Labels

Showing posts with label kes bunuh. Show all posts
Showing posts with label kes bunuh. Show all posts

Tuesday, 18 January 2011

Bakar : - Kes Bakar Kereta Taman Perlis

psst : - Manusia Akhir Zaman Ni Sangat Suka Bermain Bakar-Membakar Apabila Bengang Bangat Terhadap Seseorang Tersebut.
Dua remaja melecur seluruh di badan dan seorang daripadanya koma apabila dua buah kenderaan terbakar
Gambar: KEADAAN kereta dan motosikal yang terbakar dipercayai berpunca daripada pergaduhan di kawasan perumahan Jalan Raja Syed Alwi di Kangar, pagi tadi. Dua remaja berusia 17 dan 19 tahun dilaporkan cedera parah susulan kejadian terbabit. - Foto Eizairi Shamsudin

 


Baca Berita Penuh ..

Sunday, 2 January 2011

Khairy Jamaludin : - "Saya ingin berehat dari politik"

video 
 psst : - berehat kah atau direhatkan....hahahahah...disisih oleh tok jib.... 
sebagai ketua pemuda yang "terbiar" dalam senarai kabinet 1malaysia.. itulah balasannya bila terlalu "gopoh" semasa pak lah jadi pm. akhirnya berundur secara terhormat... haha..


Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait".

(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late".

(Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 28 December 2010

Mahfuz : - Bank Amerika arah pelabur keluar


AzrinRen : - Memang dah kerja orang melayu UMNO-BN...bak kata pepatah 'BIAR SAMA PUTIH MATA' sebelum kerajaan PR ambik alih. Itu memang perangai orang melayu dan mungkin juga saya jika tak disesatkan oleh nafsu...Siapakah yang menjahanamkan ekonomi negara Malaysia? UMNO-BN lah jawab nya.

 TEMERLOH, 28 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendedahkan terdapat institusi kewangan dari Amerika Syarikat mengarahkan pelabur-pelabur dari negara itu mengalihkan perniagaan ke negara lain selepas isu penggantungan Ketua Pembangkang di parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu menjelaskan, perkembangan tersebut berlaku akibat timbul krisis keyakinan terhadap pemerhati ekonomi luar negara kerana pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung.

Berucap dalam satu majlis dialog isu semasa dengan ahli-ahli PAS Kawasan ini yang berlangsung di pejabat Perhubungan PAS Pahang di sini, Mahfuz berkata keadaan tersebut sudah tentulah merugikan negara dari aspek ekonomi.

“Saya diberitahu apabila Anwar Ibrahim bersama tiga orang ahli parlimen pembangkang digantung, sebuah bank di Amerika segera menasihatkan para pelabur Amerika yang berurusniaga di sini segera mengalih dana mereka ke negara lain.

“Ini pertama kali berlaku dalam sejarah negara Komanwel ketua pembangkang digantung dan mereka yang sentiasa memerhati perkembangan bimbang dengan kesan kestabilan politik dan kesannya akan dirasai nanti,” katanya.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat