Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label bn menang. Show all posts
Showing posts with label bn menang. Show all posts

Sunday, 30 January 2011

Rasmi : - BN berjaya kekal DUN Tenang.

psst : - BN gagal tambat hati pengundi cina. sepanjang PRK. Pakatan Rakyat banyak kalah di pendalaman. 
sila kalian tengok rekod pru12 mac 2008. Pakatan Rakyat paling banyak menang di bandar dan BN pula hanya banyak menang di pendalaman, kalau di bandar pun salah satu di kangar. nampak gaya pengundi cina masih setia pada Pakatan Rakyat.....dapat tengok semua saluran peti undi kawasan cina memihak kepada Pakatan Rakyat....apa-apa pun PRK adalah ujian..pilihan rakyat sebenar adalah di pru13!!

7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut. 

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.
calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.
Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini. --------------------------------------------------------------
8:31pm: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek membidas DAP, dengan mendakwa BN menang di tiga daripada empat kawasan majoriti pengundi Cina.

PAS dan DAP boleh 'berkokok', tapi masih 'kalah', katanya dalam twitter. Bagaimanapun, penilaiannya terhadap kawasan majoriti pengundi Cina itu bercanggah dengan pemimpin DAP.

Kejayaan BN mengekalkan DUN Tenang hari ini, adalah kemenangan ke-14 dalam pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum 2008. Pakatan pula memenangi lapan pilihan raya kecil.

Pakatan menang di Sibu, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pauh, Permatang Pasir, Manek Urai, Penanti dan Selambau.

BN pula menang di Tenang, Hulu Selangor, Galas, Tenang, Sapi Bagan Batu dan Pinang.

Pilihan raya kecil ke-15 pula akan diadakan di Merlimau pada 6 Mac depan.

8:12pm: Lebih ramai pemimpin tiba di pusat penjumlahan untuk meraikan kemenangan. Mereka termasuk Menteri Besar Johor, Datuk seri Abdul Ghani Othman dan ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. 

Semuanya tersenyum lebar dan bersalaman mengucap tanah antara satu sama lain.

Mohd Azahar pula memakai baju kemeja batik dan bersongkok hitam. Beliau kelihatan letih selepas sehari bergerak di sekitar kawasan pilihan raya kecil hari ini dalam keadaan hujan dan banjir.

8:07pm: Calon BN Mohd Azahar Ibrahim tiba di pusat penjumlahan di dewan serbaguna Majlis Daerah Labis.

7:53pm: BN pemimpin tempatan sudah mula membanjiri pusat penjumlah tersebut. Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga presiden Gerakan, Tan sri Dr Koh Tsu Koon.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat