Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label papa gomo kantoi. Show all posts
Showing posts with label papa gomo kantoi. Show all posts

Friday, 30 December 2011

Alasan Pendokong & Pencacai Kerajaan Umno...


Saja azrin ren disini nak mengupas pasal alasan yg selalu pendokong-pendokong dan pencacai-pencacai UMNO-BN berikan. tak habis-habis dengan alasan najis mereka itu. mereka ingat kita tidak tahu bersyukur apa yg ada, tetapi kami bersyukur kita berada dimalaysia tetapi langsung tidak bersyukur apabila kerajaan yg kuat menyamun terus memerintah malaysia. lagi lama-kelamaan kerajaan menyamun hak rakyat suatu kelak nanti rakyat akan jatuh miskin dan stress sehingga masalah kekeluargaan berlaku. 

Salah seorang bangsa UMNO-BN memberi alasan tersebut...

Alasan tersebut :
1.Kalau benci kepada kerajaan, jangan ambil duit kerajaan yg kerajaan berikan.
2.Negara kita sudah aman. bersyukurlah apa yg kerajaan UMNO-BN lakukan.
3.Kalau tak suka pada kerajaan, jangan bekerja dibawah pentadbiran kerajaan dan jangan ambil gaji yg kerajaan berikan.
4.Hanya kerajaan sahaja yg mampu memajukan negara dan mampu memerintah.
5.Syukur, terima kasih PM kerana pemberian bonus. pembangkang apa pun tak bagi.

Jawapan Azrin Ren : 
1.Kami bukan benci kepada kerajaan, tetapi kami tidak mahu kerajaan meneruskan menzalimi rakyat, membohongi rakyat, menyamun hak rakyat. duit yg kerajaan berikan semua itu adalah hasil dari rakyat. tanpa rakyat kat mana kerajaan UMNO-BN nak ambil bayar gaji kepada rakyat. siapa lagi nak membantu pentadbiran awam untuk kerajaan UMNO-BN jikalau rakyat tidak membayar sesen pun!!!

2.Negara kita memang aman, apa yg kita nampak, negara kita aman dari segi tiada peperangan, pergaduhan kaum, bencana dan sebagainya. tetapi negara kita tidak aman dari segi tekanan ekonomi kerajaan terhadap rakyat, menaikkan taraf hidup yg begitu tinggi, mengenakan cukai walaupun ekonomi kian lemah, barang-barang keperluan naik mendadak, anggota-anggota kerajaan seperti PDRM, SPRM, mengamalkan dasar rasuah. sehingga kadar jenayah semakin meningkat. kekerapan kes bunuh berlaku. kecurian, rompakkan sehingga menyusahkan rakyat jelata. penculikan kanak-kanak turut juga terlalu kerap berlaku, merakyatkan warga asing sebagai rakyat malaysia sehingga mereka berani melakukan jenayah diluar batasan. kerajaan juga mengamal dasar rasuah, fitnah dan membelakangi Islam dan didepankan bangsa!! itu aman ker?

3.Kami bukan tak suka pada kerajaan, tetapi kami sudah hilang dasar hormat terhadap kerajaan yg ingin menghapuskan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. cinta tidak boleh dipaksa. itu hak masing-masing, kerajaan haruslah menghormati kehendak rakyat dan rakyat tidak akan membenci kerajaan jikalau kerajaan tidak menggunakan dasar kekerasan terhadap seseorang dan rakyat demi untuk mengaut kekayaan. lagi sekali azrin ren katakan. gaji adalah dari hasil usaha rakyat membawa masuk pelabur-pelabur bukan kerajaan UMNO-BN. UMNO-BN hanya tahu bercakap-cakap dan mengarah sahaja dan menyalak di perhimpunan UMNO sahaja. apabila sampai tahap kemuncakkan kewangan. UMNO-BN akan merompak hasil-hasil yg telah diusahakan oleh rakyat. siapa rakyat? pekerja swasta jugak rakyat, pekerja tmnet, maxis, celcom, digi, tnb, jkr, peniaga2, usahawan, plus adalah rakyat juga. semua tempat-tempat pembinaan pembangunan adalah dari hasil kerjasama rakyat juga. kerajaan harus berterima kasih kerapa rakyat bukan hanya rakyat sahaja yg harus berterima kasih kepada kerajaan. kami bukan mahu mengungkit, kerajaan ambil hasil wang rakyat untuk pembangunan demi rakyat, terutamanya bagi golongan yg kurann berkemampuan itu kami sokong. tetapi bukannya untuk perut-perut kroni kerajaan UMNO-BN!! 

4.Dijepun, korea selatan/utara, taiwan, amerika, negara-negara eropah, dan lain-lain negara yg wujud dimuka bumi ini. tanpa UMNO-BN. mereka pun boleh maju malah lebih maju daripada malaysia yg dipimpin oleh UMNO-BN. kalau betul UMNO-BN sahaja yg mampu memajukan negara. azrinren cabar pendokong-pendokong yg syok sendiri tubuh UMNO-BN disomalia, dan majukan somalia. kalau betul UMNO-BN sahaja yg mampu memerintah. tetapi kenapa UMNO-BN takut akan kebebasan apabila apa yg PAKATAN RAKYAT metuntut demi kesejarahteraan rakyat? kenapa hanya berharap dari idea-idea yahudi dan mengekalkan perlembagaan sistem penjajah?  

5.Ini pula alasan seorang pencacai yg tak tahu apa-apa. bongok terlampau, iye lah. pembangkang bukan kerajaan persekutuan, takdak peruntukan. mcm mana nak bagi? pembangkang boleh kawal ATM dan PDRM ker? kalau boleh dah lama kerajaan UMNO-BN lingkup dan takut nak menyamun hak rakyat lagi.

psst....Bersyukur gua kepada Allah sebab ada malaysia tempat gua duduki sekarang, tetapi gua sangat sedih kerajaan UMNO-BN langsung tidak bersyukur pemberian Allah s.w.t., semuanya mereka telah hancurkan...

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 28 December 2010

Blogger Umno Penipu : Setan Ni Kantoi Hasil Aksi Spy-Menyepy

 

Ini adalah Siri Empat Membongkar Fitnah Zina terhadap Adun Selising



Sekarang,Siri Keempat ini adalah sambungan kepada Siri Tiga.Secara bertanggungjawabnya,penulis akan membongkarkan helah dan penipuan Nadi Rakyat diketuai Azmy Awang Kelana Jaya,Papa Gomo,Pas Beruk dan lain-lain.

Sebenarnya,penulis sudah seperti mahu membiarkan puak-puak ini meroyan dalam facebook,namun kerana mereka siang dan malam asyik menghantar fitnah yang sama,maka penulis merasa terpanggil untuk mengkaji tulisan mereka dalam facebook dan blog mereka untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan dalam hal ini.Perlu diingatkan,penulis dari awal hingga sekarang tidak menyokong kalau benar-benar Adun Selising itu berzina,malah akan menentang beliau.Tapi biarlah dengan berbukti bukannya bersikap menipu seperti ini. Seawal pendedahan tersebut,penulis di bawah akaun Facebook Anak Rusa Nani secara terus-menerus menggesa Waris AMP (antara cybertroop terawal yang membangkit isu zina ini melalui Paper Warisnya). Penulis telah menggasak beliau terus-terusan untuk menyatakan tarikh dan masa zina itu berlaku,namun mereka semua mengelak untuk menjawab.

Oleh itu,dalam entri ini,marilah meneka siapa dia Saidi Hussin ini?



Saidi Hussin dikatakan sebagai Bekas Ketua Keselamatan Pas Pasir Puteh,Ketua Keselamatan Pondok-pondok Kelantan dan Bekas Ketua Keselamatan Nik Aziz.Persoalannya mana satu yang betul?Ketua Keselamatan Pas Kelantan atau Pasir Puteh atau Nik Aziz atau Pondok-pondok?Banyak benar jawatan yang ditulis oleh puak-puak pemfitnah sehingga kita sendiri tidak tahu mana satu yang benar dan mana yang satu yang tidak benar.

Dikhabarkan Si Saidi ini telah bertindak keluar Pas selepas dikatakan Nik Aziz telah cuba menyogok saksi utama kes ini sebanyak RM20 000.Oleh itu,apakah pekerjaan Si Saidi ini sekarang?Berikut apa yang penulis dapat daripada laporan Utusan Online sendiri.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat