Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label auku. Show all posts
Showing posts with label auku. Show all posts

Saturday, 11 February 2012

UMNO buat samseng lagi!! Serang Program SMM

Klik SINI untuk menonton kelakuan geng-geng takdak teloq tersebut.

Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli

Klang, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.

Ini dia samseng UMNO yang sangat terkenal

Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri.

Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja.

Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman.

Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.

Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan.

Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu.

Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut.

Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat.

"Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya.

Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi.

"Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan.

"Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya.

Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu.

Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee.

Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis.

Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk.

Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut.-HD

psst....Hassan ali tak nak gi jumpa ah jib gor ker? tak nak ker pulihkan akidah die??

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 31 January 2012

Kenyataan Sebenarnya Ustaz Azizan

Umno ni memang kuat memutar belit fakta dari anwar ibrahim hingga ke MB kedah ustaz azizan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyangkal dakwaan pihak-pihak yang menuduhnya tidak sefahaman dengan pemimpin Pakatan Rakyat yang berikrar akan menghapuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) jika dapat menawan Putrajaya.Sambil menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman Kolej Universiti Insaniah (KUIN) berhubung tindakan tata tertib termasuk mengantung pengajian lima pelajarnya, beliau mendakwa pelajar berkenaan dikenakan tindakan mengikut peruntukan Akta IPTS 1996 dan bukannya AUKU seperti yang diuar-uarkan pihak luar.


"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga pengerusi KUIN yang dipetik oleh akhbar Sinar Harian. Sebelum ini, pelbagai pihak membidas Azizan kerana membiarkan pelajar berkenaan dihadapkan pada Jawatankuasa Disiplin KUIN pada Mei tahun lalu kerana melanggar AUKU dengan terbabit dalam tunjuk perasaan memprotes keputusan kolej universiti itu mahu menjadikan bangunan tahfiz menjadi sekolah bestari.

Azizan juga dilaporkan berkata, apa yang diperjuangkan oleh pemimpin Pakatan dalam Buku Jingga merangkumi dua perkara dalam AUKU iaitu hak untuk berpolitik dan hak untuk berpersatuan.“Itu yang kita perjuangkan dalam Buku Jingga, namun jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang. Tindakan seperti itu termasuk demonstrasi tiada dalam perjuangan Pakatan, hanya dua perkara kita perjuangkan,” katanya. Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Azizan berhubung isu itu, beliau menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

“Biasalah… dalam politik ada musuh ada kawan. Pasti ada cubaan untuk jatuhkan mana-mana pemimpin. Saya tidak kisah berdepan dengan situasi seperti itu,” katanya lagi dipetik Sinar. Dalam pada itu, Berita Harian pula melaporkan PAS pusat akan memanggil Azizan bagi memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.Memetik timbalan presiden PAS Mohamad Sabu (kiri), akhbar itu melaporkan Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah akan diminta memberi penjelasan pada mesyuaray parti akan datang sebelum pihaknya mengambil sebarang keputusan.

"Kami perlu mendengar penjelasan beliau terlebih," katanya yang dipetik akhbar itu sambil menambah bahawa keputusan hanya akan dibuat selepas mesyuarat berkenaan. Khamis lalu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari meminta Azizan untuk menyertai BN sekiranya terus pendirian pro-AUKU.  

psst...putar terus putar...

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 29 January 2012

Ugut Nak Sembelih Tok Guru Nik Aziz

Gambar print screen ni gua ambil kat forum tranungkite.net, print screen fb ini memaparkan ugutan oleh puak pencacai umno nak sembelih tok guru nik aziz dan anwar, ia harus di ambil tindakan. takkan mengugut pakjib ja yang harus di ambil tindakan. ugutan terhadap nik aziz dan anwar harus di ambil tindakan juga dengan adil seadilnya.


psst....Puak munafiq sika menghina ulama dan memfitnah manusia sesama manusia

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat