Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label debat anwar najib. Show all posts
Showing posts with label debat anwar najib. Show all posts

Sunday, 29 January 2012

Cukai Yang Perlu Dibayar Dengan BR1M

Muhyiddin Yassin, TPM Malaysia begitu berbangga menyuruh hadirin mengangkat tangan sesiapa yang kena cukai seperti disiarkan TV3 semalam. Memang TV3 ada menyiarkan begitu. Sebenarnya yang layak mendapat BR1M-RM500 pun tak boleh diperbodohkan Muhyiddin.
Ini berikutan pembangkang ada berkata beri RM500, selepas itu disedutnya menerusi cukai. Muhyiddin bertanya semasa majlis menyampaikan baucer RM500. Boleh dia bertanya begitu kepada hadirin yang layak mendapat RM500 sama ada mereka membayar cukai atau tidak. Jawapannya tentulah tidak!!  Sebab itulah MSO Merah Tinta berkata Udin Anak Yassin berotak kemetot.


Kita lihat cukai yang disedut daripada rakyat, kalau boleh satu persatu.
  • Setiap pekerja yang layak dikenakan cukai, akan dicukaikan.
  • Setiap penunggang @ pemandu dikenakan lesen RM30 setahun.
  • Setiap kenderaan diwajibkan insuran, sebahagiannya kerajaan sedut sebagai cukai.
  • Setiap liter minyak yang digunakan, kerajaan tetap ‘sapu’ cukai walaupun katanya ada subsidi.
  • Setiap tanah akan dikenakan cukai. Setiap rumah dikenakan cukai.
  • Setiap borang berkaitan dengan setem hasil tetap dikenakan cukai.
  • Setiap ketul ayam yang dibeli di KFC dikenakan cukai perkhidmatan dan kerajaan 5 peratus.
  • Setiap hidangan pizza yang dimakan akan dikenakan cukai kerajaan dan perkhidmatan.
  • Setiap kotak rokok yang dihisap, tentunya akan dikenakan cukai.[Perokok, carilah rokok seludup]
  • Setiap barang keperluan dan apa-apa barang yang dibeli secara tak langsung harganya termasuk cukai yang dikenakan.
  • Setiap tiket wayang RM10, cukai kerajaan tertulis RM2 [lama tak tengok wayang].
  • Setiap sektor, setiap bahagian sudah tentu ada cukai masing-masing.
  • Lain-lain boleh tambah!!!
Jadi Muhyiddin Yassin janganlah jadi berotak kemetot. Tak bagus kalau boleh TPM dikata begitu. Kesimpulannya kenalah buat kenyataan lebih cerdik!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat