Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label hindraf. Show all posts
Showing posts with label hindraf. Show all posts

Sunday, 27 February 2011

Doraemon : - Tak Boleh Kata Apa-Apa Ker????

p/s : - bersiap sedia lah kawan kawan... penyelarasan harga minyak petrol pasti tiba selepas PRK nanti... Tungguuuuuuu !!! Kalau tak naik... bukan BN nama nyer.... 


PM: K'jaan tak cadang naikkan harga RON95
Salhan K Ahmad
Feb 25, 11

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dapat menjangka sekiranya harga minyak akan terus terjejas ekoran keadaan politik yang tidak stabil di Timur Tengah.

Katanya, kerajaan bagaimanapun akan terus menyemak harga berkenaan untuk masa akan datang.

"Kita akan semak. Saya tak boleh kata apa-apa untuk masa akan datang.

"Maksudnya untuk masa ini kita tidak ada cadangan untuk naikkan harga minyak.

"Kalau keadaan di Timur Tengah ini dapat reda cepat, jadi dia akan menurun. Jadi harga RON98 akan menurun. Itu yang kita janjikan," katanya.

Jelasnya, kerajaan hanya mengawal harga RON95 yang ditetapkan dengan subsidi kerajaan.

"Kita akan pantau keadaan ini. Buat masa ini tidak ada langkah untuk kita menaikkan harga minyak RON95. RON97 diapung mengikut harga pasaran.

"(Bagi) RON95, harga yang ditetapkan kerajaan mengikut jumlah subsidi yang begitu besar.

"Kita peruntuk subsidi RM10.3 bilion dalam bajet tahun ini tapi kalau tidak ada perubahan harga, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara," katanya.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat