Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label cinta dan anugerah. Show all posts
Showing posts with label cinta dan anugerah. Show all posts

Friday, 17 December 2010

Sedang Ia Tidak Menanggung Budi Sesiapa Pun

"Harta dunia ini direbut bagaikan hendak dibawa sehingga kelubang kubur.Halal haram bukan asas pertimbangan dalam mengejar kekayaan .dan kesan kepada masyarakat sekeliling tidak pernah diambil pusing.

Kontrak kementerian sana kontrak kementerian sini semuanya dipunggah dari peti wang negara dan disalurkan kedalam poket mereka tanpa sedikit pun merasa takut bahawa hidup dan mati itu hanya satu garisan halus sahaja dan boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Apabila harta harta milik rakyat dipunggah masuk kedalam perut mereka secara rakus dan menindas,menyebabkan orang-orang tersebut tidak lagi merasai nikmat akhirat.Harta yang tidak diberkati yang dipunggah itu tidak memberi apa-apa kelebihanpun kepada sipemunggah tersebut.Kita lihat kebanyakkan kes jenayah,masalah akhlak anak-anak semuanya tertumpu kepada golongan-golongan yang memungah harta negara tanpa rasa minggu depannya Allah akan memanggil dia pulang kepadaNya.

Akan tetapi ,bagi yang ikhlas dalam mengejar rezeki Allah, dia tidak akan mengeluh akan rezekinya yang sedikit kerana dia amat faham bahawa hidupnya bukan untuk menjadi hamba wang,tetapi hamba Allah.Dengan hartanya yang sedikit tetapi diberkati,dia mampu untuk mengeluarkan zakat dan dengan itu dapat dibersihkan lagi harta yang Allah beri padanya.Dia tidak pernah risau akan hartanya yang sedikit,dia tidak pernah cemas bila wangnya semakin sedikit.Hikmah rezeki telah dirasainya dengan tenang dan senang.

Allah itu pencipta manusia,dengan sebab itu Allah berikan segala bentuk perangai dan tabiat manusia dalam penciptaan kita agar kita dapat meneruskan hidup didunia ini dengan keadaan yang sentiasa bernafsu baik bernafsu baik mahupun nafsu sebaliknya. Pengajaran disini adalah kita sebagai hamba Allah yang seadanya perlu ingat mengingati sesama kita dan janganlah kita jadikan harta itu 'hidup' dan akhirnya membunuh kita tanpa kita sedar.Allah ingatkan kita sejak 1432 tahun dahulu lagi.

http://www.youtube.com/watch?v=S-At_rbK2ww

yang baik itu Hak Allah dan alpa itu aku hambaNya

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat