Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label bn. Show all posts
Showing posts with label bn. Show all posts

Wednesday, 15 December 2010

Politik : Menjelang PRU13 Tahun Depan

 
"Sejarah menyaksikan mantan PM Malaysia Dr Mahathir dan Mantan PM Singapura yang kini menjadi Menteri Mentor Lee Kuan Yew sering berlainan pendapat, tuding menuding dan berlumba-lumba demi menunjukkan siapa yang hebat.

Begitulah lagak mereka berdua sepanjang zaman mereka memerintah dan bersara. Tapi atas nama Anwar Ibrahim, seolah-olah mereka berdua melupakan dulu "peperangan" mereka untuk bersama menyerang manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Walaupun berlainan tanggapan terhadap Anwar. Seorang mengatakan "masuk perangkap" dan seorang lagi dengan "rela hati" . Keduanya mempunyai mempunyai "nilai tambah" kepada UMNO untuk menyerang Anwar.

Menjelang Mac 2011( ramalan PRU ke 13), semakin ramai individu yang bakal digunakan UMNO bagi menyerang Anwar.

Bermula dengan Ezam, Nalla, Zaid Ibrahim, Zulkifli Nordin dan terkini Ummi Hafilda. Dari luar negeri pula Lee Kuan Yew, Wikileaks, CIA, Agensi Perisikan Singapura dan Australia juga tidak ketinggalan.

Itu belum campur serangan media Tv3, RTM, Utusan dan NST setiap hari. Berita " wajah hodoh" Anwar suatu yang wajib untuk disiarkan atas arahan PMNajib.

Semakin banyak penyelewengan yang dibongkarkan oleh Anwar semakin banyak individu diketengahkan untuk menghentam Anwar.

Nampak sangat PMNajib mengalami sindrom "menggelabah yang melampau" untuk menghadapi Anwar dan Pakatan Rakyat.

Semua ini seolah-olah bentuk "penyiksaan" terhadap Anwar sebelum dihumban dalam penjara.

Skrip sudah siap! "

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 9 November 2010

Banjir 2010


Sekitar Banjir Perlis 2005



Sekitar Banjir Perlis 2010


Banjir 2010 adalah antara yang terburuk jika nak di bandingkan dengan banjir 2005 yang lalu, banyak liku-liku yang begitu luas dan juga banyak memberi kesan negatif yang begitu mendalam.

dugaan, kesabaran dan ujian terus di tempuhi setiap insan yang menjadi mangsa bencana tersebut. pada waktu kesusahan inilah masa manusia sesama manusia perlulah saling bantu membantu tak kira agama, bangsa dan lain-lain persefahaman politik dan ada juga yang ambil kesempatan melakukan jenayah, baru-baru ni ada cubaan nak menculik seseorang tetapi telah berjaya dipatahkan oleh penduduk kampung, ada juga menggunakan kenderaan berat seperti lori untuk mencuri motosikal yang tersadai, cara itu dapat mengkabur orang ramai seolah-olah motosikal yang di angkut tersebut untuk dibawa berpindah ke tempat lain. berhati-hatilah kalian apabila berhadapan dengan bencana..macam-macam boleh berlaku akibat keadaan suasana yang tidak tenteram.


jika saya katakan banjir 2010 lebih dahsyat dari 2005. jadi bagaimana pula banjir dalam masa 5-10 tahun lagi jika tidak di tangani secepat yang mungkin. jangan kalian berfikir banyak. kembalilah kepada ke jalan Allah s.w.t, jangan lalai, jangan asyik berseronok, jangan menghina manusia sesama manusia, dan jangan melanggar hukum hakam yang telah di terangkan oleh Al-Qur'an.


bencana kali ini adalah bencana yang sama taraf seperti bencana-bencana yang telah banyak berlaku di negara-negara luar seperti yang kita lihat di media-media tersebut. semakin tahun semakin banyak bencana mengganas membadai manusia yang lalai, degil dan penting diri sendiri.


marilah kita bermohon agar angin syurgawi ini sampai ke arah kita, supaya kita semua dapat menjadi manusia yang mendapat barokah. angin dari syuga ini membawa kekuatan kehidupan yang sebenarnya. sesiapapun yang mahu berada dalam keadaan yang baik di dunia dan di akhirat, mesti menumpukan perhatian mereka untuk menerima kedatangan angin dari syurga ini. apabila angin ini sampai ke jasad kalian, jasad mu nantinya akan ambil barokahnya, kemudian kerohanian kalian, iaitu sebenar2 diri kalian, akan mengambil sebahagian darinya juga.
Ketika tiba waktu solat maka harus segera dilaksanakan.
Ketika ada kematian, maka harus segera mayat itu dikuburkan.
Ketika berbuat dosa, maka bertaubat janganlah ditunda.


Azrin Renヅ

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat