Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label himpunan bersih. Show all posts
Showing posts with label himpunan bersih. Show all posts

Wednesday, 18 January 2012

'Tindakan Mahkamah Jika BERSIH Ke Jalanan Lagi'


Peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) akan berdepan dengan tindakan jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

"Kalau ada yang turun lagi ke jalanan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang," kata Nazri pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan Selasa lalu yang mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Azrin Ren : Hek ele...ayat ni dah berapa kali encik nazri nak ulang?? dulu dah keluar dah perkataan gertakan ni. tetapi rakyat sentiasa turun. rakyat bukan kecut bola macam hang nazri, hang pula tunggu masa nak kena tindakan undang-undang nanti apabila hang kehilangan kuasa termasuk geng-geng seangkatan dengan hang. ingat rakyat bodoh nazri. ugut mengugut ni adalah cara orang pengecut. porah...turun tetap turun...hang gempaq budak-budak pun belum tentu budak-budak takut kat hang. ayat murahan dari UMNO. sekian...

psst...Nazri dah kecut bola...kekeke..

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat