Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label hutang negara 53%. Show all posts
Showing posts with label hutang negara 53%. Show all posts

Thursday, 22 March 2012

PARAHHHH!!! : Malaysia Di Ambang Bangkrup? Hutang Negara Kini Hampir RM 600 Bilion!

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail menyifatkan, kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin berkenaan hutang negara di paras 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah tidak tepat.


“Peratusan itu diambil dari tahun lepas. Sekiranya kita mengambil kira hutang perbelanjaan terbaru, termasuk anggaran Belanjawan 2012, hutang negara pasti melebihi had ditetapkan. “Malah, ia belum mengambil kira peruntukan luar jangka dan projek-projek yang didanai melalui pinjaman yang dijamin kerajaan, yang tidak dimasukkan dalam belanjawan,” ujar Azan.

Beliau turut menjelaskan, paras 55 peratus sebenarnya terlalu tinggi untuk dijadikan had siling hutang negara. Beliau merujuk jawapan Awang Adek kepada soalan dari Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail di Dewan Rakyat hari ini, berkenaan tindakan kerajaan untuk mengawal hutang negara yang semakin meningkat.

Merujuk laman Malaysiakini, Awang Adek melalui jawapannya mengatakan, hutang negara belum mencapai tahap kritikal kerana kurang 2 peratus dari had pinjaman yang dibenarkan perlembagaan, iaitu 55 peratus daripada KDNK.

17 Februari lalu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengatakan kerajaan memanipulasi belanjawan dengan tidak memasukkan beberapa projek mega dalam belanjawan, sebaliknya menjadi penjamin kepada syarikat yang membuat pinjaman.

Tony Pua juga mengatakan kerajaan juga secara sewenang-wenangnya meminda undang-undang untuk menaikkan had hutang negara, dari 40 peratus pada tahun 2003 hingga 55 peratus pada masa kini.

Bercakap lanjut Azan berkata, kerajaan turut mengheret rakyat untuk sama-sama menanggung hutang, sehingga hutang isi rumah negara mencecah RM600 bilion, antara tertinggi di dunia.

“Sebenarnya ini isu yang perlu dititikberatkan. Kerajaan Umno BN melalui polisi seperti kadar bunga dan caj bank, melahirkan rakyat yang terbeban dengan hutang yang cukup besar.

AzrinRen : Kadar taraf hidup semakin tinggi, kadar jenayah pun semakin  tinggi, pendapatan dan gaji tersangatlah rendah, lu semua ada merasa ker semua tu? yang tak merasa tu memang sah la lu tu penting diri dan kaya, tak pikir orang lain, janji lu senang dan lenang. kan Islam mengajar kita jangan  jadikan manusia yang tidak pentingkan diri dan saling bantu membantu, maka dengan itu jangan jadi manusia yang pentingkan diri sendiri, kerana sikap pentingkan diri sendirilah Islam uthmaniyah jatuh dan yahudi dapat menguasai dunia. sekian...

psst....Jib memang pentingkan diri, SPR memang pentingkan diri, kena suap jer terus buat kerja setan!!!


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat