Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label pkr sarawak. Show all posts
Showing posts with label pkr sarawak. Show all posts

Tuesday, 7 February 2012

Jika Umno Terus Membuli, Sabah Dan S'wak Mungkin Keluar

Hassan Ali, pemimpin PAS yang dibuang telah membuat teori bahawa DAP akan mendesak agar Singapura kembali kepada Malaysia. Ini jelas satu taktik untuk menakut-nakutkan tetapi agak tidak masuk akal.


Ini mengingatkan kita kepada Lee Kuan Yew yang memberi amaran kepada rakyatnya suatu masa dahulu bahawa Singapura mungkin terpaksa kembali kepada Malaysia sekiranya mereka gagal membina negara itu.

Banyak sebab mengapa Singapura tidak akan dan tidak dapat untuk kembali kepada Malaysia. Beberapa faktor sahaja sudah cukup untuk menjelaskan nya di sini.

Pada penhujung 2010, Keluaran Dalaman Negara Kasar (KDNK) bagi Singapura adalah US$ 210 billion. Ini adalah US$ 5 billion lebih daripada Malaysia walaupun pulau kecil itu tiada sumber asli, air dan tanah yang agak terhad dan dikelilingi oleh populasi yang bermusuhan dengan mereka dan juga fanatik.

Dollar Singapura, yang dikait dengan ringgit Brunei adalah benilai RM2.50 sen.

Malaysia terpaksa memberi Iskandar Malaysia yang berada di selatan tanah air kepada Singapura sebagai tambahan untuk ia melengkapi dan menambah kemajuan bahkan sebagai sebahagian tanah jajahan.

Teori Hassan sememangnya berbaloi untuk dibincangkan tetapi keadaan adalah terbalik.

Bom jangkamasa Sabah dan Sarawak


Situasi yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak yang berpotensi untuk meninggalkan Persekutuan Malaysia dalam lima hingga lima belas tahun lagi.

Tanda-tandanya sudah ada dan Putrajaya sedang berkerja keras untuk menunda dan mengelaknya. Ia dijangka berlaku kerana orang bukan Islam daripada keturunan Dusun termasuk Kadazan dan Murut dan komuniti Dayak juga tidak dibenarkan menjadi Ketua Menteri di negeri-negeri ini.

Putrajaya juga seakan-akan menutup mata kepada kebanjiran warga asing secara haram di kedua-dua negeri itu yang masuk untuk menjadi pengundi.

Berbeza dengan Pulau Pinang


Ada yang menjangka bahawa kerajaan UMNO akan menendang Pulau Pinang daripada Malaysia sama seperti yang dilakukannya terhadap Singapura pada tahun 1965. Ini agak mustahil kerana jumlah penduduk bukan Cina di Pulau Pinang terutamanya yang bercakap bahasa Melayu adalah sama dengan Cina.

Pada tahun 1965, orang Cina membentuk 75% daripada populasi Singapura dan sejak itu, angka itu tidak banyak berubah.

Ia adalah senario yang berbeza di Sabah dan Sarawak di mana demografik tidak banyak memberi perbezaan.

Kemungkinan bahawa Sabah dan Sarawak akan keluar dari Malaysia adalah kesinambungan daripada kisah pengeluaran Singapura pada tahun 1965 daripada persekutuan dan keengganan Brunei untuk menjadi sebahagian daripada persekutuan.

Pengeluaran Singapura telah mengubah maksud “Persekutuan” dalam Pelembagaan yang merendahkan status Sabah dan Sarawak daripada perkongsian yang saksama menjadi hanya salah satu daripada negeri-negeri dalam Persekutuan.

Kesimpulannya, Persekutuan Malaysia juga tidak lagi wujud pada 1965 selepas keluarnya Singapura dan Persekutuan Malaya yang tidak berfungsi pula muncul sebagai Persekutuan Malaysia baru.

Hasil daripada perubahan besar dalam kekayaan, kerajaan Persekutuan enggan atau tidak Nampak sebab untuk menerima terma-terma yang ada dalam Perjanjian Malaysia yang dibuat pada 1963. Di bawah perjanjian inilah Sabah dan Sarawak bersama Singapura dan Brunei (tidak menerima) dan Malaya bersetuju untuk membentuk Persekutuan Malaysia.

Kerusi Singapura di ambil begitu juga dengan minyak


Dengan keluarnya Singapura, Malaya telah mengambil 15 kerusi dalam Parlimennya dan ia tidak diberi kepada Sabah dan Sarawak.

Apa yang dipersetujui pada 1963 adalah Malaya akan mempunyai kurang daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen demi memastikan wilayah lain dalam persekutuan – Sabah, Sarawak, Brunei akan mempunyai kuasa veto.

Hari ini, Malaya mempunyai lebih daripada 2/3 daripada kerusi dalam Parlimen- 165 vs 57 termasuk Labuan berbanding Sabah dan Sarawak. Inilah sebabnya mengapa agak lemah alasan untuk Sabah dan Sarawak untuk terus berada dalam Persekutuan Malaysia.

Semua ini juga akan menjadi lebih getir sekiranya debat mengenai royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak dibuka semula.

Perjanjian yang berat sebelah pada 1976 menyaksikan kerajaan Persekutuan dan Petronas , syarikat minyak negara memberi hanya 5% daripada royalti minyak dan gas daripada telaga minyak untuk kawasan persisiran laut. Sedikit daripadanya sudah kering atau semakin mengering. Tiada pula yang diperolehi daripada telaga minyak yang berada di laut dalam.

Disebabkan ini juga, Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun ini telah menjadi antara negeri termiskin di Malaysia.

Sekiranya dikaji balik kini, 5% royalti itu tetap tidak bermakna sekiranya telaga di laut dalam tidak termasuk dalam pengiraan.

Sekiranya juga pengkajian semula royalti minyak dibuat, ia harus dilakukan mengambilkira dari tahun 1976 semasa penipuan itu berlaku. Kadar faedah juga harus dibayar begitu juga dengan 8% berkanun setahun serta dikompaun setiap tahun.

Berapa lama mereka boleh senyapkan Sabah dan Sarawak


Ini adalah situasi di mana Kerajaan Persekutuan yang ditadbir UMNO tidak akan menerima walau sejuta tahun sekalipun kerana kekayaan itu telahpun ditelan mereka sejak 1976 lagi ataupun disimpan untuk kegunaan hari esok mereka dan generasi mereka.

Malaysia akan menjadi bankrap sekiranya Sabah dan Sarawak menuntut hak mereka ke atas isu royalti minyak. Ia bukanlah bermaksud jalan buntu untuk mereka.

Contohnya adalah seperti Timor Leste, Acheh dan Sudan Selatan- isu yang berlarutan mengenai Darfur dan Kordofan Selatan- semuanya adalah mengenai minyak. Sejarah membuktikan bahawa undang-undang antarabangsa akan berpihak kepada Sabah dan Sarawak. Timor Leste dan Sudan Selatan menjadi bebas melalui campur tangan Majlis Keselamatan PBB sementara Acheh mendapat autonomi. Isu ini masih lagi dalam proses penyelesaian di Darfur dan Kordofan Selatan.

Adalah tidak benar bahawa hanya negeri yang boleh membuat permohonan kepada Majlis Keselamatan PBB.

Mana-mana parti juga boleh melakukannya seperti yang dibuat oleh parti pembangkang Syria yang sekarang dalam perbincangan di Majlis itu. Hanya masa yang menentukan bila Sabah dan Sarawak akan membawa isu royalti minyak mereka kepada Majlis Keselamatan PBB. Putrajaya tidak harus terus bergantung kepada Sabah dan Sarawak selamanya.

Sekarang anda faham mengapa Taib Mahmud dan Musa Aman sangat berkuasa

Sebab hasil yang mungkin adalah Sabah dan Sarawak akan keluar daripada Malaysia. Hanya kebebasan daripada Malaysia yang akan membawa Sabah dan Sarawak kepada nasib sebenar mereka di komuniti antarabangsa.

Maka tidak hairanlah Ketua Menteri Sarawak seperti Taib Mahmud dan Sabah seperti Musa Aman telah dibiarkan untuk terus merompak negeri mereka walaupun banyak laporan dibuat dan juga beserta bukti rasuah termasuk mencuri tanah, pembalakan dan merogol wanita peribumi oleh pekerja syarikat-syarikat kroni mereka.

Tanpa mereka untuk mengawal kemaraan orang Sarawak dan Sabah, kedua-dua negeri itu berkemungkinan sudah lama keluar daripada Malaysia akibat dibuli UMNO.

psst....13 mei, masih ingat? itu bukti yang UMNO pembuli dan penyebab 13 mei berlaku.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat