Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label kerajaan projek lebuh raya. Show all posts
Showing posts with label kerajaan projek lebuh raya. Show all posts

Sunday, 12 February 2012

Kelantan Bina Lebuh Raya Tanpa Bantuan Putrajaya

Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.


“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.


Lebuhraya dekat gurun

“Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam.

Sebelum ini, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS seringkali mendakwa kerajaan pusat mengabaikan ekonomi negeri itu sejak parti Islam itu mengambil pemerintahan negeri ini pada tahun 1990.

AzrinRen : Haa...tudia..lu semua lihat wahai pencacai-pencacai sekalian, mana lu semua mahu lari. Dulu lu semua menghina kerajaan negeri kelantan tidak boleh membawa kemajuan. Nah!! Lu lihat. Kerajaan UMNO/BN tidak boleh harap maka kerajaan kelantan dengan ini mengambil alih untuk meneruskan semula projek yang masih tidak dijalan-jalankan seperti yang di rancang oleh kerajaan UMNO/BN yang tak habis-habis nak memperbodohkan kerajaan kelantan.

Daripada tunggu lu semua habuk pun takdak, baik kerajaan PAS kelantan bertindak sebagai mengetuai projek lebuhraya tersebut. 

Haa...lu semua masih ingat?? dulu lu semua menghina negeri kelantan sentiasa banjir selagi negeri tersebut di perintah oleh PAS. Tetapi dengan kekuasaan Allah S.W.T. Nah!! lu tengok gambar-bambar dibawah. Itulah lain kali lu semua jangan dok bersikap ANGKUH!!! SOMBONG!! BANGANG!!! dan dan dannn..seangkatan denganyaaaa...

Errr...gua nak lajak sikit perkataan, dulu lu semua tuduh DAP kalau dapat tawan pulau pinang, lu cakap DAP nak bawak pulau pinang keluar dari malaysia seperti singapura tu. Sekarang lu lihat, Pulau pinang sekarang berada didalam malaysia atau tidak...sekian...

Banjir di perlis

Banjir di pahang

Banjir di johor

Lain-lain negeri BN yang pernah dilanda banjir ialah : Melaka, Terengganu, N9.

psst...Lama tak pekena asam pedas eh....


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat