Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label kuat. Show all posts
Showing posts with label kuat. Show all posts

Saturday, 28 January 2012

BR1M : Tidak Ramai Orang Cina Memohon Kerana Bimbang ‘Manipulasi’



Masyarakat Cina di negeri ini diingatkan supaya tidak termakan dengan pujuk rayu dan ‘kata-kata manis’ pemimpin Umno yang cuba mengulangi peristiwa sebelum pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999.

Menurut Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing, beberapa kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno mutakhir ini cuba mengambil hati kaum Cina yang sudah jemu dengan sikap berpura-pura Umno.

“Pemimpin Umno cuba mengulangi ‘skrip’ sebelum pilihanraya 1999, cakap Perdana Menteri ketika itu kononnya menghargai sumbangan kaum Cina dalam pembangunan Negara,

“apabila orang Cina sokong MCA dan BN menang, pemimpin Umno kembali menuduh orang Cina dengan macam-macam fitnah,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata, pada tahun 1999 orang-orang Melayu marah kepada Umno kerana kes pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan tidak menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Tetapi undi orang Cina yang menyokong MCA menyebabkan Umno kembali berkuasa dan bertindak lebih rasis, perkauman dan amalan rasuah meningkat.

Oleh itu beliau mengingatkan supaya masyarakat Cina harus sedar tentang perkara ini dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

“Masyarakat Cina mesti ingat, walaupun pelbagai program yang dibuat termasuk sambutan tahun baru secara besar-besaran dibuat, sebenarnya Umno cuba memancing undi untuk mengekalkan kuasanya,”jelasnya.

Menyentuh soal bantuan rakyat 1Malasia seanyak RM500 yang digembar gemburkan oleh pemimpin Umno masakini, beliau mendakwa tidak ramai orang Cina yang membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan tersebut.

Beliau bekata, majoriti orang Cina yang berniaga bimbang permohonan melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri itu akan dimanipulasi.

Namun begitu beliau berkata, tidak salah kepada orang yang benar-benar susah dan memerlukan untuk megambil bantuan tersebut kerana ia bukanlah wang MCA atau wang Umno.

Bahkan, katanya, rakyat berhak kerana wang tersebut adalah hasil kutipan cukai dari seluruh rakyat Malaysia.

psst....Kesiannnn UMNO, bertungkus lumus merangkak nakkan undi kaum cina.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat