Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label jururawat. Show all posts
Showing posts with label jururawat. Show all posts

Friday, 3 February 2012

Lebih 50 Peratus Graduan Kejururawatan Menganggur

Dimana silapnya sehingga lebih 50 peratus lepasan graduan kejururawatan di Malaysia ini tidak mendapat pekerjaan di bidang berkaitan? Para graduan ini ramai yang menganggung hutang pinjaman PTPTN sehingga RM60,000. Kenapa Kementerian Kesihatan tidak mengurangkan kuota pengambilan pelatih untuk kolej kejururawatan atau memberi gambaran sebenar lambakan graduan kejururawatan di pasaran?Graduan kolej jururawat menganggur 


SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan menganggur.

Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS menganggur.

Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan.

Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah? Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut keuntungan.

Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan pinjaman sedangkan kami belum bekerja.

GRADUAN KECEWA,

PR akan tunai janji jikalau memerintah persekutuan, PR sukar untuk tunai janji jika hanya menguasai kerajaan negeri kerana UMNO/BN masih menguasai persekutuan dan bila-bila masa sahaja boleh mensabotaj PR supaya janji gagal ditunaikan...

Kuala Terengganu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Graduankolejjururawatmenganggur/Article

Jeyakumar : Kementerian Kesihatan mesti bertanggung-jawab

By Aliran, on 1 December 2011

Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.

Saya diberitahu melalui jawapan bertulis pada 3 November 2011 bahawa pada takat ini wujudnya 41000 penuntut kursus kejururawatan di 61 buah kolej swasta. Hari ini saya baru menerima jawapan daripada Kementerian bahawa pada masa ini ada seramai 69110 orang jururawat terlatih yang sedang berkhidmat di Malaysia – 47992 di sektor awam dan 21118 di sektor swasta.

Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?
http://aliran.com/7249.html

Thousands of private college nursing grads jobless — Jeyakumar Devaraj

January 14, 2012
The Higher Education Ministry’s failure to control the greed of private nursing colleges has established a situation in which thousands of their graduates are jobless. And yet, these graduates are burdened with PTPTN loans of as much as RM50,000 to RM60,000.

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/thousands-of-private-college-nursing-grads-jobless-jeyakumar-devaraj/Penipuan di kolej Jururawat

Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduat pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.

http://psmsemenyih.blogspot.com/2011/12/penipuan-di-kolej-jururawat.html

AzrinRen : Ini dinamakan malaysia maju? ini pembelaan kerajaan terhadap rakyatnya? inikah UMNO pandai mengawal ekonomi malaysia? porahhhh!!!

psst....Kencing sana kencing sini lepas ni nak kencing kat mana ntah la...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat