Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label papagomo kantoi. Show all posts
Showing posts with label papagomo kantoi. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

MEMANG SAH!!! :: PDRM Sahkan PapaGomo Adalah Wan Muhammad Azri Wan Deris!



Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.


Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari Sabtu lalu, bahawa bekas konstabel tersebut tidak lagi disenaraikan sebagai pengundi pos.

Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri pada mulanya ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005.

“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September 2012.

“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli pada hari Selasa lalu mendakwa, Wan Muhammad Azri memegang kad pengenalan polis dan juga kad pengenalan orang awam.

Beliau juga mendakwa Wan Muhammad menjadi pengundi di dua kawasan berbeza apabila nombor pengenalan itu dimasukkan ke dalam sistem SPR.

SPR memadamkan rekod nombor pengenalan polis itu, sehari selepas Rafizi menimbulkan dakwaan tersebut.

#Mari kita tengok, siapa yang kena......

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 26 March 2013

Dari Imgresen :: Rekod Tarikh Lahir Papagomo Di IC Polis & Biasa Adalah Sama


Keadilan sebelum ini mendedahkan bagaimana seorang individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris mempunyai dua pendaftaran di dalam daftar mengundi – satu menggunakan kad pengenalan biasa dan satu lagi menggunakan kad pengenalan polis.


Pendaftaran mengikut kad pengenalan polis individu tersebut (yang juga dikenali sebagai Papagomo) telah dipadamkan dari daftar pengundi serta-merta apabila KEADILAN menimbulkan perkara ini.

Namun, tindakan pantas SPR itu tidak meredakan syak wasangka mengenai kepincangan daftar pengundi yang dikelolakan oleh SPR.

Ramai yang bertanya kenapa tarikh lahir Papagomo adalah berbeza-beza mengikut pendaftaran kad pengenalan biasa dan polis, seperti yang ditunjukkan mengikut paparan skrin di bawah:




Semakan KEADILAN dengan rekod imigresen Papagomo mengesahkan bahawa tarikh lahir Wan Muhammad Azri di bawah kad pengenalan polis dan kad pengenalan biasa adalah sama, iaitu 21 Januari 1983.

KEADILAN telah berjaya mendapatkan paparan skrin rekod imigresen Papagomo yang menggunakan passport antarabangsa bernombor A20485305, seperti berikut:




Ini menimbulkan tanda tanya yang amat serius – apakah kesilapan nama dan tarikh lahir di bawah kad pengenalan polis yang sedikit berbeza adalah disengajakan untuk menyukarkan ia dikesan?

Sebuah badan seperti SPR tidak mempunyai alasan tidak dapat menangani maklumat yang ringkas seperti tarikh lahir, apabila jabatan-jabatan kerajaan lain dengan mudah sahaja merekodkan tarikh lahir yang tepat.

Penafian mudah Pengerusi SPR kini tidak boleh diterima bulat-bulat begitu sahaja. Beliau perlu menjelaskan apakah kegagalan menangani perkara yang mudah ini adalah sebahagian dari perancangan terancang untuk mengelirukan rakyat dalam usaha mengekalkan pengundi hantu di dalam daftar undi?

#Papagomo Tak lama lagi akan jadi Papakedana....

Baca Berita Penuh ..

Tuesday, 7 February 2012

PANASSSSS: Rahsia Twitter Ah Jib Gor...Patutlah ramai Follower..

Ooooo..patutlah ramai...mari kita bongkar!!! Oooo Bulat....

Ini hasil siasatan dari rakan seperjuangan gua iaitu Really3line, ok jom senaman mata lu semua.

Najib Tun Razak Adalah Perdana Menteri Malaysia

Dia sangat popular

Di akaun twitter 426,969 follower

Di akaun facebook 946,494 like

Baru baru ini Najib Razak mengumumkan beliau terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut di twitter.


kalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni.

Apa taktiknya?

Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.

contohnya macam ni, korang klik sini. Kalau korang malas, nengok gambar kat bawah ni.


kalau korang rajin, korang klik lah dekat Najib Razak punya follower di akaun twitternya, banyak sangat yang pakai gambar profile picture telur, yang menunjukan mereka ini yang kita panggil sebagai fake user, atau pun spam.

Macam mane kita boleh tahu mereka ni fake user atau Spam?

Biasanya mereka mengunakan software, atau beberapa website yang membantu untuk membuat fake user, atau beberapa individu yang bekerja untuk membuat email dan create akaun facebook atau twitter.

contoh yang lebih jelas macam ni.


Kalau anda rajin, anda semak lah, yang really3line bagi ini sikit je, follower Najib Razak kan ada lagi 426,960 orang, jadi mungkin lagi ramai yang real user kot…

Tapi cuba buang semua fake user dan spam ni, agak agak berapa je follower yang Najib Razak ada ye?

Benda kecil macam ni pun nak tipu ke? sangat menyedihkan lah, kalau tipu guna benda yang logik sikit macam guna software ni (TWIENDS) tak pe lah, kira berkhemah juga.

Apa pun tahniah kepada ah jib gor kerana mempunyai ramai followers dan Likes yang banyak di laman social seperti facebook dan twitter, walaupun ramai yang spam dan fake user.

psst....Gua pun nak tiru lah...taktik macam ni dah diguna pada zaman kegemilangan frienster lagi...kakak...ah jib gor kantoi..ah jib gor menuduh anwar meliwat..gua jatuh hukum kepada ah jib gor iaitu ah jib gor harus di liwat!!!



Mission Acomplete


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat