Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label lucious. Show all posts
Showing posts with label lucious. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

Dr Badrulamin : RM2.71b Wang Rakyat Untuk umno Jatuhkan PR Selangor

Pemberian dana dari wang rakyat sebanyak RM2.71 billion oleh Kerajaan Pusat kepada Umno Selangor Disember lepas dilihat sebagai satu usaha bersungguh mereka untuk menawan Negeri Selangor, ulas Pengarah Penerangan Pejabat Menteri Besar, Dr. Badrulamin Bahron.

Tindakan terdesak itu dilihat sebagai satu usaha tidak bermoral pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk 'membeli' undi rakyat Selangor pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti.

Argggg....tidoq lagi baik.....HeHeHeHeH!!!!

"Tindakan membeli rakyat dan memperkayakan pemimpin-pemimpin Umno ini saya anggap satu tindakan yang kolot, sombong dan angkuh sekali. Mereka anggap rakyat mudah dibeli dengan wang ringgit serta sogokan.

"Namun Najib lupa bahawa rakyat Selangor kini sudah bangkit bukan kerana kemiskinan atau mahukan duit tetapi rakyat bangkit kerana mereka sedar Umno itu zalim dengan segala penipuan dan pengkhianatan selama lebih 50 tahun memerintah," ujar Badrulamin.

Bagaimanapun, Badrulamin menyatakan rakyat Selangor khususnya sudah mula membuka mata dan sedar kerajaan mana yang harus mereka beri kepercayaan mentadbir negeri ini.
"Rakyat boleh lihat tiga kejayaan besar Kerajaan Pakatan antaranya hutang negeri yang sudahpun dilunaskan sepenuhnya dan tabungan negeri yang kini hampir mencecah RM 2 billion.
"Malah, lebih RM1,000 juta sudah diagihkan kepada rakyat melalui Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan pemberian air percuma, khairat kematian, hadiah anak masuk IPT, Skim Kesihatan Wanita dan sebagainya yang diberikan secara berterusan dan bukan sekali bagi sahaja," beritahu Badrulamin yang dihubungi melalui panggilan telefon.

Selain itu, Badrulamin turut mempersoalkan sumber wang yang disalurkan kepada Umno Selangor itu.
"Dengan hutang isi rumah negara yang mencecah RM577 billion, saya kira ini merupakan wang hutang lagi yang mana perlu dibayar oleh rakyat seluruh negara, bukan sekadar rakyat Selangor.

"Bukan Umno yang akan melunaskan segala hutang ini sebaliknya rakyat dari muda sampai yang tua. Cukai, harga barang, tarif elektrik, minyak, tol semua ini akan naik untuk menampung beban hutang tersebut," jelas Badrulamin sambil menambah rakyat perlu berhati-hati dengan permainan wang Umno.

Tahukah Anda?? : Negara kita belum lagi bebas dari penjajah, kerana kita masih di perintah boneka penjajah.

psst....Letih betol hari ni....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat