Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label milosuam. Show all posts
Showing posts with label milosuam. Show all posts

Monday, 9 January 2012

Video : Sorakan Gembira Kebebasan Anwar & Blogger UMNO Yg Kantoi


   Rakyat Dan Polis Bersalaman Setelah Dato Seri Anwar Ibrahim Bebas....Sebagai Tanda olis Dan Rakyat Gembira

Solat Hajat Kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim
Komen Azrin Ren : Nampaknya blogger upahan UMNO masih tidak berpuas hati memekik terlolong-lolong tetap menggelar DSAI meliwat saiful, biasanya orang-orang yg jahil memang tak boleh dok diam jikalau ingin yg ingin menegak keadilan dibebaskan.
Ini dia print screen gua dari blog papagomo setani yg bertulis kerana kecewa sikap pakjib yg kononnya penyebab hakim tersebut dibeli oleh anwar, inilah alasan bodoh si pencacai umno yg gagal untuk mendapat wang lebih berikutan kebebasan mangsa fitnah anwar ibrahim. papagomo harus menasihat pakjib al-botaki harus bertaubat!!!
Ini pula inbox dari facebook papagomo yg kami berjaya hack pada 2008 yg dilakukan oleh Admin FB Groups ''kami benci saiful bulkhari'' apa yg ditulis oleh papa gomo adalah perbualan beliau dan pemfitnah sexpool merancang untuk mencari modal kerana ingin pedajalkan dato seri anwar ibrahim...kekeke...
Baru-baru ni lagi sekali blogger papagomo kantoi, gambar yg tertera diatas tersebut adalah gay mat pinoy bukanlah mahasiswa berani Adam Adli. selepas siasatan carian dijalankan melalui carian google, kejayaan ini membuah hasil sekaligus mengetepikan yg ini adalah mat pinoy bukan Adam Adli. siasatan ini dijalankan oleh blogger MiloSuam, setelah pembongkoran ini diterbitkan, para-para blogger-blogger upahan umno terus diam seribu bahasa tanpa berbalasan dan tanpa berkata apa-apa. kekeke...

psst...Lepas ni apa pula mamat-mamat blogger umno kantoi....ekekek...


Baca Berita Penuh ..

Friday, 6 January 2012

Nasihat Azwan Ali Untuk UMMI HAFILDA Dan BARISAN NASIONAL



KUALA LUMPUR - Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 berjanji akan mendedahkan rahsia dahsyat kepimpinan atasan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau trio 'bateri 3A' sekiranya mereka tidak bertaubat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Ummi memberi amaran itu kerana beliau tidak sanggup melihat trio berkenaan iaitu Anwar, isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan abangnya sendiri, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali terus mengelirukan rakyat dengan dakyah demi kepentingan politik mereka.

"Hari ini mereka panggil polis anjing tetapi semasa Anwar berkuasa pada 1997, dia guna 50 orang polis untuk menangkap saya, jadi orang muda terutama mahasiswa perlu tahu siapa yang buat salah laku dan salah guna kuasa.

"Wan Azizah mempunyai pengaruh untuk menasihatkan suami kembali ke pangkal jalan, jangan sampai saya serta 'geng' iaitu (Datuk) Nallakaruppan, (Datuk) Zulkifli Noordin dan Rahimi Osman dedahkan perkara sampai nanti mereka (3A) tidak boleh angkat kepala. Kami merayu mereka kembali ke pangkal jalan," katanya. - Utusan


Kesan daripada ugutan Ummi Hafilda yang tidak habis-habis dengan 'pendedahan' demi pendedahan. Hari Jumaat yang mulia ini, Azwan Ali telah menjawab pertuduhan Ummi Hafilda itu dengan nasihat-nasihat khas kepada Betina Neraka (BN) yang dipercayai ditujukan kepada Ummi Hafilda supaya menghentikan kerja-kerja mengaibkan orang dan juga kepada orang ramai supaya tidak mempercayainya.

Azwan Ali juga turut menasihatkan Barisan Nasional agar tidak bekerjasama dengan Betina Puaka semata-mata untuk memenangi PRU-13 dalam kerja-kerja mengaibkan orang.

 psst....Ummi nak bongkar apa pasni??? nak bongkar ker atau nak kencing???



Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 4 January 2012

Siti Fatimah 18A Terus Cemerlang Di UK


From GB : Bekas Pelajar Maahad Muhammadi, Kelantan Terus Cemerlang Di UK

Hangat diperkatakan seluruh negara, mahasiswa cemerlang Malaysia ke United Kingdom membuka aurat, hilang jati diri dan sebagainya. Pesan kami, jangan kita menjadi terlalu negatif, kerana kita semua manusia ada kelebihan dan kekurangan, dan ramai lagi watak cemerlang negara yang terus mengekalkan jati diri dan nama baik negara untuk kita semua teladani.

Ambillah yang jernih. Mari kita belajar daripada contoh-contoh kejayaan dan positif. Anak Kelantan yang menduduk tempat pertama dalam SPM 2006, dengan 17 1A dan 1 2A, kini sedang membuat jurusan perubatan (Medicine) di University of Nottingham, United Kingdom.

Beliau ialah Siti Fatimah Mukhtar.

Masih kekal dengan imej tudung labuh, masih kekal dengan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang Muslim. Inilah watak yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh anak muda dan para pelajar di seluruh negara.


Siti Fatimah bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.


Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat


Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.


Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.


Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK.
Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu' al-Quran.

Komen Azrin Ren : Beginalah antara contoh manusia yang cintakan Allah Azza Wa Jalla dan Cintakan kepada Rasulnya, beginilah manusia yg tidak lupa akan nikmat keistimewaan yang diberi oleh Allah Azza Wa Jalla dan terus menjadikan Sunnah Rasul Sebagai pegangan kehidupan dan pedoman. Siti Fatimah terus cemerlang di UK kerana beliau seorang yang tidak Alpa dengan duniawi semata-mata, Apa yng diusahai oleh Siti Fatimah terus diberkati Oleh Allah Azza Wa Jalla. 

Kita jangan sesekali melupai apa yg telah Allah Azza Wa Jalla berikan kepada kita, Jika kita lalai. kita akan menjadi orang-orang yg tergolongan dihina dan dilaknati oleh Allah Azza Wa Jalla...Alhamdulillah Siti Fatimah imannya terus terpelihara dan tidak terikut-ikut amalan syaitan yang ingin melihat anak-anak cucu cicit adam hawa rosak dan hancur.

InsyaAllah, jika kita tidak lupakan Allah Azza Wa Jalla, Allah Azza Wa Jalla juga tidak akan melupai kita juga, Jika kita melupainya. Allah Azza Wa Jalla akan menarik semula keistimewaan pemberiannya dan diganti dengan-dengan yang haram.

Bila Allah
Azza Wa Jalla mencintai seseorang hamba, maka para malaikat juga akan mencinta hamba tersebut. Dan sebenarnya, manusia yang dicintai Allah  Azza Wa Jalla itu sangat harum namanya di kerajaan Langit.

psst...Kepada yg kantoi tu...tipu di dunia boleh tetapi jangan cuba-cuba nak menipu di akhirat dan dipadang masyar nanti... 

Opss ada lagi..jangan jadi pelupa macam pemimpin-pemimpun UMNO yg alpa dengan duniawi dan kebendaan...politik tetap politik..kekeke!!!...sebab aku benci politik kotor permainan UMNO..

Untuk ingin mengatahui dengan lebih lanjut mengenai Siti Fatimah...jom klik SINI



Baca Berita Penuh ..

Monday, 2 January 2012

RPK belot kerana ANAKNYA...

''Kakmah..bangun Kakmah.....Madam Wakeup!!!

Doktor yang merawat Raja Azman Raja Petra mengambil keputusan tidak perlu menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan mata pisau cukur di dalam perutnya.

Menurut peguam itu, doktor berkenaan berpendapat mata pisau yang patah dua itu perlu dibiarkan keluar secara semula jadi.



Peguam yang tidak ingin dikenali itu menambah, anak kepada penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin itu kini stabil.

Raja Azman, yang kini ditahan reman, antaranya atas tuduhan mencuri, kini dikawal ketat dengan digari ke katil serta dikawal oleh pengawal penjara di Hospital Sungai Buloh.

"Kami sedang memohon untuk menemui beliau dalam tempoh sambutan Tahun Baru Cina," kata peguam itu kepada Malaysiakini.

Raja Azman sebelum ini dilaporkan menggunakan mata pisau cukur itu untuk mengelar pergelangan tangannya sebelum menelan mata pisau tersebut.

Bagaimanapun, masih belum diketahui bagaimana Raja Azman memperolehi mata pisau tersebut semasa dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh.

Raja Azaman juga dilaporkan berada di wad Hospital Sungai Buloh sejak insiden tersebut berlaku pada malam Selasa lalu.

 Ketua polis Gombak Abdul Rahim Abdullah mengesahkan Raja Azman dikesan dalam keadaan lemah oleh warder Penjara Sungai Buloh selepas insiden tersebut berlaku.

psst....Gua ingatkan UMNO ni cuma main kotor didalam pilihanraya, Nak paksa orang pun nak main kotor jugak...kotor betul UMNO ni...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat