Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label oh rakyat. Show all posts
Showing posts with label oh rakyat. Show all posts

Friday, 20 January 2012

Rayuan Difail Berdasar Undang-Undang


Pejabat Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan hari ini berdasarkan keterangan dan undang-undang.

    

Pejabat itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.
    
"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.
    
"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.
    
Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat