Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, 2 February 2011

Revolusi Mesir : - Apa kesudahannya?

Wallahua’lam,

Itulah jawapan yang paling tepat. Namun, segalanya mungkin. Apa yang kita semua mahu adalah tiada lagi rusuhan, disamping bertukarnya pucuk pimpinan. Apa yang telah berlaku di Palestin dan Iraq, akhirnya rakyat sesama rakyat bertelagah. Di Mesir, bibit kearah itu, sudah tercetus, bila penyokong dan penentang Husni yang tak Mubarak itu dah bertempur. Nauzubillah. Isunya sekarang,

Masih ada manusia yang buta, entah kerana apa sehinggakan ‘ Husni yang sudah tidak Mubarak’  itu hendak dipertahankannya lagi. 

Dari satu sudut, itulah ujian buat sang manusia yang beriman. Adakalanya, orang mempersoalkan, mengapa sesama negara, sesama agama, sesama kaum hendak bertelagah? Sahabat-sahabat sekalian, apa nak hairan ! hatta orang Islam sekalipun, ianya adalah satu realiti kehidupan. Islam adalah agama yang benar. Tapi kedapatan sang manusia yang bernama Muslim telah mencorakkan Islam dengan acuannya sendiri.

Sebab itu, kedapatan manusia yang merasakan dia berada di dalam dilema. Bak kata pepatah

Nak diluah mati bapak, nak ditelan mati anak

Apa susah, sokong je yang hak, tolak saja yang batil. Melainkan, ada sang manusia yang masih teringatkan periuk nasinya, hartanya dan dunianya

Sahabat-sahabat sekalian, yang benar telah jelas, barangsiapa menegakkan kebenaran, Allah akan meredhainya, sekalipun dipandang hina disisi manusia.

Justeru, krisis bumi kinanah, adalah pertembungan antara hak dengan yang batil. Sudah pasti yang hak akan memperolehi haknya suatu hari nanti, kalau tidak hari ini. Jawapan kepada kesudahannya , Sesungguhnya, kemenangan hampir tiba. Walau apapun berlaku, kiranya terkorban biarlah shahid hendaknya, kalau menang biarlah benar disisinya.


psst : - EL-BARADEI jugak pro-yahudi dan pro-barat sama macam hosni mubarak al murtabak hehehe...jangan lantik dia jadi pemimpin. nanti negara mesir dalam diam-diam akan menjadi sebahagian wilayah negara israel. EL-BARADEI tu anak didikan APCO yahudi macam UMNO. ''kami ingin pertahankan Islam!!! yahudi barat jangan ganggu agama kami!!! jangan bogel anak-nak kami!!! jangan bukak aurat anak-anak, artis-artis kami macam seperti di malaysia!!!jangan berbikini anak-anak dan artis-artis kami seperti kat malaysia!!! jangan sesatkan kami!!! APCO jangan ganggu kami!!! jangan jadikan anak-anak Islam kami kaki judi, kaki arak, kaki maksiat dan kaki fitnah sebagaimana yang telah berlaku sikap-sikap pemimpin yang tamak kuasa!!! APCO yahudi barat berambus kau dari muka bumi islam kami termasuk dari malaysia!!! jangan ajar umno jadi kaki kencing, kaki tembrang, kaki fitnah, kaki penyamun!!!''jangan perbanyak cerai berai pasangan Islam kami yang ingin membina umat Allah!!!''

Baca Berita Penuh ..

Friday, 21 January 2011

Doraemon : - PBS Tolak Cadangan SPR

  
TAWAU, 21 Jan. - Parti Bersatu Sabah (PBS) menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperkenalkan sistem undi proksi bagi membolehkan pengundi berdaftar yang tidak dapat hadir mengundi, diwakili seseorang yang layak.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, sistem berkenaan bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini dan jika dilaksanakan akan menimbulkan perdebatan tidak berkesudahan mengenai kredibiliti SPR sendiri.

"Kita selalu diingatkan bahawa dalam sistem demokrasi, hak mengundi kita sebagai pengundi berdaftar untuk menentukan satu-satu kerajaan adalah hak kita yang amat penting. Jadi cadangan membolehkan seseorang mengundi untuk pihak orang lain bercanggah sama sekali dengan sistem demokrasi.

"Bagi saya ini (sistem proksi) akan lebih mengelirukan lagi dan akan menjadi satu perkara yang tidak meningkatkan kepercayaan terhadap sistem demokrasi kita dan sebab itu saya harap cadangan ini tidak diadakan,” katanya. - Bernama


Baca Berita Penuh ..

Thursday, 20 January 2011

Doraemon : - UMNO Penderhaka!! Mana Perkasam??

 Pembangkang Selangor akan hadir ke sidang tergempar dewan undangan negeri pada Isnin namun tidak akan menyokong usul pindaan perlembagaan negeri yang akan dibentangkan oleh kerajaan negeri. <----- [ Amboi amboi amboi...tengok pembaca sekalian!! siapa yg penderhaka sebenarnya? lepas 24hb.nanti confirm tahu siapa penderhaka sebenarnya...
BN SELANGOR MENOLAK KEMBALIKAN KUASA SULTAN..........
Pembangkang Selangor akan hadir ke sidang tergempar dewan undangan negeri pada Isnin namun tidak akan menyokong usul pindaan perlembagaan negeri yang akan dibentangkan oleh kerajaan negeri.. Hujah.......Sultan telah memperkenankan usul tersebut dibentang...Mari kita tunggu apa tindakan wakil rakyat BN...Beranikah BN menolak usul tersebut? Masihkan diingati macam mana PM Mahathir menggubal perlembagaan Malaysia dengan memusatkan kuasa kepada kerajaan persekutuan?

Baca Berita Penuh ..

Thursday, 13 January 2011

Derhaka : - Siapa Sebenarnya?

video 

BloggerzExpress : [Next Artikel - Suara Asia]
Mendulang paku serpih mengata orang dia yang lebih...siapa yang penderhaka sebenar? sampai bila mereka nak jadi manusia begitu syok sendiri ni? tak habis-habis dengan shuhaimi 1000x...sedangkan diri sendiri tidak dicerminkan pantulannya..bolo punya olang..macam tukah manusia bermaruah? macam tu kah melayu bermaruah? macam tu kah umat bermaruah? 

Ingat ni zaman tok kadok 70 an, 80 an, 90 an ka? dulu lain hangpa nak kencing rakyat dengan media utusan hangpa, media TV hangpa. kali ni rakyat dah celik. dalam internet pelbagai berita yang telah di gam oleh hangpa pun boleh diteliti oleh rakyat. kenapa takut dengan blogger-blogger PR? kenapa sanggup nak upah pakar hack untuk menyerang blog-blog PR. ingat rakyat monyetkah!! 

Kalau nak tahu siapa penderhaka sebenar..meh tengok video di atas...kita bandingkan...
Kurang ajar pertama bolehlah disifatkan sebagai "Derhaka" kepada instistusi Raja-Raja Melayu. masih ingat? bila Dato' Seri Ir Nizar mohon "Sembah Derhaka" pada Tuanku Sultan Perak, beruk-beruk UMNO menjerit-jerit dan melompat-lompat dari pokok ke pokok mengkhabarkan bahawa "Nizar Derhaka pada Sultan".

Nak salahkan UMNO memang tak berapa boleh sebab dalam dunia beruk, tak ada sistem beraja. 
 

Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 12 January 2011

Kea Liwat DS Anwar : - Jamil Khir Penghalang Untuk Bicara Di Mahkamah Syariah?


 DS ANWAR dituduh melakukan perbuatan liwat dengan Saiful Bukhari Azlan dan jika difahami dari seksyen pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau, perbuatan itu dilakukan secara `suka sama suka'. Berlawanan dengan apa yang disebut oleh Saiful Bukhari di dalam mahkamah bahawa beliau `dipaksa' melakukannya walaupun pemuda ini telah `bersedia' dengan memakai tuala dan berwangian.

 DS Anwar selaku yang dituduh ingin menuntut keadilan bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga keadilan buat Saiful. Mencari keadilan, tempat yang sesuai buatnya selaku umat Islam dan kebetulan juga Saiful yang dikatakan menjadi pasangannya juga berugama Islam sudah pastilah beliau memilih Mahkamah Syariah. Bukankah zina dan liwat `suka sama suka' itu tarafnya sama di sisi Islam dan Mahkamah Syariah sahaja tempat paling layak untuk mencari keadilan dan kebenaran. DS Anwar dari awal lagi menyangkal keras tuduhan terhadapnya, namun tetap mahu merujuk ke Mahkamah Syariah untuk mendakwa Saiful yang telah melakukan fitnah terhadapnya. Maka, DS Anwar mohon agar kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah di bawah pertuduhan `Qazaf'. Saiful pula memilih jalan mudah iaitu dengan melakukan `sumpah laknat' yang tidak pernah diakui oleh Syarak di dalam menghadapi kes seperti ini.

Mengikut berita yang dilaporkan oleh akhbar Buletin Rakyat edisi 119, DS Anwar memberitahu beliau mempunyai maklumat bahawa kertas pertuduhan kes liwatnya sudah disiapkan untuk pendakwaan di Mahkamah Syariah namun ianya telah ditahan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Mej (Jen) Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau mempersoalkan mengapa Menteri yang tahu tentang hukum Islam ini dan juga sebagai bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera boleh menggunakan kuasa menyekat pendakwaan.

Baca Berita Penuh ..

Monday, 10 January 2011

BN : - Banyak Lagi Harga Barang Keperluan Tak Naik Ni!


 R-Rakyat Termiskin 

M-Menteri UMngok

1. Petrol ron95 dan ron97 
R- Baru naik rm 1.90. Kami tak puas, nak lagi petrol naik ke rm19 seliter ni. minyak ron97 tolong naikkan lagi ke rm 24ringgit seliter. kalau tak cukup lg, rm 72 seliter. mintak sangat naik secepat mungkin ye. Kami x sabar nak tuang minyak buat gi keje pagi esok. 

M- Boleh-boleh. kami akan menaikkan harga petrol MALAM NI JUGAK. jangan risau. Harga petrol dijamin akan dinaikkan supaya rakyat hidup selesa. 

2. Bawang
R- Kami mintak harga bawang dinaikkan lagi ke rm150 sekilo. klu rm6-7, skit sangat kenaikan tu. bawang2 klu boleh bagi la yang jenis buruk2 pun takpa, makcik2 felda tak kisah pun. lagi satu, kami mintak harga bawang merah, bawang putih, bawang kecik, bawang besar pun dinaikkan jugak. tak adil lak kalau 1 jenis bawang ja yang naik harga. sian kat bawang2 lain. 

M- Bekalan bawang dah sampai petang tadi. Bawang2 semuanya dijamin busuk2 belaka. Harga bawang, kami tak jamin naik atau pun tidak, tapi kalau rm150 sekilo tu, kira berpatutan jugak harga tu. buat sementara ni, minta rakyat tanam la bawang dulu ye. 

3. Gula
R- Ni laa barang yang kami tunggu2 kenaikannya. Kami mintak bekalan bekalan gula dihentikan dulu, sementara pmenunggu pengumuman kenaikan terbaru. Minta pemborong sorok la dulu gula kat mana2. Bawah stor, dalam lori, atas siling, tepi almari, atau kat belakang rumah pun boleh jugak. Kami harap kenaikan harga gula mencapai paras maksimum supaya tak ada rakyat yang mampu beli gula nanti. 

Baca Berita Penuh ..

Fitnah : - DSAI Saman Saiful Pada 25 April


 Syok dengan andaian sendiri je tu. Nak sedapkan hati je. Kenyataan yang tidak boleh disangkal sambutan terhadap DSAI di mana-mana jua tetap solid walaupun kes fitnah liwat dilemparkan kepadanya.

Untuk meraih sokongan Melayu umno hanya bermodalkan punggung Sialful. Itu sahaja yang ada. modal ini semakin hari semakin tidak laku. saluran penyebarannya Utusan Meloya, Berita Hairan dan TV tiga suku semakin dipinggirkan.


 Kongsi Saman Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan ditetapkan untuk sebutan pada 25 April depan.

Saman itu difailkan terhadap Saiful kerana didakwa berniat jahat apabila membuat laporan polis terhadap Anwar, kononnya diliwat bekas majikannya itu.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Anisah Normah Muhamman Nor menetapkan tarikh sebutan itu sementara menunggu perbicaraan kes yang dihadapi Anwar di mahkamah Tinggi Jenayah selesai. Mahkamah Tinggi Jenayah menetapkan 21 Januari ini untuk menyambung bicara Anwar.

Anwar, 63, memfailkan saman terhadap Mohd Saiful, 25, pada 30 Jun, 2008, mendakwa bekas pembantunya itu membuat laporan polis kerana mempunyai niat tersembunyi dan untuk mencemarkan peribadinya sebagai ahli politik.

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 9 January 2011

JPJ : - Semua jalan...


 psst : - org2 kg memang banyak guna motor yg takde rotax...pasni takdak harapan nak lari masuk kebun kalau kena kejor JPJ...saman tetap saman...err...kerajaan umno dah sengket duit ka..heheh...

 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

"Malah semua jenis kawasan letak kereta dan bahu jalan, kita boleh ambil tindakan jika pemandu kenderaan terbabit melakukan kesalahan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Satu Komuniti Satu JPJ kawasan Dewan Undangan Negeri Lendu hari ini.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lepas.

 
 meh tenangkan fikiran..heheh....

Baca Berita Penuh ..

Menjelang 15 Mac : - Facebook Bakal Ditutup???

 psst : - Kalau betul pun...elok sangat tu..berhenti laa..semakin berfancebook semakin runtuh lah moral kalian..tambah-tambah pula kes curang dan cerai di sebabkan facebook...mark pun sedar..kalian bila lagi??? Masih kalian ingat msnchat yang sepopular facebook dulu? begitu juga nasib yg sama dialamai oleh facebook.


FACEBOOK WILL END ON MARCH 15th!
Posted on Saturday, January 8th, 2011

PALO ALTO, CA –Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful.

“Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office, “and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.”

Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.

“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.”

Baca Berita Penuh ..

Monday, 3 January 2011

Isu SUK Selangor : - MP dakwa Khusrin dilantik untuk bubar DUN Selangor

video 
 Lagu Rap Untuk Si Pelakon Konspirasi

psst : - ISU NI KERAJAAN PERSEKUTUAN YG CARI PASAL.....SIAPA ARAHKAN SIDEK HASSAN LANTIK MAMAT NI..... BAGUS SANGAT KE DIA.... BIARLE KERAJAAN SELANGOR LANTIK SU MEREKA.......... SENANG NAK TADBIR NEGERI...... BN TAK HABIS2 NAK GANGU KERAJAAN PR (BUKAN KERAJAAN PEMBANGKANG TAU) 

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan persekutuan cuba membubarkan DUN Selangor melalui pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK). 

NONEKhalid berkata, Khusrin yang merupakan bekas setiausaha sulit kepada menteri besar sebelum ini Tan Sri Muhammad Mohd Taib, terhutang budi kepada perdana menteri Datuk Seri Datuk Najib Razak dan bukannya kepada negeri itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di pejabatnya, Beliau mendakwa, Najib pula berniat untuk mewujudkan kekacauan di negeri itu dan memaksa pembubaran DUN.

Kebimbangan yang disuarakan Khalid itu timbul berikutan desas-desus berhubung langkah Selangor dan negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat untuk tidak membubarkan DUN sekiranya Najib mahu mengadakan pilihan raya mengejut.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat