Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label berita hairan. Show all posts
Showing posts with label berita hairan. Show all posts

Wednesday, 11 January 2012

Para-Para Blogger Umno Gelisah Pembebasan DSAI...


''Walaupun mahkamah sudah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas dan lepas daripada tuduhan fitnah liwat oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebahagian besar blog pro Umno-Barisan Nasional (BN) dikesan masih meneruskan serangan dengan cuba memberi gambaran kononnya liwat itu berlaku tetapi tertuduh dibebaskan atas alasan teknikal berkaitan integriti DNA.

Tinjauan inimajalah.com.my sejak Anwar dibebaskan mendapati blogger pro Umno-BN meningkatkan serangan baru dengan cuba memberi gambaran kononnya pembebasan Anwar lebih berpunca daripada faktor kelemahan bukti, bukan disebabkan tertuduh tidak melakukan jenayah itu.

Malah, sesetengah blogger terbabit masih menggelarkan Anwar sebagai “peliwat” walaupun dari segi perundangan, tokoh pemimpin pembangkang itu sudah dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan fitnah itu.

Antara blogger pro Umno-BN yang masih melabelkan Anwar sebagai “peliwat” ialah theunspinners.blogspot.com dengan tajuk entri mutakhirnya, “(Apa) Bila anak peliwat pertikai mahkamah, Anwar tak patut keluar 2004″.

Kekecewaan dan rasa tidak gembira dengan keputusan mahkamah membebaskan Anwar diluahkan tanpa berselindung di blog yang terkenal dengan kebencian melampau terhadap Anwar, iaitu papagomo.com.

“Agak luluh jiwa ini (apa) bila mendapat tahu keputusan mahkamah semalam yang telah membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan liwat yang beliau hadapi,” catat blog berkenaan dalam entri mutakhirnya.


Dalam satu entri lain hari ini, papagomo.com membawakan hujah sampel DNA bagi menampakkan kononnya pemimpin pembangkang itu patut disabitkan dengan tuduhan liwat.

“Sepanjang pembelaan diri oleh tertuduh iaitu Anwar Ibrahim sampel DNA juga tidak diulas oleh Anwar Ibrahim yang membuktikan kepada semua rakyat sampel DNA diterima pakai sama sekali dan atas sebab itu hakim meminta Anwar Ibrahim membela diri,” catat blog papagomo.com.

Sementara itu, theunspinners.blogspot.com cuba mencari ruang untuk terus menggambarkan Anwar terbabit melakukan kesalahan itu dengan membangkitkan semula petikan kenyataan Anwar sendiri berhubung frasa “suka sama suka” ketika beliau mula dihadapkan di mahkamah.

Blog itu mencatatkan, Anwar sendiri menyebut kejadian seks luar tabie dengan Saiful pada 26 Jun 2008 di antara 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara telah berlaku atas dasar “suka sama suka”.

Menurutnya, Anwar menyebut frasa “suka sama suka” itu pada 7 Ogos 2008 di luar bangunan Mahkamah Sesyen Jalan Duta, ketika kali pertama kes itu disebut di mahkamah.

Bagaimanapun, dalam entri sama, blog berkenaan mengakui Anwar menyebut “suka sama suka” dalam konteks mempertikaikan mengapa beliau (Anwar) didakwa mengikut Seksyen 377B.

“Ini pendakwaannya itu 377B maknanya suka sama suka. Kalau suka sama suka, pasal apa saya seorang sahaja yang kena dakwa.

“Dah suka (sama) suka dakwa dua-dualah,” kata Anwar seperti dipetik blog terbabit.

Sementara itu, satu lagi blog yang terkenal anti Pakatan Rakyat (PR), pisau.net menjadikan kenyataan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan perjuangan Anwar adalah “kotor” sebagai modal untuk terus memburukkan ketua pembangkang itu.

Selain itu, banyak entri anti PR dan Anwar boleh ditemui di mybloghub.my. Blog ini banyak menghimpunkan entri oleh blogger pro Umno-BN. - inimajalah.com.my"

Tambahan : Kesian kat mereka, azrin sungguh bersimpati terhadap mereka, Anwar ibrahim baru sahaja dibebaska,n papa-para blogger Umno-Bn dah meroyan tidak tentu arah dan masih enggan mengaku kalah. jikalau kelak nanti dato seri anwar ibrahim ditabal sebagai Perdana Menteri ntah bagaimana pula mereka nak meroyan.

Almaklumlah, memfitnah dan pedajal dato seri anwar ibrahim adalah sumber punca rezeki mereka untuk isteri dan anak-anak. jika dato seri anwar ibrahim ditabal sebagai Perdana Menteri, dimana lagi mereka nak mencari rezeki?? siapa nak bayar?? menteri-menteri Umno-Bn termasuk pakjib sudah tentu akan dihadap ke muka pengadilan atas sebab-sebab salah guna kuasa berfakta.

Jadi siapa pula mangsa untuk mereka nak mencari rezeki??? nak mintak PR tolong bayar untuk mengutuk pakjib?? Ohhh...maaf. sikap pedajal dan memfitnah itu adalah sesuai dan sinonim dengan Umno-Bn yg gilakan kuasa. permainan politik kotor bukanlah amalan kami. dalam banyak-banyak parti dialam perikatan Barisan Nasional yg kuat meroyan adalah Umno.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat