Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label dendam dirang dibakar. Show all posts
Showing posts with label dendam dirang dibakar. Show all posts

Friday, 23 March 2012

BANGGA!!! 24,635 Kes Rogol Dari 2003-2011, Purata 8 Kes Rogol 1 Hari

2009 paling banyak kes rogol di Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Sebanyak 24,635 kes rogol direkod oleh negara ini dari tahun 2003 hingga 2011, kata Menteri Dalam Negeri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen.


Datuk Seri Hishamudin Husein memaklumkan perkara ini ketika menjawab soalan anggota Parlimen PAS Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria.

Kes rogol ini pula meningkat dari tahun ke tahun dengan tahun 2009 mencatat rekod tertinggi iaitu 3,626 kes untuk tahun tersebut.

Pada tahun 2010 pula, kes rogol yang direkodkan adalah sebanyak 3,595 manakala tahun 2011 3,301 kes dicatat.

Mohd Nasir dalam soalannya bertanya Menteri Dalam Negeri statistik jenayah rogol yang berlaku di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2011.

Dalam jawapannya, menteri memaklumkan, keseluruhan kes rogol dari tahun 2003 hingga 2011 adalah 24,635 kes.

Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

"Sedih saudara.. Inilah statistik jenayah rogol 2003 hingga 2011 di Malaysia," kata Mohd Nasir ketika mengulas jawapan menteri ini kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, umat Islam perlukan undang-undang Islam yang objektifnya bukan sekadar menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi mendidik, mengajar, mencegah, menghukum dan mengamankan dunia.


Namun, Timbalan Menteri KDN Datuk Wira Abu Seman ketika menjawab soalan beliau tentang memperkasakan Undang-undang Jenayah Islam menjawab "Kita akan kekal dengan sistem yang ada. Beliau menyambung kehendak Tun Mahathir." -HD

AzrinRen : Tu baru dikira kes rogol belum lagi kes culik, kes cerai, kes curi, kes rompak, kes bunuh, kes ragus, kes simbah asid, kes bom warga mangolia ekeke, bak kata pepatah puteri UMNO malaysia negara aman, harus bersyukur...bersyukurlah kepada UMNO....hihihih....jangan bagi alasan di negara mana-mana pun sama, bagi gua apa yang gua katakan ini sebab orang-orang kita takbur dan cakap besar yang negara kita ni aman. depa ni makhluk cetek ilmu sebab tengok malaysia takdak perang mulalah kata malaysia ini aman tanpa memikir secara logiknya aman dari segi mana tu???kekekek....cetek ilmu punya manusia....

Ini adalah antara membolahkan malaysia menjadi negara tidak aman dari segi penyakit, beginilah sikap rakyat malaysia yang segan mati tak mahu, buat sampah dimerata-rata tempat, langsung tidak peduli amanah Allah s.w.t untuk menjaga bumi ini. bila terkena penyakit mulalah nak cari alasan yang bukan-bukan, ada lagi, manusia ni pantang sikit tengok orang rajin mulalah nak mengumpat dan dengki nak sabotaj, bila kita dapat rezeki mula la nak meradang macam beruk. hehehe...jaga lah kebersihan semoga hidup kita sihat aman dan sihat mata memandang..udara pun segar, nabi muhammad kita suka jaga kebersihan. jadi janganlah jadi manusia yang lalai dimuka bumi ini.


psst....Gua benci yang tak jaga kebersihan....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 14 March 2012

TAKDAK OTAK!!! : Misteri Pembunuhan Dirang Terbongkar

Jiran Cekik Mati Dirang Kerana Nenek

Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini. 

Tempat Dirang dibakar 

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

AzrinRen : Perangai seperti setan!!, tak berhati perut!!! kalau lu semua dok kat afrika ka lebanon ka iran ka atau negara-negara arab ka, dah lama lu semua kena bakar hidup-hidup oleh penduduk!!! lu semua bersyukur sebab dok kat negara yang dipimpin UMNO ni, sebab malaysia takder hudud, kalau laksana hudud nanti madey marah, langgar perlembagaan, tak boleh buat apa dah, british ajar UMNO macam tu....sekian...

psst....Menyesal sudah tidak ada maknanya lagi.....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat