Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label ag rayuan. Show all posts
Showing posts with label ag rayuan. Show all posts

Friday, 20 January 2012

Najib Sudah Kebimbangan

Cerita atau cakap-cakap Ha Najib Razak kini dalam keadaan resah gelisah bukan saja terbatas di kalangan orang politik yang jadi tukang syarah atau propagandis. Cerita itu juga mula dibawa atau dibualkan oleh pegawai tinggi kerajaan baik dalam perkhidmatan awam maupun tentera.

Dua tiga hari lepas saya makan nasi kerabu di Setapak bersama seorang kawan dan kawannya eorang bekas pegawai tentera. Sambil makan kami bercerita perihal politik negara. Pegawai tentera itu yang pernah berkhidmat sebagai atasi (atase) di sebuah negara jiran memberi tahu perihal laporan nyang disediakan oleh risikkan tentera mengenai kedudukan Najib dan UBN hari ini.


Ia sedikit mengejutkan saya dengan apa yang dicakapkan itu.

 Katanya hasil risikan itu sikap dan penerimaan rakyat kepada BN sekarang ini sungguh membimbangkan Najib. Begitu juga dengan pengaruh BN di hampir seluruh negeri berada di bawah 60 peratus ke bawah. Menurutnya, Najib tidak senang dengan apa yang berlaku sekarang ini. 

 Katanya menurut laporan risik itu, dalam pilihan raya akan datang BN bukan saja tidak mampu untuk merampas balik beberapa buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat kini, tetapi parti itu juga kemungkinan akan hilang beberapa buah negeri lain. Ini paling mencemaskan. 

 Menurut kajian itu negeri yang mungkin akan berpindah tangan ialah Negeri Sembilan. Kedudukan BN di negeri ini sungguh mencemaskan. Di samping itu risik yang bekerja langsung dengan Najib itu juga memaklumkan peluang BN untuk mempertahankan Terengganu juga dalam keadaan 50 - 50. 

Perak yang diambil menerusi rampasan kuasa menggunakan undang-undang, istana dan mahkamah juga akan terlepas semula kepada Pakatan Rakyat.

 Manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor adalah amat sukar untuk BN menawan atau merampas negeri berkenaan. 

"Inilah yang memeningkan Najib," ujar kawan itu menceritakan apa yang diucapkan risik berkenaan.

 Dalam pada itu menurut kawan itu seperti mana dibualkan oleh risik berkenaan BN kini sedang mengumpul wang sebanyak yang mungkin. Sebanyak RM3 billion kini sudah pun ada dalam tangan dan wang berkenaan katanya dari Arab Saudi? 

Semoga saya dapat berjumpa lagi dengan kawan itu dan akan ada maklumat baru dari pegawai tinggi tentera yang dikatakan berkhidmat langsung dengan Najib itu. Sedikit yang menjadi persoalan saya sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini, masakan risik berkenaan menjadi ringan mulut untuk mendedahkan keadaan itu?

psst....Gua sarankan Ah Jib Gor Pergi Duduk Kat Mangolia...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat