Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label anwar ibrahim. hudud. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim. hudud. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

Kemajuan Pertahanan Indonesia


Indonesia buat jet pejuang


Indonesia buat kapal selam tahun 2012, Malaysia yg dok agung bahasa penjajah tu bagaimana?

Malaysia beli kereta perisai Indonesia RM266 Juta

Aduh, Indonesia buat senapang boleh tembus kereta kebal

Indonesia buat kenderaan tempur 4X4 pula

Hebatnya Indonesia, cipta Bot boleh Menyelam

Indonesia mampu bina Landing Hovercraft tentera

Hebat kita orang Melayu ni, dah boleh buat jet pejuang generasi kelima, buat kapal selam dan macam-macam lagi. He, he, tapi rumpun Melayu di Indonesia. Rumpun Melayu di Malaysia masih lagi sibuk bermain mercun dan meriam buluh, bermegah dengan Pendekar PT91M, Scorpene, Sukhoi dan mungkin lepas ini Typhoon. Dok sebut Typhoon tak henti-henti ribut luar biasa, kilat dan petir di Malaysia sekarang ini.

INDUSTRI PERTAHANAN, ADAKAH INDONESIA MENINGGALKAN KITA?

Adakah negara jiran tetangga kita Indonesia telah jauh meninggalkan kita dalam industri pertahanan?

psst : - Apa malaysia tau? kebas duit rakyat? jual enjin pesawat?

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 8 November 2011

Pasar Malam Lerr......


Pasar malam siapa tak tahu tempat membeli belah no 1 di Malaysia 
 Andai kita pergi disana macam2 yang bolih kita lihat 
 Singgah disana singgah disini bermacam2 benda yang bolih di beli 
 Ada yang kita bolih lihat terbukak sana terdedah sini rezki mata lah 
 Riuh nya bagai nak runtuh hujan dilanggit bunyi lagu penjual cd,vcd,haram 

 Manusia datang berduyun2 membeli barang konon murah lah 
 Ada yang tak peduli langsung dengan solat2 merika bila dengar azan 
 Lantaran teruna muda berkepit2 pak we mak we pusing2 dipasar malam 
 Apa nak jadi tak siapa nak ambil tahu maksiat dipasar malam 
 Mari lah kita sama menjaga maruah bila pergi di pasar malam

psst : - Sedih,meremang,sadis,bodoh,bangang,mangkuk hayun....tetapi...selagi dok sokong pahaman kebangsaan dan dok berkiblatkan justin bibier,benda2 ni tak akan setel sampai bila2 pun...sokong Islam,daulatkan Islam..yakinlah pada hukuman ketetapan Allah SWT...

Baca Berita Penuh ..

Friday, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Saya Azrin Ren mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pelawat BloggerzExpress dengan doa di Tanah Suci ini semoga Allah swt mengembalikan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah dan mampu mengalahkan perancangan dan usaha pihak Kebatilan di serata pelusuk dunia.

AidilAdha mengembalikan kenangan-kenangan penting kepada kita, lalu mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pengajaran-pengajarannya seperti berikut : - 
Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.
Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Bait Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah as. Kita para Duat dituntut membina Keluarga Islam (Bait Muslim) sedemikian sempena kita menyambut Hari Raya Korban ini.
Hati kita hanya satu. Kekasih yang bertahta di dalam hati kita juga hendaklah satu. Allah tidak menjadikan dua hati didalam diri seseorang itu. Samada Allah swt bertahta di dalam hati kita, atau dunia yang akan bertahta di dalamnya. Apa bila dunia bertahta seperti wanita, harta, anak, duit, kereta, banglo, tanah dan sebagainya, seseorang Daie itu hanya menunggu masa dan ketika untuk dia terkeluar dari senarai para Mujahideen dan Duat di Jalan Allah. Banyak kejadian sedemikian berlaku di hadapan kita menjelaskan lagi hakikat tersebut.
Jangan kita memberi alasan bahawa sifat pengorbanan sedemikian sudah tentu ada pada Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as kerana mereka berstatus rasul sedang kita hanya manusia biasa. Tidakkah kita perhatikan bahawa Hajar bukan seorang nabi atau rasul. Dia adalah menusia biasa seperti kita. Namun iman dan ketaatannya kepada Allah dan suami sangat teguh berbanding dengan ramai manusia yang warak pada hari ini. Kisah keimanan dan ketaatan para Sahabat ra yang bukan berstatus nabi atau rasul juga mencabar kita yang berstatus manusia biasa seperti mereka untuk mencapai kualiti iman dan pengorbanan seperti yang telah mereka tunjukkan.
Saya sentiasa ingat bahawa Allah swt menarik balik arahan sembelih Nabi Ismail as dan ditukar kepada sembelih seekor kambing hanya apabila pisau yang pegang oleh Nabi Ibrahim as telah hampir ke urat leher Nabi Ismail as, sedang hati Nabi Ibrahim as sedikit pun tidak teragak-agak untuk meneruskan sembelihan tersebut. Begutu juga Allah swt membelah dan membuka Laut Merah untuk dilintasi oleh Nabi Musa as dan kaumnya bukan ketika Firaun dan bala tenteranya masih berada di kota, akan tetapi laut tersebut dibuka apabila bala tentera tersebut telah tampak di depan mata dan mereka menyangka mereka akan ditangkap kerana tidak ada jalan keluar. Ini bermakna Allah swt akan menguji kita sendiri dengan ujian yang akan sampai ke tahap tidak tertanggung oleh kita yang hanya disaat itu juga datangnya Kemenangan yang dijanjikanNya. Oleh itu kejayaan yang kita impikan untuk Dakwah ini tidak mencaai kemuncak kejayaannya tanpa kita berusaha sedaya mungkin hingga ke tahap yang ditunjukkan oleh Rasul-rasul yang terdahulu. “Hingga apabila Rasul-rasul hendak berasa putus asa (lantaran maksimanya tenaga yang dicurahkan dan minimanya hasil yang dapat), mereka menyangka mereka benar-benar telah dibohongi (beria dan janji mereka akan menang diakhirnya nanti, tetapi ketika itu mereka tidak mengecapinya), (ketika itu) datanglah Kemenangan (dari) Kami” (Al-Quran).

Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“. Bagi mereka yang mampu, jadikanlah ibadat korban ini sebagai salah satu syiar Islam yang berkembang di dalam masyarakat kita.

Bagi mereka yang sedang berada di Tanah Suci, esok bermula kerja-kerja ibadat Haji dengan manusia mula berangkat ke Mina untuk Hari Tarwiyah dengan bersolat 5 waktu (Zuhur hingga Subuh) di sana. Moga Allah swt mengurniakan kepada mereka dan kami di sini Haji yang mabrur. “Haji yang mabrur, tiada balasan baginya kecuali Syurga” (Hadis).

bloggerzexpress.net 
Admin BE : - Azrin Ren :)

Baca Berita Penuh ..

Thursday, 3 November 2011

Sebat Cara Islam VS Sebat Cara Sivil

1.. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter, tebal tidak lebih 1.25 sm

2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
x
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit. 

4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk..

5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.

6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala. 7. Tidak melukakan kulit pesalah.



Sebat Cara ISLAM



Sebat Cara Sivil


1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.

3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.

4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.

5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.

6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.

7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.

8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar. Bandingkan, mana yang lebih zalim.....

Kalau kes liwat ka, rogol ka, apa ka..walau undang-undang ISLAM mesti kena ada saksi. kalau dibandingkan dengan hukum sivil dan dunia. tanpa saksi pun takpa..janji akan terus dihukum walau si pesalah yg sebenarnya tidak bersalah. 


Kalau hendak dibandingkan antara Hukuman-hukuman yang pernah dijalankan di dunia ini daripada zaman dinasti china hingga hukuman sivil sekarang....Hukuman islam lah yg paling lembut dan tidak zalim....kenapa kita asyik di momokkan dgn hukuman islam yg kejam, pdhal tidak...dan kita sedang praktikkan hukuman sivil yg lebih zalim skrg...tidak pula di momokan...jadi yan mana lebih zalim kalau nak dibandingkan hukum sivil dengan hukum ISLAM? selama ni orang-orang yang pekak badak sahaja dok canang hukum ISLAM itu zalim...


Iklan



Baca Berita Penuh ..

Friday, 30 September 2011

Kalau PR....

Jikalau PR tiada langsung kerusi diparlimen...jangan harap UMNO nak wat macam ni....UMNO ni jenis didesak...baru depa buat..terkucil...kalau tiada kerusi PR diparlimen..mereka akan bermuka-muka.




psst : - Sebab apa orang-orang yahudi itu cerdik?? sebabnya mereka asingkan pelajar perempuan dan lelaki.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat