Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label ng yen yen. Show all posts
Showing posts with label ng yen yen. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Cina pura-pura sokong PAS kata Ng Yen Yen

Yeker Yen Yen...macam salah seorang kaum cina kata ni? cuba klik dan tengok.

MCA menganggap sokongan Cina terhadap Pas hanya sementara kerana mengetahui mereka tidak mampu memajukan ekonomi bangsa itu dan pada masa yang sama melaksanakan dasar mendiskriminasikan golongan wanita .

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata, orang Cina telah tersedar dari mimpi indah dan janji-janji yang ditaburkan parti Islam itu sebenarnya tidak memberi manfaat kepada bangsanya.

“Pas banyak tabur janji kepada orang Cina daripada bekerja kuat membuktikan mereka berjaya melaksanakan apa yang dijanjikan dan ini dapat dilihat pemerintahannya di Kedah dan Kelantan. Mereka tidak boleh menipu kami setiap masa dengan kenyataan untuk menyedapkan mulut.

“Mereka perlu sedar, orang Cina mahu pembangunan dalam ekonomi sedangkan Pas tidak mempunyai kemahiran itu. Atas sebab itu Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan, bukan Pas ataupun Pakatan,” katanya selepas membuat lawatan ke Galeri DiRaja Sultan Abdul Aziz, semalam.

Hadir sama, Tengku Indera Pahlawan DiRaja, Datuk Tengku Putra al-Haj Tengku Bendahara Azman Shah al-Haj dan Pengerusi Penyelaras BN Parlimen Klang, Datuk Teh Kim Poo.Beliau yang juga Ahli Parlimen Raub berkata, Pas perlu sedar, orang Cina tidak sepenuh hati menyokong mereka dan kerjasama parti itu dengan DAP juga dilihat satu lakonan untuk mendapatkan kuasa serta menang pilihan raya sahaja.

Lebih tepat, menurutnya, orang Cina hanya berpura-pura menyokong Pas kerana parti itu tidak boleh dipercayai dan ini dapat dilihat apabila gagal berbuat demikian pada orang Melayu.

“Di Kedah, orang Cina masih sakit hati apabila dilarang mengusahakan ladang khinzir dan Pas seolah-olah memilih makanan mana yang boleh makan, mana yang tidak boleh kepada kami. Isu ini belum selesai dan ia menunjukkan Pas gagal di negeri berkenaan.

AzrinRen : Lu pun sama, syok sendiri macam ah jib gor, cakap besar. ah jib gor pun cakap besar. bukak page ah jib gor pastu bagi tau utusan cakap dapat sambutan. nak 10k seminggu baru dapat. tengok ah wah gor tu. 24 jam dapat 15k. jangan lu nak cakap besar lah yen yen. lu pergi main yoyo lagi baik.

psst...Macam orang tengah meroyan nak dapat sokongan.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat