Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label ah wah gor. Show all posts
Showing posts with label ah wah gor. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Cina pura-pura sokong PAS kata Ng Yen Yen

Yeker Yen Yen...macam salah seorang kaum cina kata ni? cuba klik dan tengok.

MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita .

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya.

“Pas banyak tabur janji kepada orang Cina daripada bekerja kuat membuktikan mereka berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini dapat dilihat pemerintahannya di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak boleh menipu kami setiap masa dengan kenyataan untuk menyedapkan mulut.

“Mereka perlu sedar, orang Cina mahu pembangunan dalam ekonomi sedangkan Pas tidak mempunyai kemahiran itu. Atas sebab itu Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan, bukan Pas ataupun Pakatan,” katanya selepas membuat lawatan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, semalam.

Hadir sama, Tengku Indera Pahlawan DiRaja, Datuk Tengku Putra al-Haj Tengku Bendahara Azman Shah al-Haj dan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo.Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, Pas perlu sedar, orang Cina tidak sepenuh hati menyokong mereka dan kerjasama parti itu dengan DAP juga dilihat satu lakonan untuk mendapatkan kuasa serta menang pilihan raya sahaja.

Lebih tepat, menurutnya, orang Cina hanya berpura-pura menyokong Pas kerana parti itu tidak boleh dipercayai dan ini dapat dilihat apabila gagal berbuat demikian pada orang Melayu.

“Di Kedah, orang Cina masih sakit hati apabila dilarang mengusahakan ladang khinzir dan Pas seolah-olah memilih makanan mana yang boleh makan, mana yang tidak boleh kepada kami. Isu ini belum selesai dan ia menunjukkan Pas gagal di negeri berkenaan.

AzrinRen : Lu pun sama, syok sendiri macam ah jib gor, cakap besar. ah jib gor pun cakap besar. bukak page ah jib gor pastu bagi tau utusan cakap dapat sambutan. nak 10k seminggu baru dapat. tengok ah wah gor tu. 24 jam dapat 15k. jangan lu nak cakap besar lah yen yen. lu pergi main yoyo lagi baik.

psst...Macam orang tengah meroyan nak dapat sokongan.

Baca Berita Penuh ..

Friday, 27 January 2012

Ceramah Anwar Ibrahim Di Sabak Bernam Hambar

Berita yang amat mengembirakan pemimpin-pemimpin, ahli, pendokong, penyokong dan pencacai-pencacai UMNO... ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat di Sabak Bernam malam tadi hambar dan langsung tiada sambutan.... dipulau oleh rakyat tempatan.


Setelah berlakunya peristiwa merusuh dan mengganas di Jalan Kebun jam lebih kurang 9.30 malam 21hb Januari 2012 yang lalu oleh sekumpulan pemuda berjiwa  dan berdarah pekat UMNO yang di ketuai samseng terganas dunia baharom si rempit,  kini sambutan terhadap perjumpaan dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Selangor, terutamanya jika penceramah itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata dan terbukti sudah tidak mendapat sambutan lagi...

Terkini dilubuk kuat UMNO sendiri di Sabak Bernam...satu-satu kawasan Parlimen di Selangor yang gagal dirampas oleh Pakatan Rakyat, ceramah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup hambar sekali...kehadiran penduduk setempat hanya disekitar 10 orang sahaja....DSAI pada malam tadi berceramah didepan makhluk-makhluk halus termasuk bunian....CUKUP MENGHAMPAKAN PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT.


Ternyata segala propaganda terhadap Pakatan Rakyat dan DSAI oleh UMNO amat berkesan sekali...kini Hj Ah Jib Gor sebagai Pengerusi UMNO Selangor sudah pasti tersenyum lebar bila mereka yang ditugaskan untuk menawan Selangor telah berjaya dalam penugasannya.. Misi tawan Selangor sudah berjaya....pemecatan Hasan Ali Akidah cukup memberi kesan dan impak... kemasukan Ezam Mat Nor sebagai tunggak utama menyerang PR memang tepat....penerimaan Noh Omar sebagai orang kuat UMNO Selangor memang cukup hebat...


Maka terkulat-kulatlah Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Selangor pada PRU13 nanti....rakyat khasnya orang Melayu sudah tekad muktamad maukan UMNO... rakyat Selangor masih terbayangkan linang "air mata" Hj Ah Jib Gor bila beliau berkata jika rakyat Selangor mau hidup senang dan selesa.. kembalikan kuasa kerajaan negeri ketangan UMNO..

Pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah, RM200 baucer buku untuk penuntut pengajian tinggi dan BR1M RM500 adalah satu langkah bijak Hj Ah Jib Gor menambat dan menawan semula hati rakyat...kisah lembu fidlot duduk kondominium mewah sudah tidak boleh dijadikan isu lagi...TAHNIAH UMNO SELANGOR... MISI ANDA BERJAYA...

PSSSTTT.......betul ke apa yang saya cakap ni?..kalau tak nampak berapa orang yang datang, sila guna pungkoq saiful untuk melihatnya....KWAH KWAH KWAH...

Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 25 January 2012

161 Pekerja Kilang Tempatan Diberhenti, Warga Asing Tidak.

Jawatankuasa Tenaga Kerja (JTK) diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan nasib dihadapi 161 pekerja tempatan sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini yang diberhentikan. Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Negeri Sembilan, Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali berkata, sehingga kini, JTK seolah-olah mengambil sikap tunggu dan lihat.


 Sedangkan, katanya, mengikut undang-undang, mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan atau tindakan dalam menyelesaikan masalah itu. “Sebelum ini, MTUC bersama pihak JTK dan wakil daripada kilang sudah pun mengadakan perbincangan tetapi saya kecewa kerana apa yang kita tuntut bagi membela nasib pekerja tempatan tidak dipersetujui. “JTK seolah-olah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menyelesaikan masalah ini yang dianggap mereka remeh.

 Masalah ini melibatkan nasib pekerja tempatan bukannya pekerja asing dan kemana lagi pekerja mahu mengadu kalau bukan dengan JTK,” katanya kepada Sinar Harian selepas pekerja terbabit sekali lagi membuat piket, semalam selepas tindakan sama dilakukan pada 20 Januari lalu. Semalam, mereka berjalan kaki sambil mengusung keranda sejauh 500 meter sehingga depan pintu utama kilang sambil melaungkan ‘di mana keadilan kami’ sebagai tanda protes . Mereka berbuat demikian selepas beberapa tuntutan dibuat kepada pihak pengurusan syarikat, terutama menggesa supaya menghentikan pekerja asing dan mengambil pekerja tempatan.

Menurut mereka, isu mereka mahu mengecilkan operasi tidak timbul kerana syarikat masih mampu membayar pekerja asing berbanding tempatan. Sementara itu, seorang bekas pekerja, Ahmad Kamal Affendi Shaari, 47, berkata, pekerja yang diberhentikan itu akan mengadakan piket secara berterusan, sehinggalah pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya. “Kita akan adakan piket lagi bagi menunjukkan betapa seriusnya kami dalam menentang syarikat yang hanya mengutamakan pekerja asing berbanding tempatan.

“Sepatutnya syarikat perlu mengutamakan kami kerana kami ini adalah rakyat negara ini. Malah, sebahagian besar sudah bekerja lebih 10 tahun, tetapi malangnya syarikat membuat aniaya pula.

Azrin Ren : Mana baharom si rempit tu?? mai-mai...kasi hentam sama itu tokey kilang, dia sudah kasi zalim sama itu orang malaysia dan dia sudah kasi tempat untuk orang asing, lu sahaja boleh setel ini kes. sebab lu adalah seorang manusia paling samseng dimalaysia ni. mai-mai sebelum terlambat. lu superhero kami. lu bawak geng-geng tingkatan 4 lu tu dan yang baru lepas SPM tu kasi bawak sama untuk tolong lu, bawak tiang bendera, kerusi dan buluh. mai-mai sekarang juga tolong bangsa lu yang kena tindas tu.

psst...Ada teloq ka??

Baca Berita Penuh ..

Saturday, 21 January 2012

PANASSSSSS!!! Ah Jib Kalah Teruk Ditangan Ah Wah Gor



Ah Wah Gor memintas Ah Jib Gor dalam 24 jam!

Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".

Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat