik Aziz berpuasa sunat kesyukuran.

Pembebasan Anwar amat bermakna bagi rakyat yang cintakan keadilan. Ianya satu langkah ke depan daripada 1000 langkah menuju Putrajaya. Perjalanan masih jauh lagi.

Banyak lagi kerja yang belum selesai untuk membersihkan sistem keadilan dan kehakiman negara ini.

Kes Anwar ini "menyangkut" beberapa individu. Antaranya :
1) Penggunaan wang zakat oleh Menteri Jamil Khir.
2) Pendakwaan ke atas Saiful atas tuduhan palsu.
3) Pemecatan Hasan Ali dari PAS kerana ulasan kes ini.


Apapun, barangkali Mahathirlah agaknya manusia yang paling kecewa dengan pembebasan Anwar. Mahathir masih tidak lena tidur bahkan dalam tidurnya diganggu mimpi-mimpi yang menggerunkan seperti melihat Hosni Mubarak di usung turun naik masuk mahkamah. Itu belum lagi kisah nasib Marcos dan Suharto.

Barangkali Mahathir juga teringat ramai "kawan-kawan" nya sudah tiada seperti Hakim Hacks, Hakim Ariffin Jaka dan AG Mokhtar.

Apakah Mahathir tidak sedar lagi keadaan sekelilingnya ? Adakah Mahathir belum sedar lagi mengapa Tuhan masih memberinya peluang untuk hidup ?"

psst...Mahathir dok sibuk pasal anwar sampai nak beridat pun tak sempat....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat