Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label ibrahim ali. Show all posts
Showing posts with label ibrahim ali. Show all posts

Tuesday, 16 April 2013

PRU13 : Nik Abduh Ke Pasir Mas? Umno Tasek Gelugor PECAH DUA? Bilik Gerakan BN Shah Alam TUTUP?



Bekas penyandang kerusi Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching (tiga dari kiri), 32 akan bertanding di parlimen Kulai pada pilihanraya umum ke-13.


 Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung parti, Lim Guan Eng pada satu ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Pasar di Kulai malam tadi.

 Pengumuman tersebut turut menamatkan spekulasi mengenai kerusi Kulaijaya di antara Teo dan bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua di mana kedua-duanya disenarai pendek sebagai calon untuk kerusi yang disandang bekas Presiden MCA, Ong Ka Ting.

 Teo akan berdepan Timbalan Pengerusi MCA bahagian Kulai, Tay Chin Hein, 45.

 DAP buat pertama kalinya mempertaruhkan calon wanita untuk kerusi parlimen tersebut.

 Sementara itu, Lim turut mengumumkan pembantu setiausaha publisiti Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Johor, Wong Shu Qi, 30 sebagai calon untuk kerusi DUN Senai.

 Dengan pengumuman Wong, ini bermaksud penyandang kerusi DUN Senai, Ong Kow Meng digugurkan dari senarai calon pada pilihanraya umum kali ini.

 Penggantinya dipercayai sudah dimuktamadkan dan nama yang disebut ialah Dr Ong Kian Ming yang sebelum ini disebut-sebut bertanding di parlimen Seputeh.

 Difahamkan bekas penyandang kerusi itu, Teresa Kok Suh Sim kekal mempertahankan kerusi parlimennya selain DUN Kinrara di Selangor.

 Bekas penyandang parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw sudah disahkan mempertahankan kerusinya buat penggal kelapan berturut-turut.

 Veteran DAP ini bakal ditentang calon PPP, A Chandrakumanan yang kurang dikenali penduduk setempat, dan berkemungkinan besar akan kalah di tangan Seng Giaw dengan majoriti tidak kurang dari 15 ribu undi.

Sementara itu, calon bagi parlimen Pasir Mas hampir pasti milik anak Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh Nik Abdul Aziz (kanan).

 Keputusan terakhir yang dibuat mengesahkan nama Nik Abduh setelah melihat kepada keadaan calon Umno, Che Johan Che Pa yang diumumkan sebagai calon semalam.

 Manakala BEKAS penyandang kerusi itu, Ibrahim Ali pula yang bengang tidak dicalonkan walaupun BEKAS perdana menteri, Mahathir Mohamad merayu kini sah bertanding sebagai calon bebas.

 Pertandingan tiga penjuru ini bakal memberi kelebihan kepada Nik Abduh kerana Che Johan merupakan anak didik Ibrahim semasa dalam Umno bahagian itu.

 Ini bermakna, Ketua Dewan Muslimat PAS pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dijangka kekal di parlimen Rantau Panjang setelah spekulasi mengenai kemungkinan bertanding di Pasir Mas tidak menjadi kenyataan.

 PAS Kelantan akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding bagi kerusi parlimen dan DUN malam ini dalam satu ceramah perdana di Kota Bharu.

 Khabar gembira buat penyokong Pakatan Rakyat apabila Umno Shah Alam menerima tamparan hebat susulan daripada pengumuman Zulkifli Noordin sebagai calon BN semalam.

 Dipercayai setakat ini, sekurang-kurangnya tiga bilik gerakan Umno sudah ditutup sejurus mengetahui Zulkifli dipilih untuk menentang bekas penyandang, Khalid Samad dari PAS.

 "Orang kuat Umno di sini yang memberitahu bahawa mereka tahu rancangan itu sejak semalam lagi dan setakat semalam sahaja tiga bilik gerakan telah ditutup, mungkin di peringkat cawangan," kata pengerusi salah sebuah masjid di situ yang enggan namanya disiarkan.

 Seorang pengurus di salah sebuah kilang di Shah Alam pula memberitahu, beberapa orang kuat Umno Shah Alam yang beliau temui petang tadi dan malam ini merasa sangat malu apabila Zulkifli dicalonkan sebagai calon BN di situ.

 "Tadi, masa saya pergi solat berjemaah di masjid, pencalonan Zulkifli jadi bahan gelak ketawa," kata pengurus salah sebuah kilang di Seksyen 16 itu yang juga tidak mahu namanya disiarkan.

 "Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa Zulkifli adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu," kata Khalid.

 Beliau juga menyifatkan pencalonan Zulkifli itu sebagai isyarat jelas bahawa para pemimpin Umno dan BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.

 Khabar kurang baik lagi buat Umno apabila BEKAS calon parlimen Tasek Gelugor, Shariff Omar akan bertanding sebagai calon bebas menentang calon Umno dan calon PAS, Abdul Rahman Maidin.

 Janji BEKAS perdana menteri, Abdullah Badawi untuk memberi peluang kepada BEKAS penyandang yang digugurkan, Nor Mohamed Yakcop bertanding hanya setakat dua penggal nampaknya tidak ditunaikan.

 Sebaliknya Umno memilih ketua Umno bahagian, Shahbudin Yahya sebagai calon menyebabkan Shariff berang dan mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas malam tadi.

 Ini pasti memberi peluang cerah kepada calon Pakatan Rakyat, Abdul Rahman untuk menang di kubu kuat Umno itu kerana undi kepada BN sudah pasti akan terpecah dua ekoran keputusan drastik Shariff.

#Calon-calon BN semuanya tak professional...semua main kroni-kroni ja...


Baca Berita Penuh ..

PRU13 : Umno Shah Alam Ancam Boikot Zul Nordin!!


Azrin Ren : Katak jugak yang dipilih najib...muahahaha....!!!

Naib presiden PERKASA, Zulkifli Noordin dipilih sebagai calon Barisan Nasional di Shah Alam
 menentang calon PAS, Khalid Samad, ini sekaligus mengenetepikan calon umno bahagian shah alam,


 desas desus bertiup kencang yang mana di katakan UMNO bahagian shah alam malahan seluruh
 kesatuan umno cawangan di shah alam akan memboikot calon pilihan NAJIB RAZAK INI.

 Zulkifli sebelum ini menang di Kulim Bandar Baru menggunakan logo PKR sebelum menjadi
 wakil bebas, namanya diumumkan Najib Razak yang juga pengerusi BN Selangor di Shah
 Alam hari ini.

 mengikut maklumat yang ada pada kami, melalui Profesor @erapasca dan Dr @tiewnama
 dari ajensi berita fakap EP, kerana tiada peluang langsung BN akan menang di parlimen 
shah alam, maka zul noordin di letakkan di sana bagi sekadar mencukupkan kouta untuk 
BN bertanding, supaya tidak di lihat PR menang tanpa bertanding.

kerana umum tahu, penduduk shah alam yang rata ratanya anak muda, tidak akan 
mengundi Calon BN kerana sudah tersemat dalam hati mereka sejak bertahun yang 
lalu perkataan ini.. iaitu ABCD Asal Bukan Cap Dacing.

#Ong....Ong....Ong....

Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 28 December 2011

Ibrahim Ali Isi Borang Keahlian PAS Seumur Hidup


Menjelang PRU 12 yg lalu, pernah diramalkan oleh Daim, beberapa negeri akan jatuh ke tangan pembangkang, maka jatuhlah Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Tepat sekali maklumat yang ada dalam tangan Daim ketika itu. Cuma, Perak adalah bonus kepada pembangkang, kerana ianya tidak ada dalam buku catatan harian Daim, juga turut jatuh, walaupun akhirnya UMNO-BN berjaya merampas kembali.

Kelantan, kekal dalam pegangan PAS, bermakna sebanyak 5 negeri tumbang, ditambah lagi dengan penafian majority 2/3 di Parlimen telah benar-benar menyebabkan jantung Mahathir tidak berapa stabil.

Kini, menjelang PRU13, seorang lagi tokoh veteran UMNO, iaitu Ku Li tampil dengan firasatnya bahawa UMNO-BN akan tewas lagi. Tidak lah diketahui negeri mana yang akan terlepas ke tangan Pakatan Rakyat nanti.

Tetapi, yang terlalu mungkin ialah Negeri Sembilan dan juga Perak yang mampu ditawan kembali. Begitu juga lah dengan Melaka dan Johor juga sangat berpotensi. Kalau begitu lah jadinya, Cuma tinggal Sabah, Sarawak, Perlis dan Pahang sahaja dalam tangan UMNO-BN.

Walaubagaimanapun, Ku Li tidak menyebut Putrajaya juga terlepas. Ini kerana sekiranya Putrajaya terpaksa diserahkan kepada Pakatan Rakyat, sekiranya itu maklumat yang ada dengan Ku Li, maka bagaimana nasib tokoh hebat politikus negara iaitu Ibrahim Ali.

Dalam keadaan ramai pemimpin – pemimpin Melayu dalam UMNO, atau Cina dalam MCA, dan Gerakan, ataupun India dalam MIC sudah kehabisan tenaga, letih dan lesu, tetapi Ibrahim Ali selaku tokoh yang sentiasa bertenaga sejak dari dulu, apakah perkiraannya ketika ini, atau sekiranya beliau memndapat maklumat tentang informasi yang ada dengan Ku Li ini?

Adakah mungkin, bagi menyelamatkan hayat politik nya, maka Ibrahim Ali tanpa rasa segan dan malu akan mengisi borang keahlian PAS seumur hidup? moga-moga dengan tindakannya ini, maka kerusi Pasir Mas masih akan dipertimbangkan untuk diserahkan kepada nya lagi.

Adakah pemimpin-pemimpin PAS, ketika itu akan dengan rela hati menerima Ibrahim Ali sebagai ahli PAS seumur hiudp? Bagaimana pula dengan penerimaan ahli-ahli PAS, dan begitu juga Pakatan Rakyat, sekiranya itu tindakan yang akan diambil olehh Ibrahim Ali.

psst....Kalau betul UMNO sahaja yg boleh memerintah dan memajukan negara didunia ini, aku cabar UMNO bukak cawangan dan buat UMNO somalia dan majukan somalia terlebih dahulu kalau betul UMNO sahaja yg mampu memerintah didunia ini...ngeh ngeh ngehh...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat