Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label penari tiang dihukum rm25. Show all posts
Showing posts with label penari tiang dihukum rm25. Show all posts

Wednesday, 28 March 2012

Imam Hina Mahkamah Dipenjara 1 Tahun, Penari Tiang Hina Islam Hukum Sekadar RM25

Imam Masjid hina Hakim Mahkamah Persekutuan dihukum penjara 1 tahun..3 gadis Melayu/Islam .hina agama Islam dengan tarian seksi ditiang hukm sekadar RM25/-.. Pergh hebat betul Islam Wasatiyyah pengganti Islam Hadhari.....Inilah bukti undang-undang freemason masih subur dibawah pemerintah UMNO sebagai wakil perjanjian dengan british. Al-maklumlah siapa UMNO jikalau tanpa british, sebab tulah pemimpin yang pertahankan undang-undang freemason memang layak ke mahkamah freemason di perancis, sebab pemimpin freemason perancis mengharamkan sheik yusof qardawi melawati perancis!!!


SEREMBAN - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.


Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.

Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka.

AzrinRen : Tahukah anda, kejatuhan kuasa besar islam global turki uthmaniyah mungkin ada hikmahnya, sebab apa, sebab Allah s.w.t ingin menguji dan ingin mendidik kita agar kita memahami jika kita tidak dikongkong, bagaimana bahangnya menggunakan sistem sekular, bagaimana kita menggunakan sistem undang-undang sekular dan undang-undang yang tidak bercirikan islam, ekonomi yang tidak bercirikan islam yang penuh dengan riba dan penindasan sehingga kemiskinan berleluasa, Allah s.w.t mahu menunjukkan kepada kita semua apa yang akan terjadi jika dunia tidak mengamal hukumnya dan tidak perkuatkan agamanya, sebelum ini, kejatuhan turki uthmaniyah sebab kelalaian rakyatnya sendiri dan umatnya sendiri kononnya islam mengonkong dan menyekat kebebasan, sehingga rakyat turki ithmaniyah menjadi jahil dan lebih rela menyingkir sistem khalifah dan melilih freemason atau pengkhianat seorang yang bernama mustafa kamal artartuk, sekarang nah!!

pelbagai masalah sudah berlaku didunia masa zaman sekarang ini dan di alam yang fana ini, sekarang masyarakat sudah terhegeh-hegeh mahukan sistem islam kembali agar dauliah islam kembali bangun, di malaysia pula rakyatnya mahukan hukum islam dilakasanakan, menarik bukan? sebab itu Allah s.w.t mahu mendidik kita agar kita memahahi perjalanan hidup didunia ini, zaman sekarang pelbagai masalah timbul, jenayah berleluasan, kejahilan umat, cerai-berai angkara facebook, isteri tayang aib di facebook, suami dayus biarkan isteri bukak aurat dan tayang aurat isteri di facebook, tunjuk jambol dan sebagainya.

sistem dimalaysia sudah berabad-abad mengikut acuan sekular turki yg di asas oleh pengkhianat islam mutafa kamal artartuk, contohnya mensekularkan sekolah kebangsaan, menggunakan acuan barat sebagai sistem pembelajaran dimalaysia, mengutamakan bahasa penjajah dan bahasa arab di abaikan, tulisan jawi semakin pupus, sekarang orang barat lebih maju dari segi ekonomi daripada islam, yang kaya raya adalah orang barat islam pula ditindas, palestin di tindas dan rakyatnya dizalimi, angkara siapa? angkara umat kita sendiri yang jahil dan menuduh islam sebagai menyekat kebebasan, ingatlah!! manusia mestilah dikongkong, jika tidak dikongkong!! rosakan akan dibinasa, contohilah pada diri kita, dimana-mana kita bekerja, mestilah bos mengonkong kita, jika tidak dikonkong apa yang akan terjadi pada tempat kita bekerja?? takkanlah bos nak biarkan kita goyang kaki sahaja. Lihatlah badan-badan kerajaan kebanyakkan rasuah sebab apa? sebab tidak dikonkong.

psst....Kalendar yang kita guna sekerang kebanyakkan ala freemason, iaitu sistem masihi bukan hijrah, hari cuti dimalaysiakan ditentukan melalui kalendar sistem masihi. ingat tu...fikir-fikirkanlah.....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat