Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label pdrm polis. Show all posts
Showing posts with label pdrm polis. Show all posts

Sunday, 15 January 2012

Papagomo Dan Parpukari Disaman.


Terpapar dalam media arus perdana The Star Notis Tuntutan terhadap parpukari @ Mohd Salim Iskandar seperti disebut dalam notis tersebut dan papagomo @ Wan Mohamad Azri kerana dikatakan menulis mengenai perkara yang melibatkan fitnah melibatkan seorang ahli perniagaan Abdul Razak bin Mohd Noor.

Semua ini terpapar dalam The Star bertarikh 14hb Januari 2012.

Era saman menyaman terhadap tulisan yang tidak disambut dengan bukti kukuh semakin bermula. Papagomo @ Wan Mohamad Azri serta Parpukari adalah laman pro UMNO paling popular dengan isu-isu sensasi serta kritikan yang agak keterlaluan dengan pemilihan perkataan yang tidak begitu menyenangkan.

Baca Berita Penuh ..

Wednesday, 11 January 2012

Anwar vs Mahathir...U Die Or I Die...Or Najib Die



Anwar bebas, Umno pecah

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, apabila ditanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara sinikal beliau menjawab:

"Walaupun saya hairan jugalah pasal dia (Anwar) tak bersalah. Tapi ini bukti bahawa tidak ada konspirasi dari dulu sampai sekarang."

"Apabila pihak mahkamah berpendapat dia (Anwar) tidak bersalah, mereka (mahkamah) berkata dia tidak bersalah. Mungkin ada pihak yang nak appeal, saya tak tahulah."

Mahathir memang terkenal dengan komen-komen sinikalnya. Anwar Ibrahim adalah bekas anak didik yang ditatang beliau satu ketika dahulu.

Namun akhirnya Anwar menjadi musuh politik nombor satu Mahathir yang menjadi perdana menteri selama 22 tahun itu. Anwar juga merupakan satu-satunya ahli politik yang masih belum dapat “dibunuh” karier politiknya olehnya.

Ahli-ahli politik lain seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Musa Hitam dan ramai lagi, terpelanting dengan mudah apabila bertembung dengan Mahathir.

Sudah pasti Mahathir adalah orang yang paling tidak gembira dengan keputusan mahkamah tersebut. Jika Anwar didapati bersalah Isnin lalu, Mahathir sudah boleh berehat dengan tenang bersama keluarganya menghabiskan sisa-sisa hayatnya yang masih ada.

Apabila Mahathir berkata, “Mungkin ada pihak nak appeal, saya tak tahulah” – ini merupakan satu isyarat bahawa kes liwat II ini masih belum selesai dan sudah pasti bapa kepada Datuk Mukhriz itu mahu rayuan dilakukan terhadap keputusan mahkamah supaya perang liwat II berterusan.

Peperangan politik antara Mahathir-Anwar masih belum selesai walaupun ia telah memakan masa hampir 12 tahun. Suka tak suka pertembungan antara kedua-dua ahli politik ini telah mengheret seluruh negara bersama.

Apa yang bakal terjadi?

Kita lihat nanti apabila pendakwaraya membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah Isnin lalu. Apabila itu berlaku, lebih jelas lagi perpecahan dalam Umno kelihatan.

Najib akan berusaha keras untuk pastikan keputusan mahkamah Isnin lalu kekal di mahkamah rayuan. Jika keputusan mahkamah rayuan berbeza, hilang terus kepercayaan golongan atas pagar terhadap program transformasi politik beliau.

Sementara golongan “garis keras” yang berdiri di belakang timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan Anwar disimpan dalam penjara agar ketua pembangkang itu mengalami nasib seperti mantan pengerusi Putera-AMCJA, Dr Burhanuddin Helmy – menghabiskan masa lama dalam penjara sepanjang perjuangan politiknya.

Jika gagal menjinakkan golongan garis keras dalam Umno,Najib akan berada dalam keadaan, “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Apatah lagi pada ketika ini Umno mengalami masalah besar di basis sokongan mereka – Melayu kawasan pedalaman apabila Skandal NFC diketahui umum.

LAWAN TETAP LAWAN!

psst...Bapa saiful mohon peguam buat rayuan....bapak boret anak rintik...kedua-dua manusia yg tak berguna.


Baca sambil layan lagu..kekek..




Baca Berita Penuh ..

Monday, 9 January 2012

Pembebasan Anwar jadi berita antarabangsa


Keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian media di seluruh dunia, yang menjadikan laporan berkaitan sebagai berita utama organisasi masing-masing.

Badan penyiar CNN dan Al Jazeera mengutarakan laporan itu dalam edisi Asia mereka. Manakala media lain termasuk akhbar United Kingdom Sky News dan ABC yang berpengkalan di Australia.

Badan penyiaran British BBC pula menjadikan Anwar sebagai

personaliti utama dengan melaporkan sekitar keputusan hari ini, diikuti rencara berhubung ahli politik itu dan sejarah panjang kariernya.

Tulisan itu, antara lain mendakwa, masyarakat Cina masih berhati-hati terhadap "akar radikal Islam", walaupun masyarakat antarabangsanya melihatnya sebagai "peneraju pembaharuan di Malaysia".

Harian United Kingdom Guardian pula melaporkan "keputusan mengejutkan" itu sebagai berita utama, dengan menyifatkan pembebasan itu akan mempercepatkan 'comeback' perdana menteri.

Laporan berkenaan dihasilkan oleh koresponden mereka, yang mana Anwar sebelum ini memberikan wawancara eksklusif.


Ketua pembangkang juga diwawancara media asing di rumahnya sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini. Kebanyakan mereka telah mengikuti perjalanan kes itu sejak dua tahun lalu.

Laporan agensi berita antarabangsa juga dimuatkan semula di Kenya, India, China dan Baitul Maqdis yang menceritakan tentang letupan di mahkamah dalam bahagian berita antarabangsa.

psst...Kesian saiful...hanya beruk2 jer datang menyokongya..itu pun 50 org jer yg telah diupah..kesian...ish2 ish2...

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 8 January 2012

Amanat Anwar : Ribuan banjiri ibu negara...


Amanat Anwar : Ribuan banjiri ibu negara...

Ditemani pemimpin tertinggi pembangkang, dianggarkan 5,000 memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman bagi menunjukkan sokongan kepada Anwar yang dituduh meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Malah, keadaan sesak menyebabkan ada yang terpaksa duduk di anak tangga bangunan berkenaan untuk tidak melepaskan peluang menatap wajah pemimpin kesayangan mereka -- yang menghadapi kemungkinan dihukum penjara.

Jumlah kehadiran yang besar didorong juga dengan kemasukan penyokong daripada luar yang mula memenuhi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi untuk menghadiri perhimpunan besar di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada jam 7 pagi esok.

Sokongan itu menyebabkan Anwar yang juga ketua Umum PKR memberikan ucapan penuh semangat, sekali gus dilihat pasrah akan kemungkinan yang bakal dihadapinya esok.


Sambil berseloroh, Anwar berkata, sekiranya Pakatan menang dalam pilihan raya umum akan datang dan membentuk kerajaan, beliau yakin akan dibebaskan.

"Malam ini kita menang, selamatlah saya, apa susah sangat," katanya disambut tepukan dan sorakan gemuruh daripada orang ramai.

Pada saat-saat terakhir menjelang keputusan yang dinanti-nantikan esok, Anwar mendedahkan anggota keluarganya meluahkan kebimbangan beliau dipukul seperti dalam perbicaraan kes liwat pertama yang melibatkannya sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau menjawab perkara tersebut "tidak mungkin berlaku" lagi.

Ucapannya juga turut diiringi dengan ucapan takbir, reformasi dan lawan slogan popular pembangkang "lawan tetap lawan".

Turut hadir berceramah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said.

Anwar dan puluhan pemimpin PKR sebelum ini giat menjelajah ke seluruh negara bagi menggerakkan sokongan terhadap perhimpunan "Bebas Anwar 901" esok. -mk

Ribuan juga bersama Anwar di padang Kelab Sultan Sulaiman




Ketua Pembangkang yang juga ahli parlimen Permatang Pauh, Anwar Ibrahim sedang berucap di hadapan lebih LAPAN RIBU hadirin dan rakyat yang bersama bersolidariti dengan pimpinan Pakatan Rakyat di perkarangan dan padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di ibu negara.

Anwar yang kelihatan berbaju kemeja putih dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal peribadi yang ditugaskan khas menjaga keselamatannya susulan daripada insiden yang berlaku ke atas pengawal peribadinya yang mengiringi isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail di Cherok Tok Kun, Permatang Pauh, malam tadi.

Ribuan rakyat turun membanjiri padang sejak seawal jam 7 malam untuk menantikan ketibaan Anwar yang disambut oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang turut mengadakan acara "Grand Final" di Kampung Pandan yang terletak lebih kurang enam kilometer dari Kampung Baru.

Dalam ucapannya, Anwar jelas sama sekali tidak gentar dengan penguasa zalim yang mahu memenjarakannya kerana perjuangannya bukan terbatas dari dalam penjara tetapi apabila rakyat sudah bangun menentang kezaliman, rejim Mesir yang diketuai bekas presiden Hosni Mubarak yang kuat pun boleh dikalahkan.

Tambahnya lagi, kekuatan sebenar dirinya adalah dari dalaman yang teguh berpaksikan keimanan dan perjuangannya bak membujur lalu melintang patah, sekali mara tidak akan undur.

Terdahulu, Anwar menyertai ratusan jamaah lain menunaikan solat hajat di kediamannya di Bukit Segambut yang diketuai bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya.

Jom tonton video klik SINI

psst....Habislah muyiddin...Pakjib nak buat taik kat lu.....Macam mahathir buat taik kat musa hitam waktu peristiwa memali dulu...

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat