Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label lim guan eng. Show all posts
Showing posts with label lim guan eng. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

SELEPAS TAWAN PUTRAJAYA, JET PERIBADI TIDAK DIBENARKAN BUAT PENERBANGAN :: "Mimpi Buruk" Pemimpin UMNO Bakal Menjelma...



“Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan,” demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

 Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diumum dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

 Beliau berkata, ia berikutan PR tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

 Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan pakai jet peribadi dan terbang ke luar negara.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja PR diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya PR Puchong, di sini lewat malam tadi.

 Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.

 Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya PR memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

 Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

 Jelasnya, Barisan Nasional (BN) dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya PR menang besar PRU akan datang.

“Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan... rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak curi,” katanya.

 Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

 Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di Johor dan PR mempunyai peluang besar ke Putrajaya.

#Sipapagomo setan pesalah rasuah dan seorang bekas banduan rupanya...londeh jangan tak londeh...ce tengok senarai dari laman web SPRM ni kat bawah......

WebSites SPRM DI SINI

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 15 November 2011

Kemajuan Pertahanan Indonesia


Indonesia buat jet pejuang


Indonesia buat kapal selam tahun 2012, Malaysia yg dok agung bahasa penjajah tu bagaimana?

Malaysia beli kereta perisai Indonesia RM266 Juta

Aduh, Indonesia buat senapang boleh tembus kereta kebal

Indonesia buat kenderaan tempur 4X4 pula

Hebatnya Indonesia, cipta Bot boleh Menyelam

Indonesia mampu bina Landing Hovercraft tentera

Hebat kita orang Melayu ni, dah boleh buat jet pejuang generasi kelima, buat kapal selam dan macam-macam lagi. He, he, tapi rumpun Melayu di Indonesia. Rumpun Melayu di Malaysia masih lagi sibuk bermain mercun dan meriam buluh, bermegah dengan Pendekar PT91M, Scorpene, Sukhoi dan mungkin lepas ini Typhoon. Dok sebut Typhoon tak henti-henti ribut luar biasa, kilat dan petir di Malaysia sekarang ini.

INDUSTRI PERTAHANAN, ADAKAH INDONESIA MENINGGALKAN KITA?

Adakah negara jiran tetangga kita Indonesia telah jauh meninggalkan kita dalam industri pertahanan?

psst : - Apa malaysia tau? kebas duit rakyat? jual enjin pesawat?

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat