Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label pru13 jun ini. Show all posts
Showing posts with label pru13 jun ini. Show all posts

Tuesday, 20 March 2012

HANGAT!!! : Hanya Tiga Negeri Selamat Bagi BN - Nujum Daim

Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.


Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar"...

AzrinRen : Jangan buat u-turn seperti harussanisini yer tok nujum daim, heheheh, hujahan lu ni membuatkan jib bagaikan lintah terkena garam. sekian....

psst....Suruh jib cari bomoh kat israel pulak....

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 5 February 2012

PRU13 Separuh Kedua 2012 Sebab NFC & SBPA


Sumber itu menambah pentadbiran Najib percaya terlalu berisiko untuk memanggil pilihan raya umum sekarang disebabkan isu Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan mengenai soal kenaikan gaji untuk 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam.

“Skandal NFC menjejaskan BN. Perlu mencari jalan penyelesaian segera,” katanya.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati projek itu tidak mencapai matlamat, sehingga membawa kepada pendedahan penyelewengan oleh pembangkang.

Sumber berkata Najib terkejut apabila kenaikan berjumlah RM2.7 bilion dalam skim gaji baru tidak dapat memuaskan kakitangan awam. - Sumber Dari LiangLahad

psst....Masalah NFC atau lain-lain bukan keutamaan kepada rakyat malaysia, kususnya melayu. sebab melayu adalah bersifat pentingkan diri sendiri, tidak seperti bangsa-bangsa di luar negara, kerana masalah dan salahlaku kerajaan, semua bangkit dan menentang. orang melayu kita ni lain dan pelik, tak kena ke batang hidung mereka sendiri, mereka biasa ja boleh rilek. Kalau kena kat mereka sudah tentu baru nak menggelabah. itulah sikap pentingkan diri sendiri bangsa melayu kita ni.

Baca Berita Penuh ..

Saturday, 4 February 2012

Hasan Ali Dipecat Sebagai Timbalan Pengerusi Mais?

Baru sekejap saya menerima panggilan yang bertanyakan apakah saya sudah tahu berita terkini mengenai Hassan Ali (Hassan Akidah). Saya memberitahu tidak tahu menahu sebab saya baru bercadang hendak mengulas mengenai Ngo bernama Jati yang beliau hendak umumkan 21 Februari nanti.Hari ini dan semalam saya sepanjang hari di Kota Bharu, jadi berita-berita sulit dan maklumat terbaru tidak diketahui.


"Apa dia?" tanya saya penuh suspen.

"Sultan telah pecat Hasan Ali sebagai timbalan pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais?" jelasnya. Ha... saya terkejut dan diam seketika.

"Apakah telah diumum?" soal saya meragui.

"Belum lagi, tetapi orang dalam Mais sudah memberi tahu... harap enta siasat sikit.." katanya menyebabkan saya jadi sedikit konfius.
Siasat?
Saya rasa kalau maklumat ini benar lewat malam ini juga berita mengenai pemecatan itu akan memenuhi Fb dan juga blog. Kita tunggu sahajalah... izinkan saya untuk mandi dan menjamah nasi. Soalnya baru tiba dari Kota Bharu. [wm.kl.10:05 pm 03/02/12]

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat