Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label aku jimat app. Show all posts
Showing posts with label aku jimat app. Show all posts

Saturday, 28 January 2012

BR1M : Tidak Ramai Orang Cina Memohon Kerana Bimbang ‘Manipulasi’



Masyarakat Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak termakan dengan pujuk rayu dan ‘kata-kata manis’ pemimpin Umno yang cuba mengulangi peristiwa sebelum pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, beberapa kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno mutakhir ini cuba mengambil hati kaum Cina yang sudah jemu dengan sikap berpura-pura Umno.

“Pemimpin Umno cuba mengulangi ‘skrip’ sebelum pilihanraya 1999, cakap Perdana Menteri ketika itu kononnya menghargai sumbangan kaum Cina dalam pembangunan Negara,

“apabila orang Cina sokong MCA dan BN menang, pemimpin Umno kembali menuduh orang Cina dengan macam-macam fitnah,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, pada tahun 1999 orang-orang Melayu marah kepada Umno kerana kes pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tetapi undi orang Cina yang menyokong MCA menyebabkan Umno kembali berkuasa dan bertindak lebih rasis, perkauman dan amalan rasuah meningkat.

Oleh itu beliau mengingatkan supaya masyarakat Cina harus sedar tentang perkara ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

“Masyarakat Cina mesti ingat, walaupun pelbagai program yang dibuat termasuk sambutan tahun baru secara besar-besaran dibuat, sebenarnya Umno cuba memancing undi untuk mengekalkan kuasanya,”jelasnya.

Menyentuh soal bantuan rakyat 1Malasia seanyak RM500 yang digembar gemburkan oleh pemimpin Umno masakini, beliau mendakwa tidak ramai orang Cina yang membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Beliau bekata, majoriti orang Cina yang berniaga bimbang permohonan melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri itu akan dimanipulasi.

Namun begitu beliau berkata, tidak salah kepada orang yang benar-benar susah dan memerlukan untuk megambil bantuan tersebut kerana ia bukanlah wang MCA atau wang Umno.

Bahkan, katanya, rakyat berhak kerana wang tersebut adalah hasil kutipan cukai dari seluruh rakyat Malaysia.

psst....Kesiannnn UMNO, bertungkus lumus merangkak nakkan undi kaum cina.

Baca Berita Penuh ..

Syarat Anwar Kepada Najib

Anwar bukan letak syarat... 
tetapi Anwar meletakkan tawaran yang akan memudahkan najib untuk berhujah ketika berdebat dengan beliau...

Hari ini Anwar menawarkan Najib satu kelebihan di dalam debat tersebut jika ianya diadakan...
Anwar menawarkan Najib berhujah lebih masa 10 minit dari beliau...

Anwar berkata..
"Najib boleh berhujah selama 20 minit,kemudian saya pula
berikan hujah selama 10 minit..
Najib boleh menjawabnya selama 20 minit,kemudian saya pula menjawab hujah selama 10 minit..."


Keh Keh Keh...sampai macam tu syarat yang anwar bagi kat hang najib, berani ker? setuju ker? kalau tak. aku tak tau nak kata apa. mungkin no EGG kot...kekeke...

psst...2008 kat facebook anwar, aku pernah cabar papagomo 3 kali untuk berhujah, tetapi dia tidak muncul..pandai berjanji tapi tak tepati janji..kekek..

Baca Berita Penuh ..

Friday, 27 January 2012

Ceramah Anwar Ibrahim Di Sabak Bernam Hambar

Berita yang amat mengembirakan pemimpin-pemimpin, ahli, pendokong, penyokong dan pencacai-pencacai UMNO... ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat di Sabak Bernam malam tadi hambar dan langsung tiada sambutan.... dipulau oleh rakyat tempatan.


Setelah berlakunya peristiwa merusuh dan mengganas di Jalan Kebun jam lebih kurang 9.30 malam 21hb Januari 2012 yang lalu oleh sekumpulan pemuda berjiwa  dan berdarah pekat UMNO yang di ketuai samseng terganas dunia baharom si rempit,  kini sambutan terhadap perjumpaan dan ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Selangor, terutamanya jika penceramah itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, ternyata dan terbukti sudah tidak mendapat sambutan lagi...

Terkini dilubuk kuat UMNO sendiri di Sabak Bernam...satu-satu kawasan Parlimen di Selangor yang gagal dirampas oleh Pakatan Rakyat, ceramah YB Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup hambar sekali...kehadiran penduduk setempat hanya disekitar 10 orang sahaja....DSAI pada malam tadi berceramah didepan makhluk-makhluk halus termasuk bunian....CUKUP MENGHAMPAKAN PARA PEJUANG PAKATAN RAKYAT.


Ternyata segala propaganda terhadap Pakatan Rakyat dan DSAI oleh UMNO amat berkesan sekali...kini Hj Ah Jib Gor sebagai Pengerusi UMNO Selangor sudah pasti tersenyum lebar bila mereka yang ditugaskan untuk menawan Selangor telah berjaya dalam penugasannya.. Misi tawan Selangor sudah berjaya....pemecatan Hasan Ali Akidah cukup memberi kesan dan impak... kemasukan Ezam Mat Nor sebagai tunggak utama menyerang PR memang tepat....penerimaan Noh Omar sebagai orang kuat UMNO Selangor memang cukup hebat...


Maka terkulat-kulatlah Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Selangor pada PRU13 nanti....rakyat khasnya orang Melayu sudah tekad muktamad maukan UMNO... rakyat Selangor masih terbayangkan linang "air mata" Hj Ah Jib Gor bila beliau berkata jika rakyat Selangor mau hidup senang dan selesa.. kembalikan kuasa kerajaan negeri ketangan UMNO..

Pemberian RM100 untuk setiap pelajar sekolah, RM200 baucer buku untuk penuntut pengajian tinggi dan BR1M RM500 adalah satu langkah bijak Hj Ah Jib Gor menambat dan menawan semula hati rakyat...kisah lembu fidlot duduk kondominium mewah sudah tidak boleh dijadikan isu lagi...TAHNIAH UMNO SELANGOR... MISI ANDA BERJAYA...

PSSSTTT.......betul ke apa yang saya cakap ni?..kalau tak nampak berapa orang yang datang, sila guna pungkoq saiful untuk melihatnya....KWAH KWAH KWAH...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat