Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label pulau pinang penang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang penang. Show all posts

Thursday, 21 October 2010

Liwat II: IPU kecam, mahu kes Anwar dihentikan

Perbicaraan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikecam oleh Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktber lalu.

IPU yang memerhatikan dengan teliti kes perbicaraan itu berkata terdapat kecacatan dan kesangsian serius berhubung dakwaan ke atas ketua pembangkang itu.

Menurut resolusi yang diluluskan pada sesi ke-187 badan itu, antara faktor yang menyumbang kepada ketidak-yakinan terhadap aspek ketelusan berkaitan kes itu termasuk Anwar disabitkan dengan pertuduhan hanya ketika beliau aktif semula dalam arena politik.

"
Fakta yang menunjukkan pihak yang menuduh (Mohd Saiful Bukhari Azlan) berkunjung ke kediaman timbalan perdana menteri ketika itu serta bertemu seorang pegawai polis berpangkat assisten pesuruhjaya polis menguatkan lagi persepsi kes tersebut bermotifkan politik.

"Juga pembabitan peguam negara dalam kes pertama yang dihadapi Anwar serta penglibatan beliau dalam kes yang sama bagi kali kedua serta penolakan semua permohonan mendapatkan dokumen dan bukti secara sistematik dan dakwaan hubungan intim antara pengadu utama dan pendakwa raya menjadi faktor kuat kes ini timbul atas pertimbangan politik," kata kenyataan IPU hari ini.

Resolusi itu adalah berdasarkan laporan daripada peguambela British - Mark Trowell yang memantau kes berkenaan dan mengemukakan laporan 24 muka surat kepada IPU.

Menurut IPU, pasukan pendakwaan juga dicemari dengan hubungan romantis yang terjalin sehingga ke tahap perbicaraan harus dihentikan.

Badan itu juga berpendapat prosiding yang telah terjejas tidak harus diteruskan kerana ia tidak akan menegakkan prinsip keadilan.

"Walaupun pihak pembelaan telah berkali-kali meminta kes terhadap Anwar digugurkan atas alasan yang diberikan, (namun) mahkamah tetap mahu meneruskan perbicaraan. Oleh itu IPU akan memastikan pemerhati akan memantau perjalanan kes sekurang-kurang semasa prosoding yang penting," kata IPU lagi
.

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat