Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label cabar debat. Show all posts
Showing posts with label cabar debat. Show all posts

Sunday, 5 February 2012

Thaipusam: Hindraf anjur kempen 'sambut' Najib


Kumpulan pendesak India, Hindraf merancang untuk mendapatkan 100,000 tandatangan bagi kempen mereka ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, Kuala Lumpur Selasa ini, sebagai membantah kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan tuntutan badan itu.

Kempen itu dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi pada hari pertama masyarakat Hindu menyembah Dewa Murugan yang kebetulan bersamaan dengan hari Najib dijadual melawat kawasan kompleks kuil di Baru Caves itu.

Tujuan kempen berkenaan, kata ketua pergerakan itu, P Uthayakumar, adalah untuk mengingatkan Najib mengenai tuntutan 18 perkara yang dibuat Hindraf pada 2007 kepada kerajaan BN.

"Tuntutan 18 perkara Hindraf yang bertarikh 12 Ogos 2007 antaranya menuntut bagi kesaksamaan, peluang sama rata dan gesaan supaya semua dasar perkauman baik dari kerajaan mahupun sektor swasta dihentikan.

“Ini termasuk mengasingkan khususnya golongan miskin masyarkat India daripada arus perdana pembangunan negara... semua ini belum lagi dilaksanakan oleh Umno yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sejak lima tahun lalu sehingga hari ini," kata Uthayakumar dalam satu kenyataan.

Kempen mengumpul tandatangan oleh Hindraf yang akan diadakan di pintu masuk kuil berkenaan. Ia juga bertujuan untuk menekankan semula keperluan untuk “menamatkan perkauman” dan menyeru kepada perdana menteri menunaikan permintaan Hindraf.

psst....Bangkit...bangkit...bangkit menentang UMNO rasis!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat