Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label mahasiwa. Show all posts
Showing posts with label mahasiwa. Show all posts

Sunday, 8 January 2012

Hassan Ali Dipecat.....


KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Komen Azrin Ren : Memang patut pun. Dia ni lebih kurang macam musuh didalam selimut yg dok manganggu para-para jemaah yg nak menetang penzalim rakyat dan penghancur negara, Mamat ni sebelum ni nak bercadang untuk bergabung dengan UMNO. Hey lu mamat. lu talak ingat ka? dulu tahun 1969 lepas pru, PAS menang besar kemudian UMNO pelawa PAS masuk dalam perikatan seperti BN. Pelawaan itu sebab PAS adalah parti terkuat semasa itu. Kemudian parti lu ditendang daripada perikatan selepas kekuatan UMNO kembali. Lu tengok betapa alpanya umno yg terus lupa diri apabila senang. Susah cari kawan senang talak cari kawan..Takan lu tak ingat wahai hassan ali?? macam ini olang ad ka, Memang susahlah nak kalahkan yahudi kalau ini macam olang terus wujud...

psst...Selamat Tinggal Hassan Ali....

Baca Berita Penuh ..

Saturday, 7 January 2012

Masih Ingat Peristiwa Memali??? : Pakjib Lari Ke Afrika...kekekekk...


Hek elehhhhh pakjib ni..kononya nak pi buat lawatan...kekekek...

Bebas Anwar 901: Najib Altantuya Takut, sudah Cabut Lari Ke Afrika Selatan !!!

Dalam sibuk seluruh negara tertumpu ke arah keputusan paling besar dalam sejarah negara tahun baru 2012 ini berkenaan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, rupanya Perdana Najib Altantuya sudah cabut lari nun jauh ke bumi Afrika!

Mengulangi sejarah mentor politiknya, Mahathir Mohamad yang culas ke China semasa tragedi berdarah Memali pada 1985, Najib Altantuya juga dilihat mengambil pendekatan selamat untuk mengelak dari dilibatkan dengan keputusan mahkamah yang dilihat sudah boleh dijangka, dan paling penting siapa dalang di sebalik keputusannya!

Muslihat Najib Altantuya sudah lama diduga dek kerana apabila sudah berada di Afrika Selatan, kira-kira 12 ribu kilometer dari tanah air, dia dilihat kununnya tidak cuba mempengaruhi keputusan mahkamah yang jelas sekali berat sebelah dan prejudis!


Rosmah Mansor yang mengikuti isterinya juga dilihat tidak mahu dikaitkan dengan keputusan mahkamah dan membiarkan timbalannya, Muhyiddin Yassin terkontang-kanting menjawab apa saja keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah Isnin ini.

Musa Hitam juga tidak terlepas dari serangan bertali arus media semasa ketiadaan Mahathir dulu walaupun dia Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan menyerang Memali di Mukim Siong, Baling, Kedah lama dahulu.

Apa pentingnya menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Johannesburg yang tidaklah begitu penting sebenarnya selain dari mengahbiskan duit rakyat semata-mata!

Alasan hubungan baik yang terjalin semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu tidak boleh dijadikan alasan kerana syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines (MAS) sudah pun menghentikan perkhidmatannya ke Johannesburg dan Cape Town atas alasan kekurangan penumpang selain mengurangkan hutang menimbun yang dialami MAS!

Penganalisis politik berpendapat, tindakan Najib Altantuya ini lebih didorong oleh rasa takutnya akan apa saja persepsi rakyat yang akan memerhatikan setiap tindak tanduk keputusan mahkamah yang bakal dibuat Zabidin Mohd Diah.

Malahan Najib Altantuya kini terdesak untuk meraih sokongan rakyat disebabkan gerakan Bebas Anwar 901 semakin mendapat perhatian dan buktinya lebih 740 laporan polis dibuat pencacai setianya setakat jam 2.40 petang tadi.

Apa yang pasti, Najib Altantuya, walau berada di mana sekalipun di planet ciptaan Allah SWT ini mesti bertanggungajwab di atas segala keputusannya sama ada penghakiman Zabidin memihak Anwar Ibrahim atau pun tidak !

psst....Madey dah turun ilmu kat pakjib....kekekek.....muyiddin yg kena bias..keekek...pakjib botaki harus bertaubat!!!

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 1 January 2012

Flash Mob V for Vendetta Turun ‘Menakluk’ Dataran Merdeka!!!


Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka di sini semalam digegarkan dengan “flash mob” atau demonstrasi kilat yang menuntut hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara yang semakin dikekang oleh Kerajaan Barisan Nasional. Flash Mob yang bertemakan elemen-elemen dari filem terkenal “V for Vendetta” itu dihadiri puluhan anak muda berbilang kaum dan latar belakang daripada Gerakan Occupy Dataran

Mereka berjaya mencuri perhatian hadirin yang membanjiri Dataran Merdeka bagi sambutan Tahun Baru.

Peserta flash mob itu menarik perhatian ramai dengan memakai topeng putih “Guy Fawkes” yang dipopularkan filem “V for Vendetta” sambil bersorak dan menghasilkan bunyi gendang yang kuat.

Mereka juga membawa kain rentang dengan perkataan “Occupy Dataran untuk Merdeka” yang diilhamkan oleh gerakan “Occupy” yang berlaku seluruh dunia.

Gerakan “Occupy” mengajak masyarakat awam supaya mengambil-balik ruang-ruang dan institusi awam yang telah ditakluk dan digunakan oleh golongan elit bagi memperkayakan diri mereka sambil menidas golongan bawahan.

Flashmob “V For Vendetta” berjaya mengalihkan perhatian orang ramai yang sedang menyaksikan konsert percuma di dataran dengan melepaskan beberapa butir “signal flare” sebelum acara bunga api bermula.

Akan tetapi, pihak polis menahan tiga daripada peserta flash mob itu dan merampas kain rentang mereka. Ketiga-tiga pemuda itu dibawa ke balai polis  bergerak. 

Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 21 December 2011

Sejuk Hatiku : - Bekas Mufti PERLIS Terkejut Tengok Panglima Beruk Berbicara



ops mak kau....Kesian Panglima-Panglima yg nak meludah mahasiswa tu..sampai ulama pun terkejut tengok perangai beruk mereka. terdesak sampai tahap nak meludah para-para bakal pemangkin negara kelak nanti. tak takut ker para-para mahasiswa tunjuk ''JARI TENGAH KAT LU SEMUA WAHAI PANGLIMA SARKAS''

Apa salahnya mahasiswa nak menunjuk ketidakpuasan terhadap pemimpin yang menzalimi terhadap para-para mahasiswa yang ingin kebebasan dan demokrasi didalam campus?? kan lebih teruk panglima-panglima ni pergi meludah mamat-mamat sarkas yang nak menghadiah kek taik kat lim guan eng hari tu? 

pakjib..lu jangan hairan lu akan disabotaj oleh ahli sendiri dan kabinet-kabinet sendiri pru13 ni...ngeh ngeh ngeh...

p/s....Semakin bertambah golongan cerdik pandai membenci ameno...tinggal yg dungu2 je masih sokong ameno..

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 20 December 2011

Gambar : - Ribuan Hadir di Rapat Rakyat Pulau Pinang...



Sedikit gambar untuk dikongsi bersama, gambar telah dirakamkan pada 18 Disember 2011, bertempat di Taman Senangan, Teluk Ayer Tawar, Butterworth dalam program Rapat Rakyat.





Perlu kita ketahui ini adalah kawasan yang dikuasai oleh UMNO/BN di Pulau Pinang, boleh dikatakan kubu kuat mereka..

Alhamdulillah.. perubahan mula kelihatan disini.. ribuan rakyat dari berbilang kaum telah hadir..saksikan dan kiralah sendiri berapa ramai yang hadir..


Video Ucapan Disini --------> Sini


Nampaknya orang-orang melayu tidak termakan dakyat dari kerajaan umno-bn, jika betul Lim Guan Eng itu rasis, anti melayu, nak hapus ketuanan melayu, nak halau melayu dari pulau pinang. kenapa masih ramai ribuan orang-orang melayu masih tetap setia kepada kerajaan negeri pulau pinang pimpinan Lim Guan Eng? ini sebagai petanda. rakyat tidak lagi mempercayai utusan malaysia dan tv3 suku, kerana...maklumat sebenar dan tulen boleh didapati di internet. janji jangan cari gambar sex pulak. 


p/s.....nanti ada cacai umno kata gambar tu semua photoshop....dan cakap sebenarnya itu program umngo.... Madey kata, zaman sekarang ni gambar orang boleh ditukar2 kepala...huhuhu...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat