Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label papagomo kaki fitnah. Show all posts
Showing posts with label papagomo kaki fitnah. Show all posts

Wednesday, 18 January 2012

Dr Rani Exco Baru Ganti Hassan Ali

Seperti biasa ayat dan isu dari blogger-blogger selalu keluarkan. Sapa-sapa sahaja yang dilantik oleh Pakatan Rakyat, Dia akan menjadi mangsa fitnah dan keburukan oleh blogger-blogger UMNO kususnya papagomo.


Ini dia modal permulaan oleh blogger UMNO untuk menjatuhkan exco terbaru menggantikan hassan ali, maksudnya blogger UMNO menganggap exco baru dr rani ni adalah diperkudakan oleh DAP. itulah  maksudnya tersirat ayat yang jelas selalu digunakan oleh blogger upayan UMNO. Fitnah dan UMNO tak boleh dipisahkan memang sinonim sejak dari dahulu lagi.

Kesiaaannn blogger-blogger UMNO dan puak-puak UMNO, tak habis meroyan kerana kebebasan anwar ibrahim kini mereka sekali lagi meroyan kerana seorang ejen mereka dikalahkan, Sapa dia tu? dia adalah pak hasan ali yang selalu pergunakan islam dan JAIS untuk memburuk dan mensabotaj kepimpinan Pakatan Rakyat selangor.

Baca Berita Penuh ..

Monday, 16 January 2012

Papagomo & Parpukari Disaman RM10 Juta

Penulis blog pro-Umno hadapi saman fitnah RM10j

Penulis blog pro-Umno Papagomo dan Parpukari menghadapi tuntutan saman sehingga RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor.

Abdul Razak melalui firma guaman Netto & Co pada 3 Januari lalu mengeluarkan surat tuntutan ke atas kedua-dua mereka dan juga satu notis tuntutan yang disiarkan pada akhbar utama Sabtu lalu.



Ketika dihubungi, peguam Abdul Razak, - Ruben Netto berkata anak guamnya itu terpaksa menggunakan notis awam kerana beliau tidak mempunyai cara lain untuk membela dirinya.

Baca Berita Penuh ..

Monday, 9 January 2012

Video : Sorakan Gembira Kebebasan Anwar & Blogger UMNO Yg Kantoi


   Rakyat Dan Polis Bersalaman Setelah Dato Seri Anwar Ibrahim Bebas....Sebagai Tanda olis Dan Rakyat Gembira

Solat Hajat Kebebasan Dato Seri Anwar Ibrahim
Komen Azrin Ren : Nampaknya blogger upahan UMNO masih tidak berpuas hati memekik terlolong-lolong tetap menggelar DSAI meliwat saiful, biasanya orang-orang yg jahil memang tak boleh dok diam jikalau ingin yg ingin menegak keadilan dibebaskan.
Ini dia print screen gua dari blog papagomo setani yg bertulis kerana kecewa sikap pakjib yg kononnya penyebab hakim tersebut dibeli oleh anwar, inilah alasan bodoh si pencacai umno yg gagal untuk mendapat wang lebih berikutan kebebasan mangsa fitnah anwar ibrahim. papagomo harus menasihat pakjib al-botaki harus bertaubat!!!
Ini pula inbox dari facebook papagomo yg kami berjaya hack pada 2008 yg dilakukan oleh Admin FB Groups ''kami benci saiful bulkhari'' apa yg ditulis oleh papa gomo adalah perbualan beliau dan pemfitnah sexpool merancang untuk mencari modal kerana ingin pedajalkan dato seri anwar ibrahim...kekeke...
Baru-baru ni lagi sekali blogger papagomo kantoi, gambar yg tertera diatas tersebut adalah gay mat pinoy bukanlah mahasiswa berani Adam Adli. selepas siasatan carian dijalankan melalui carian google, kejayaan ini membuah hasil sekaligus mengetepikan yg ini adalah mat pinoy bukan Adam Adli. siasatan ini dijalankan oleh blogger MiloSuam, setelah pembongkoran ini diterbitkan, para-para blogger-blogger upahan umno terus diam seribu bahasa tanpa berbalasan dan tanpa berkata apa-apa. kekeke...

psst...Lepas ni apa pula mamat-mamat blogger umno kantoi....ekekek...


Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 28 December 2011

Anwar Ibrahim Masuk Penjara?


Kuli, Ahli Parlimen Gua Musang sejak 1974 yang juga Ketua UMNO Bahagian itu menjangkakan Anwar Ibrahim akan dipenjarakan, kerana menurutnya jika Anwar tidak dipenjarakan,UMNO-BN akan habis punah ranah@mampos dalam PRU13 yang akan datang. 

"La nih Anwar menjadi ketakutan kepada Najib. Ini mengikut logik yang gua tengok la. Kuli yakin yang anwar nih akan dipenjarakan Kalau anwar tak kena penjara alamat lingkoplah UMNO-BN dalam PRU nanti...Itu komen Kuli sendiri

Kuli juga berpendapat UMNO-BN akan menerima kekalahan lagi dalam PRU13 nanti kerana orang cina dan india bukannya semakin mendekati BN tetapi semakin jauh lagi adalah...Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi Cina bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua. 

Kuli menyifatkan pentadbiran najib ni sangat lemah disamping bini dia Rosmah akan menjadi liabiliti kepada kekalahan besar UMNO-BN nanti.Mengikut Ku Li pentabiran sekarang nih selalu berdolak-dalik atau flip flop apabila mengemukakan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana ianya tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu. 

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menyatakan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan sebagai hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak nih atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.

Mengulas mengenai Mahathir beliau berkata bahawa Mahathir nih bukannya cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri@mencedok idea orang lain dan lepastu dia kata ni idea dia..

 "Dia curi lah!. gua selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau selama 5 tahun bersama Mahathir Mohamad sebagai menteri.

Ku Li berpendapat bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam keadaan yang huru hara kacau bilau. Contohnya seperti isu Syarizat lebu NFC.Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai.

psst....Semoga Allah melaknat orang-orang yg menzalimi dan memfitnah dato seri anwar ibrahim sebagaimana Allah melaknat orang-orang yg menghina nabi muhammad dan menzalimi nabi muhammad yg mahu membawa keadilan dan menghindari kejahatan....aminnn....

Baca Berita Penuh ..

Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti


Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

psst....Ler..ada lagi ke MCA?
mati-mati gua ingat selama ni semua rakyat baik melayu, cina, india, singh, indon, mynmar, vietnam, bangla hatta negro semuanya dah habis masuk umno.....

Baca Berita Penuh ..

Monday, 26 December 2011

PRU13 : - UmNo-Bn Mula Larikan Fail-Fail....


*{Proses Mengalihkan Fail Sudah Bermula}*

PRU13 semakin menghampiri, bila-bila masa sahaja Perdana Menteri boleh membubarkan parlimen. Angin ketakutan sudah bertiup kencang bahawa umno-bn akan tumbang di Malaysia setelah 54 tahun berkuasa.

 Pemerhati kami dibeberapa kementerian dan anak syarikat milik kerajaan Pusat melaporkan terdapat aliran keluar fail-fail dan proses memutihkan dokumen bagi memastikan aktiviti menelan wang dan harta rakyat sejak puluhan tahun oleh para pemimpin umno-bn.

 Aktiviti ini lebih ketara disyarikat-syarikat milik kerajaan Pusat kerana semasa kebobrokan mereka telah menyebabkan berbilion ringgit mengalir masuk ke poket para pemimpin umno-bn.

Suasana panik juga semakin meresahkan individu-individu lantikan politik yang kebanyakannya tidak mempunyai kelayakan apa-apa tetapi diletakkan dijawatan-jawatan profesional melalui "sahabat-sahabat".

 Ketakutan pada bayang-bayang sendiri tidak dapat dilindung lagi, dan semakin ramai sudah menyamar "neutral" dan tidak berparti untuk menyelamatkan diri, sedangkan sebelum ini merekalah raja. Tapi lantikan politik umno-bn dalam kementerian dan GLC senang diketahui kerana, hampir 100% lantikan sejak merdeka adalah lantikan adik beradik dan kawan-kawan dalam parti.



psst....Ada tak madey kutty makan nasi macam ni???

Baca Berita Penuh ..

Friday, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha


Saya Azrin Ren mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pelawat BloggerzExpress dengan doa di Tanah Suci ini semoga Allah swt mengembalikan umat Islam di serata dunia kepada kefahaman dan penghayatan Islam yang hakiki, membentuk kekuatan Iman, aqidah, kesatuan dan ukhuwwah dan mampu mengalahkan perancangan dan usaha pihak Kebatilan di serata pelusuk dunia.

AidilAdha mengembalikan kenangan-kenangan penting kepada kita, lalu mengajak kita bangkit dan bertindak selari dengan pengajaran-pengajarannya seperti berikut : - 
Korban (Adha) yang hendak dilakukan oleh Nabi Ibrahim as terhadap anak kesayangannya sendiri, Nabi Ismail as, merupakan sebesar dan sehebat tanda taat dan sayangnya Baginda kepada Allah swt, mengatasi cinta dan kasih terhadap selainNya. Hanya para Duat yang sebegini sahaja yang dapat menghadapi godaan dan tarikan dunia yang tidak putus-putus cuba mengheretnya tergelincir dari Jalan Dakwah yang lurus.
Ketaatan Nabi Ismail dan ibunya Hajar dalam mendokong keputusan Nabi Ibrahim as melaksanakan perintah Allah yang sangat berat ini adalah sebesar dan sehebat tanda dan kualiti Bait Muslim yang dibina oleh Kekasih Allah as. Kita para Duat dituntut membina Keluarga Islam (Bait Muslim) sedemikian sempena kita menyambut Hari Raya Korban ini.
Hati kita hanya satu. Kekasih yang bertahta di dalam hati kita juga hendaklah satu. Allah tidak menjadikan dua hati didalam diri seseorang itu. Samada Allah swt bertahta di dalam hati kita, atau dunia yang akan bertahta di dalamnya. Apa bila dunia bertahta seperti wanita, harta, anak, duit, kereta, banglo, tanah dan sebagainya, seseorang Daie itu hanya menunggu masa dan ketika untuk dia terkeluar dari senarai para Mujahideen dan Duat di Jalan Allah. Banyak kejadian sedemikian berlaku di hadapan kita menjelaskan lagi hakikat tersebut.
Jangan kita memberi alasan bahawa sifat pengorbanan sedemikian sudah tentu ada pada Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as kerana mereka berstatus rasul sedang kita hanya manusia biasa. Tidakkah kita perhatikan bahawa Hajar bukan seorang nabi atau rasul. Dia adalah menusia biasa seperti kita. Namun iman dan ketaatannya kepada Allah dan suami sangat teguh berbanding dengan ramai manusia yang warak pada hari ini. Kisah keimanan dan ketaatan para Sahabat ra yang bukan berstatus nabi atau rasul juga mencabar kita yang berstatus manusia biasa seperti mereka untuk mencapai kualiti iman dan pengorbanan seperti yang telah mereka tunjukkan.
Saya sentiasa ingat bahawa Allah swt menarik balik arahan sembelih Nabi Ismail as dan ditukar kepada sembelih seekor kambing hanya apabila pisau yang pegang oleh Nabi Ibrahim as telah hampir ke urat leher Nabi Ismail as, sedang hati Nabi Ibrahim as sedikit pun tidak teragak-agak untuk meneruskan sembelihan tersebut. Begutu juga Allah swt membelah dan membuka Laut Merah untuk dilintasi oleh Nabi Musa as dan kaumnya bukan ketika Firaun dan bala tenteranya masih berada di kota, akan tetapi laut tersebut dibuka apabila bala tentera tersebut telah tampak di depan mata dan mereka menyangka mereka akan ditangkap kerana tidak ada jalan keluar. Ini bermakna Allah swt akan menguji kita sendiri dengan ujian yang akan sampai ke tahap tidak tertanggung oleh kita yang hanya disaat itu juga datangnya Kemenangan yang dijanjikanNya. Oleh itu kejayaan yang kita impikan untuk Dakwah ini tidak mencaai kemuncak kejayaannya tanpa kita berusaha sedaya mungkin hingga ke tahap yang ditunjukkan oleh Rasul-rasul yang terdahulu. “Hingga apabila Rasul-rasul hendak berasa putus asa (lantaran maksimanya tenaga yang dicurahkan dan minimanya hasil yang dapat), mereka menyangka mereka benar-benar telah dibohongi (beria dan janji mereka akan menang diakhirnya nanti, tetapi ketika itu mereka tidak mengecapinya), (ketika itu) datanglah Kemenangan (dari) Kami” (Al-Quran).

Rasulullah saw bersabda bermaksud, “Tidak ada amalan anak Adam yang paling disukai Alllah di Hari Nahar (10 hb Zulhijjah) selain dari menyembelih atau berkorban binatang. Sesungguhnya haiwan sembelihan itu adakan datang di Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulunya (sebagai saksi terhadap amal korban tersebut). Sesungguhnya ibadat (pahala) korban berkenaan akan sampai kepada Allah sebelum darah sembelihan itu sampai (tumpah) ke bumi“. Bagi mereka yang mampu, jadikanlah ibadat korban ini sebagai salah satu syiar Islam yang berkembang di dalam masyarakat kita.

Bagi mereka yang sedang berada di Tanah Suci, esok bermula kerja-kerja ibadat Haji dengan manusia mula berangkat ke Mina untuk Hari Tarwiyah dengan bersolat 5 waktu (Zuhur hingga Subuh) di sana. Moga Allah swt mengurniakan kepada mereka dan kami di sini Haji yang mabrur. “Haji yang mabrur, tiada balasan baginya kecuali Syurga” (Hadis).

bloggerzexpress.net 
Admin BE : - Azrin Ren :)

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat