Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label perlis. Show all posts
Showing posts with label perlis. Show all posts

Saturday, 29 January 2011

Undi : - Pilih Cikgu Mala, Maka Tiada Rasuah...


 Mubarak yang baru pulang dari pejabat tanah daerah menghempaskan dokumen yang dipegangnya. Rasa marahnya belum hilang.
“Maaflah Encik Mubarak. Tanah ini syarikat bumiputera sudah masuk lubanglah. Kerajaan negeri sudah bersetuju hendak beri kepada syarikat itu,” kata Encik Razali, pegawai di pejabat tanah masih terngiang-ngiang di telinganya.
 
“Macam mana ini Encik Razali. Saya sudah lama memohon tanah itu. Kenapa tiba-tiba saja orang lain hendak potong jalan,” suara Mubarak hampa. 

“Maaflah saya tidak boleh buat apa-apa. Sekarang ini semua main politik,” kata akhir Razali sebelum Mubarak melangkah keluar dari pejabat pegawai muda itu. Mubarak memang berasa panas hati kerana dia telah lama berhajat memohon tanah itu untuk menjalankan projek ikan air tawar dan permohonannya hamper diluluskan. Oleh kerana terlalu yakin yang dia akan mendapat tanah, Mubarak telah membuat pinjaman bank bagi me-rialisasikan impiannya itu. Tetapi entah bagaiamana tanah yang sepatutnya bakal menjadi miliknya telah terlepas ke tangan orang lain. Mubarak tahu bahawa tanah tersebut diberikan kepada pemohon lain dengan bantuan orang dalam dan perkara yang sama yang dialaminya juga pernah berlaku kepada rakannya Sulaiman.

Akhirnya Mubarak nekad. Dia mesti melaporkan perkara itu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Dia yakin orang dalam yang terlibat bukan calang-calang, pastinya pegawai yang berpengaruh dan berkedudukan tinggi. Dua hari kemudian, Mubarak kelihatan berjalan keluar dari pejabat BPR negeri. Dia baru saja selesai membuat laporan mengenai perkara yang menimpanya kepada Abdullah, seorang pegawai di pejabat BPR itu.

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 14 November 2010

Ingat Lagi Tak bermain Kat Sawah Di Kampung

Bermain di sawah di kampung sememang tak pernah lupa dari ingatan. Malah dah sebati dengan saya al maklumlah..anak seorang melayu..arwah nenek petani pulak tu. Kalau nampak sawah padi jaa...hmmm best, seronok, nyaman..lapang dada dan fikiran. Relaksss..Release tension masa keja.

petang-petang jolok buah pelam tepi permatang... selalu nampak burung puyuh... burung wak wak........... pacat.....
pagi... kabus memutih... petang pulak,, warna jingga.... main layang-layang waktu petang............ tangkap ikan sepat,, penuh selut satu badan............... nostalgia...... sumer tu dah tak adooo... bendang dah jadi taman perumahan...huhuhu...nyot nyot...

tengok orang tembak burung ayeme ( burung ayam-ayam ). Lepas tu cari anak ikan karin, dapat tangkap simpan dalam balang. Tahan pukat di sawah sampai malam..pasang keset atau tiup untuk PANGGIL burung. Berembun kepala tapi syok dapat burung ayam-ayam, wak-wak, sintak, pangli dan lain-lain.


 



tenangnya rasa hati tengok pemandangan ni, kehijauannya mencuci mata yang penat asyik dok tengok biru jo background blog ni..nyot nyot..hehehe...


 

Baca Berita Penuh ..

Thursday, 21 October 2010

Liwat II: IPU kecam, mahu kes Anwar dihentikan

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam oleh Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktber lalu.

IPU yang memerhatikan dengan teliti kes perbicaraan itu berkata terdapat kecacatan dan kesangsian serius berhubung dakwaan ke atas ketua pembangkang itu.

Menurut resolusi yang diluluskan pada sesi ke-187 badan itu, antara faktor yang menyumbang kepada ketidak-yakinan terhadap aspek ketelusan berkaitan kes itu termasuk Anwar disabitkan dengan pertuduhan hanya ketika beliau aktif semula dalam arena politik.

"
Fakta yang menunjukkan pihak yang menuduh (Mohd Saiful Bukhari Azlan) berkunjung ke kediaman timbalan perdana menteri ketika itu serta bertemu seorang pegawai polis berpangkat assisten pesuruhjaya polis menguatkan lagi persepsi kes tersebut bermotifkan politik.

"Juga pembabitan peguam negara dalam kes pertama yang dihadapi Anwar serta penglibatan beliau dalam kes yang sama bagi kali kedua serta penolakan semua permohonan mendapatkan dokumen dan bukti secara sistematik dan dakwaan hubungan intim antara pengadu utama dan pendakwa raya menjadi faktor kuat kes ini timbul atas pertimbangan politik," kata kenyataan IPU hari ini.

Resolusi itu adalah berdasarkan laporan daripada peguambela British - Mark Trowell yang memantau kes berkenaan dan mengemukakan laporan 24 muka surat kepada IPU.

Menurut IPU, pasukan pendakwaan juga dicemari dengan hubungan romantis yang terjalin sehingga ke tahap perbicaraan harus dihentikan.

Badan itu juga berpendapat prosiding yang telah terjejas tidak harus diteruskan kerana ia tidak akan menegakkan prinsip keadilan.

"Walaupun pihak pembelaan telah berkali-kali meminta kes terhadap Anwar digugurkan atas alasan yang diberikan, (namun) mahkamah tetap mahu meneruskan perbicaraan. Oleh itu IPU akan memastikan pemerhati akan memantau perjalanan kes sekurang-kurang semasa prosoding yang penting," kata IPU lagi
.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat