Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Monday, 30 December 2013

Jeneral As-Sisi Sudah Mati?


Kehilangan Jeneral al-Sisi terus jadi misteri 

Kaherah: Rakyat Mesir kini tetanya-tanya ke manakah hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang sudah tidak kelihatan di khalayak ramai sejak 17 Oktober lepas. 

Al-Sisi yang melakukan rampasan kuasa menggulingkan Presiden Mohammed Morsi, 3 Julai lepas, sebelum ini sering membuat kenyataan secara langsung di televisyen Mesir. 

Namun selepas pembunuhan ribuan rakyat tidak berdosa di Dataran Rabaah dekat sini, khabarnya al-Sisi sudah tidak kelihatan lagi secara 'live' dalam laporan media elektronik Mesir. 

Televisyen Mesir masih menyiarkan footage video mengenai al-Sisi, namun umum mengetahui bahawa gambar statik dan video tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini. 

Sehingga kini tidak ada pengesahan yang sahih sama ada Jeneral al-Sisi menghilangkan diri atau beliau sudah mati. 

Namun laporan rangkaian berita Sky News semalam (28 Disember 2013) agak mengejutkan rakyat Mesir. 

Laporan Sky News memetik kenyataan Pakar Tentera Britain kepada mereka, bahawa mayat al-Sisi ditempatkan di Kem Tentera di Iskandariah. 

Pakar tentera tersebut mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bangunan dalam kawasan tentera, supaya boleh dizahirkan al-Sisi sebagai mangsa letupan. 

Isu ini menjadi bualan rakyat Mesir, kerana mereka melihat sendiri tiada langsung kelibat al-Sisi selama dua bulan. 

"Tiada kepastian drp sumber kerajaan, cuma suratkhabar pembangkang dan cakap-cakap belakang sahaja yang mengatakan al-Sisi sudah mati. 

"Apa yang pasti dah lama beliau tidak keluar televisyen untuk buat ucapan. Televisyen menyiarkan aktiviti al-Sisi, tapi semua gambar lama," kata seorang penganalisis politik Mesir. 

Bagaimanapun seorang wartawan terkenal Mesir bercakap kepada akhbar Aljazeera menyatakan keyakinan beliau bahawa Jeneral al-Sisi sudah mati cuma berita tersebut disembunyikan. 

Wartawan tersebut juga mendakwa puak kudeta (perampas kuasa) menunggu untuk meletupkan bangunan Kementerian Pertahanan dan mengisytiharkan al-Sisi meninggal. 

Lebih buruk lagi kata beliau, Ikhwan Muslimin yang dituduh sebagai pengganas akan dipersalahkan kerana didakwa melakukan pengeboman tersebut. 

Berikut ialah video lanjutan mengenai dakwaan kematian atau pembunuhan Jeneral al-Sisi dan pembantu kanannya Sidqi Subhi.

WallaHualam...

Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 21 August 2013

Rakyat Dan Polis Indonesia Dalam Perarakan Menyokong Legitimasi Di Mesir


Ribuan rakyat Indonesia berarak secara besar-besaran di ibu negara (Jakarta) sebagai sokongan kepada Legitimasi Rakyat.

Mereka juga mengutuk pembunuhan harian yang dilakukan oleh tentera terhadap demonstran aman.

Anggota-anggota polis turut bergabung bersama demonstran untuk bersama menyokong legitimasi di Mesir sambil mengangkat syiar keteguhan "Kami semua adalah Rabiah".

Kepada rakyat malaysiadan indonesia, tak usah la kita saling kutuk-mengutuk, mencari kelemahan orang lain. Semuanya masing-masing ada kelemahan, Tak usah la nak bergaduh pasal bola. Bola bukan wajib pun, solat tu wajib..tiang agama..jangan bergaduh...dajjal lagi gembira kalau kita dok bertelingkah. Suatu hari nanti kelak kita satu khilafah jugak denan satu bendera!


Baca Berita Penuh ..

Sunday, 18 August 2013

MESIR : Misi Plan Fasa Dajjal Berjalan Lancar!



Ketika ini seluruh umat islam didunia menumpu perhatian pada krisis di Mesir dan Syria...tetapi sedarkah kita bahawa ini ada episod terakhir permainan Dajjal sebelum beliau membuka Fasa berikutnya...Tahukah anda,sasaran yang mereka idamkan bukanlah Palestin....sebaliknya MEKKAH dan MADINAH....dan Tahukah anda MEKAH dan MADINAH kini telah dikepung secara sistematik oleh Zionis (Israel)dan sekutunya Syiah (Iran)......bermula dengan :


-TURKI Uthmaniyah yang ditumbangkan dan Jatuh ketangan Puak Sekular Ekstreme,walaupun kini diperintah Pemimpin "Islamik" Erdogan,Hakikatnya beliau hanyalah Puppet yang hanya bersuara tapi tidak bertindak kerana dikekang Pengikut Setia Attaturk.

-PALESTIN yang sebelum itu makmur dibawah pemerintahan Uthmaniyah ditawan mudah puak kufar sebelum diserahkan pada Zionis.

-IRAQ satu2nya negara yang lantang mempertahankan Palestin secara ketenteraan diceroboh dan diranapkan,USA dan negara Salib dan Bantuan sulit dari Syiah (IRAN).

- AFGHANISTAN negara mundur yang memiliki hasil bumi paling kaya didunia dirampas oleh USA hasil bantuan Syiah (IRAN) dan segala hasil buminya disalur pada Zionis (Israel).- LIBYA pimpinan Ghadaffi merupakan musuh ketat Negara Salib dijadikan bahan Eksperimen untuk mencetuskan "Arab Spring"...Rakyatnya dihasut untuk "BANGKIT"...dibantu dengan "Bersungguh2" oleh Tentera Salib (NATO).

-SYRIA adalah sasaran sebenar Operasi Arab Spring yang dirancang Zionis kerana sudah tertulis dalam kitab2 lama Yahudi bahawa Syria adalah medan perang Armageddon melibatkan Mesiah(Dajjal) dan Al-Mahdi.

-MESIR walaupun "DISERAHKAN" kepada Dr Morsi dari Ikhwanul Muslimin,kemudian dirampas semula oleh Tentera Firaun moden pimpinan Syiah dan Zionis bertujuan menimbulkan kemarahan tak terhingga Umat Islam supaya tercetusnya Armageddon dengan segera.

-MALAYSIA hiruan berleluasa, maksiat bermaharajalela, kesesatan terus dilihat.

LIHATLAH...DIPETA,,,SEMUA NEGARA DISEKELILING MEKAH DAN MADINAH TELAH DITAWAN DENGAN SISTEMATIK......Diakhir Zaman juga sudah tertulis dalam hadis bahawa Tempat Suci umat Islam iaitu KAABAH akan diruntuhkan oleh LELAKI dari HABSYAH diberi kepercayaan memerintah Rom.......

SIAPA LELAKI HABSYAH INI.? Semua sedia Maklum...ROM dizaman moden sekarang sudah berhijrah dan kini dikenali sebagai USA melalui sejarah panjangnya.....dan satu-satunya lelaki Habsyah(kulit Hitam) yang memerintah ialah Presiden terkini mereka iaitu BARRACK OBAMA.....Ciri-ciri Obama juga mirip seperti yang digambarkan Rasulullah mengenai lelaki Habsyah yang meruntuhkan Kaabah melalui Hadis Riwayat Al-Bukhari dan At-Tabrani:
DI ANTARA TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN IALAH BILA MASA KAABAH AKAN DIRUNTUHKAN DAN PELAKUNYA SEORANG LELAKI BERKETURUNAN HABSYAH YANG DILANTIK MENJADI PEMERINTAH ROMAN.SUBHANALLAH...KITA SEMAKIN HAMPIR......!!!.

Tanda Kemunculan Dajjal

Kemunculan Al-Mahdi Dan Nabi ISA

Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 9 February 2011

Doraemon : - Keterhutangan Kewangan Serius!!!


 Apa maknanya? hampir semua dari kita berhutang ketika membeli rumah, berhutang ketika membeli kereta, berhutang ketika hendak belajar atau menghantar anak2 belajar, berhutang membeli itu ini dengan kad kredit. hutang-hutang yang menimbun ini telah mencipta bunga yang tinggi. bunga ini ditampung pula dengan proses cetakan wang kertas yang baru untuk melangsaikan hutang-hutang dari bunga tadi. Kesannya ialah wang baru mencuri nilai wang lama dlm pasaran menyebabkan nilai wang RM menjadi rendah. Lebih banyak wang kertas diperlukan untuk membeli barang2 dan perkhidmatan yang terhad, menjadikan harga barang tadi naik mendadak. Inilah inflasi!

Jadi tidaklah menghairankan kenapa kerajaan sentiasa menaikkan harga barangan keperluan. Sebabnya ialah mereka telah mencetak wang baru yang banyak dan kita kena menggunakannya untuk menambahkan kantung pihak2 bank yang kesemuanya adalah kroni pemerintah. lihatlah kalau barangan itu dikatakan dikawal, harganya sentiasa naik dan naik tetapi barangan yg tidak dikawal contohnya komputer dan telefon bimbit, harganya sentiasa saja turun.

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 6 February 2011

Revolusi MESIR : - MOSSAD Mula Menjalankankan Operasi Dajjalnya


 Seperti yang dijangka, Israel mula memainkan peranan untuk melindungi Regim Hosni Mubarak daripada jatuh d itangan rakyat. Operasi pertamanya, meletupkan saluran gas di utara Semenanjung Sinai.

Matlamatnya untuk memburukkan golongan anti Mubarak. Kita tengok dengan pantas dan segera pihak kerajaan menyalahkan golongan penentang regim.

Umum mengetahui dahulunya Israel pernah menduduki Semenanjung Sinai sehinggalah mereka menyerah kembali kepada Mesir dalam Perjanjian Damai Camp David 1978.

Untuk melakukan sabotaj amat mudah buat Israel melalui MOSSAD kerana mereka pernah menduduki tempat berkenaan dan tahu segala lokasi rahsia. Tujuan letupan adalah untuk mengalih perhatian rakyat terhadap Regim Mubarak.

Mesir mempunyai simpanan gas asli sebanyak 1.7 trilion meter padu dan yang ke 18 terbesar di dunia.

Baca Berita Penuh ..

Doraemon : - Bersama Berdoa Kejatuhan FIRAUN ABAD INI !


Seminggu selepas Presiden Tunisia Zainal Abidin Ben Ali digulingkan melalui Revolusi Jalanan kini tiba giliran Mesir pula.

Mesir, sebuah negara Islam, Arab dan Afrika mempunyai 80 juta penduduk. Uniknya Mesir kerana terkenal dengan gelaran Bumi Anbiya, Bumi Firaun dan mempunyai Tamaddun yang berusia ribuan tahun.

Presiden Hosni Mubarak mula mengambil alih pimpinan Mesir selepas kematian Anwar Sadat. Sadat dibunuh pada Hari Ulangtahun Perang Oktober(Ramadhan War) 6hb Oktober 1981.

Ketika Khaled Islambouli menembak Sadat, beliau menjerit, " Kematian buat Firaun Zaman Ini!".

Sadat digelar pengkhianat kerana menjadi pemimpin Arab pertama berdamai dengan Regim Zionis dalam Perjanjian Camp David 1978.

Seperti Jamal Abdul Naseer dan Anwar Sadat, Hosni Mubarak meneruskan tradisi pimpinannya menekan, menyiksa, membunuh aktivis Gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin.

Baca Berita Penuh ..

Saturday, 5 February 2011

Doraemon : - Semua Hangpa Tak Bagi Hahhhh....

 

Tadi aku tengok Astro Awani memaparkan demo anti mubarak dibuat diseluruh dunia. Bahrain, Turki....yang lagi menarik negara2 bukan Islam juga ada menganjurkan demo tersebut seperti Amerika, Jepun dan Venezuela....tapi tak nampak pun kena tembak dengan air atau gas pemedih mata.......Malaysia lain sikit demo secara aman kena sembur air dan gas pemedih mata....bangang punya undang2!!! kalau demo yang di anjurkan oleh umnobongok..confirm tak kena macam tu...bolehh ja semua..nak usung kepala lembu pun takpa..janji masyukk memanjang...

Pencacai2 umnobongok mesti kata ''demo adalah yang penyebab jalanraya jem dan menggangu urusan harian orang-orang lain''

Jawapannya : Amboi...amboi...amboi..jangan pentingkan duniawi hangpa, fikirkan di akhirat nanti. jalan jem pun tak boleh nak bersabaq...bukan kami nak pi merompak!!..bukan kami nak pi merogol!!!...bukan kami nak pi buat maksiat!!!...bukan kami nak pi main nombor ekoq...kami nak buat demo menunjukkan kami juga membantah hosni yang pro-yahudi barat tu...sebab dialah antara penyebab umat islam palestin derita berabad-abad selain pemimpin palestin sendiri dan juga yaman penyebabnyA..nampaknya kalau berlaku peperangan, bencana ka..confirm hangpa ni tak boleh bersabaq jugak kot...dok penting duniawi ja. nak hidup kat dunia ciptaan Allah ni kena lah jadi seorang umat yang bersabaq...demo menentang kezaliman terhadap umat islam ia adalah salah satu syahid!!!demonstrasi menentang dan mengutuk hosni pro-yahudi barat ia juga contoh menentang kezaliman dan membela Islam. Fikir-Fikirlah...

Azrin Ren  
 

Baca Berita Penuh ..

Thursday, 3 February 2011

Revolusi : - Sumpahan Rakyat Terhadap Hosni Mubarak Murtabak

Mesra : Bekas PM Israel Ehud Olmert Bersama Hosni Mubarak 

APABILA disebut tentang Mesir, salah satu tamadun paling lama di dunia, umum mungkin akan mengenang monumen-monumen popular seperti piramid Giza dan Sphinx, universiti Islam paling lama dan terkenal, Universiti Al-Azhar, bandar bersejarah Memphis dan banyak lagi. 

Mesir juga selama ini mempunyai nama baik sebagai sebuah negara yang aman dan stabil daripada semua aspek, termasuk politik. Tetapi siapa sangka, negara contoh seperti Mesir itu sebenarnya menyembunyikan imej sebenar apabila isi huninya tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara itu. 

Ia kini mempunyai wajah yang berbeza. Imej Mesir sekarang bukan sahaja dicela dengan demonstrasi jalanan dan darurat, malah telah mengakibatkan pelbagai jenis perhubungan telekomunikasi tersekat serta pelbagai sumber mendedahkan bahawa ibu negara Mesir, Kaherah berada dalam keadaan membahayakan. 

Kesemua hiruk-pikuk yang wujud ini bukanlah terhadap sesuatu organisasi, parti politik atau tanda protes terhadap sesuatu negara. Ia sebenanrnya merupakan serangan secara langsung oleh penduduk-penduduk Mesir yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan presiden mereka, Hosni Mubarak. 

Memegang tonggak kepimpinan nombor satu negara itu sejak 30 tahun yang lalu adalah satu tempoh yang sangat lama. Hosni, 82, terlalu kukuh atau berdegil dengan mengekalkan kuasa yang dipegang sejak tahun 1981 berikutan pembunuhan presiden sebelum itu, Anwar Sadat. 

Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu acara perbarisan tentera memperingati Israel Arab, telah diganti oleh Hosni yang ketika itu berkhidmat dalam Tentera Udara Mesir dan Naib Presiden pada tahun 1975 di bawah Anwar. 

LEBIH 300,000 rakyat Mesir keluar dari rumah untuk mengadakan antara demonstrasi terbesar dalam sejarah negara itu. 

Produk tentera udara 

Hosni dilahirkan pada 4 Mei 1928 di Kafr-El-Meselha selepas tamat sekolah tinggi dan menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. 

Pada tahun berikutnya, Hosni menyertai Akademi Tentera Udara Mesir dan akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan dan di tugaskan dalam skuadron pengebom. 

Selepas itu, Hosni diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow dan sebaik menyempurnakan latihannya itu, Hosni menjadi pegawai Tentera Udara Mesir dan diberi mandat berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila menjadi Komander Tentera Udara. 

Beliau kemudian mengahwini wanita kacukan berdarah Barat, Suzanne dan mempunyai dua orang anak lelaki, Alaa dan Gamal Hosni Mubarak. Media melaporkan Alaa dan Gamal dipercayai sejak sekian lama dipersiapkan sebagai pengganti Hosni kelak. 

Hosni mempunyai personaliti tersendiri apabila sering diibaratkan sebagai pemimpin Arab yang berkawan rapat dengan kuasa besar Barat, Washington selama berdekad-dekad tahun. 

Ekoran keakraban itu, beliau juga pernah beberapa kali menjadi sasaran pembunuhan kumpulan tertentu yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau. 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat