Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label misteri dirang dibakar. Show all posts
Showing posts with label misteri dirang dibakar. Show all posts

Wednesday, 14 March 2012

TAKDAK OTAK!!! : Misteri Pembunuhan Dirang Terbongkar

Jiran Cekik Mati Dirang Kerana Nenek

Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini. 

Tempat Dirang dibakar 

Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.

Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.

Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.

“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.

AzrinRen : Perangai seperti setan!!, tak berhati perut!!! kalau lu semua dok kat afrika ka lebanon ka iran ka atau negara-negara arab ka, dah lama lu semua kena bakar hidup-hidup oleh penduduk!!! lu semua bersyukur sebab dok kat negara yang dipimpin UMNO ni, sebab malaysia takder hudud, kalau laksana hudud nanti madey marah, langgar perlembagaan, tak boleh buat apa dah, british ajar UMNO macam tu....sekian...

psst....Menyesal sudah tidak ada maknanya lagi.....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat