Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label rakyat. Show all posts
Showing posts with label rakyat. Show all posts

Saturday, 21 January 2012

Akhbar Australia Lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'

Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney.


Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu".

darling hotel sydney australiaMenurut kolum tersebut, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut,
menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam (kanan) di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya'

psst...Rosmah pakai emas, Rakyat pakai kayu...

Baca Berita Penuh ..

Monday, 9 January 2012

Pembebasan Anwar jadi berita antarabangsa


Keputusan perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian media di seluruh dunia, yang menjadikan laporan berkaitan sebagai berita utama organisasi masing-masing.

Badan penyiar CNN dan Al Jazeera mengutarakan laporan itu dalam edisi Asia mereka. Manakala media lain termasuk akhbar United Kingdom Sky News dan ABC yang berpengkalan di Australia.

Badan penyiaran British BBC pula menjadikan Anwar sebagai

personaliti utama dengan melaporkan sekitar keputusan hari ini, diikuti rencara berhubung ahli politik itu dan sejarah panjang kariernya.

Tulisan itu, antara lain mendakwa, masyarakat Cina masih berhati-hati terhadap "akar radikal Islam", walaupun masyarakat antarabangsanya melihatnya sebagai "peneraju pembaharuan di Malaysia".

Harian United Kingdom Guardian pula melaporkan "keputusan mengejutkan" itu sebagai berita utama, dengan menyifatkan pembebasan itu akan mempercepatkan 'comeback' perdana menteri.

Laporan berkenaan dihasilkan oleh koresponden mereka, yang mana Anwar sebelum ini memberikan wawancara eksklusif.


Ketua pembangkang juga diwawancara media asing di rumahnya sejurus selepas keputusan diumumkan hari ini. Kebanyakan mereka telah mengikuti perjalanan kes itu sejak dua tahun lalu.

Laporan agensi berita antarabangsa juga dimuatkan semula di Kenya, India, China dan Baitul Maqdis yang menceritakan tentang letupan di mahkamah dalam bahagian berita antarabangsa.

psst...Kesian saiful...hanya beruk2 jer datang menyokongya..itu pun 50 org jer yg telah diupah..kesian...ish2 ish2...

Baca Berita Penuh ..

Saturday, 31 December 2011

Kenyataan BN nak selangor demi kepuasan....


Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Selangor yakin dapat merampas kembali empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen di Selangor yang mereka tewas kepada pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008.

Kawasan berkenaan ialah DUN Teratai, Bukit Lanjan, Bukit Gasing dan Kota Alam Shah serta Parlimen Puchong.

Pengerusi Gerakan A.Kohilan Pillay berkata perkara ini didorong trend semasa pengundi di kawasan terbabit yang kembali memberi kepercayaan kepada BN untuk menerajui Selangor selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri itu, yang berdepan pelbagai masalah sejak memerintah pada 2008.

"Segala persiapan parti kini berada pada tahap yang amat memuaskan, dan kami sudah bersedia untuk mengatur strategi baru bagi memenangi kembali hati rakyat di negeri ini.

"Saya akan memastikan jentera pilihan raya Gerakan Selangor sudah bersedia dan akan membuat segala perancangan terbaik dengan mengkaji pelbagai perkara supaya tiada lagi ruang untuk pembangkang secara berterusan melemparkan tuduhan terhadap Gerakan dan BN," katanya kepada Bernama.

Terdahulu, Kohilan Pillay, yang juga Timbalan Menteri Luar, menyampaikan sumbangan beg sekolah dan baucer tunai bernilai RM150 kepada 100 kanak-kanak terpilih di sekitar Puchong.

Azrin Ren : Beginilah sikap geng-geng BN, dari dulu kini selamanya tak habis-habis asyik mengeluarkan statement syok sendiri. sebagaimana mereka mengeluar statment nak rampas kelantan sejak dari dulu lagi. tetapi ternyata gagal hahahah...lembu-lembu ni bercakap auta sahaja lebih, kata kerajaan PR menghadapi masalah sejak mulai memegang tampuk pemerintahan di selangor. sedangkan masalah yg datang itu adalah hasil rekaan oleh puak-puak UMNO lembu semata-mata untuk mengabur mata rakyat di negeri-negeri lain, gempaklah konon.

Cukup bangang statement yg dikeluarkan oleh manusia syok sendiri ini. kenapa mereka nak sangat selangor? azrin ren tahu kenapa UMNO tergila-gila nak sangat selangor ni. sebab selangor adalah negeri pelaburan dan mempunyai pelabuhan terbesar dimalaysia. sebuah negeri yg kaya dan boleh memasukkan duit tak henti-henti. maka sebab itulah UMNO nak sangat ambil semula selangor kononya demi rakyat dan kerajaan PR mempunyai masalah sedangkan niat mereka adalah kotor semata-mata, kerana mereka geng-geng lembu ini hanya mahukan wang besar di negeri tersebut.

Sebab itu lah UMNO jatuh miskin dan meminta sedekah sana sini ekoran kehilangan negeri kaya mereka iaitu selangor dan pulau pinang. porahh..dulu mat penyapu menyamun hak rakyat selangor lu talak menyalak. sikalang lu mahu menyalak katakan PR bermasalah sedangkan toyol yg banyak membawa sial dan malang terhadap rakyat selangor. jangan cakap serupa org yg kehilangan akal bro.

Harus ingat!!! PKR Selangor telah bersedia untuk mendedahkan satu persatu penyelewengan dan taktik kotor UMNO untuk merampas Selangor pada bila-bila masa. tunggu!!!

psst....Jangan terkejut beruk kalau kehilangan putrajaya...

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 30 January 2011

Teori/Ramalan : - UMNOFOBIA Gagal Pengaruhi Pengundi Cina.


Seperti yang kita sedia maklum bahawa kemenangan umno bin bn 2 PRK yang majoritinya terdiri dari kaum cina ialah di Parlimen Hulu Selangor Ke Dun Tenang, nampaknya sekali lagi umno bin bn masih gagal untuk meraihkan kembali sokongan para-para pengundi cina walaupun umno bin bn mengiktiraf pelakon blue cik chua soi lek menghina agama islam dalam isu sentuh-menyentuh untuk menakut-nakut pengundi cina terhadap PAS. 

Keputusan PRK Dun Tenang baru-baru ni seperti yang kita lihat ia kelihatan jelas pengundi cina masih memihak kepada Pakatan Rakyat. 

Nampaknya kaum cina sekali lagi bijak dan pandai kerana tidak tertaksub senjata taktik kotor sang berkuasa yang bernama umno bin bn. 

Apa yang kita menjadi saksi 2 PRK yang di menangi oleh umno bin bn. ia jelas nyawa umno bin bn hanya mengharap dari wang/spr/warga felda/tv3suku/utusan meloya/dan kejayaan memperbodohkan orang asli di PRK Dun galas. 

Ia kelihatan jelas lagi menampakkan titik tolak Pakatan Rakyat mampu meraih kemenangan jauh lebih besar berbanding PRU12 pada PRU13 nanti sehingga umno bin bn gerun hinggalah terkencing di dalam seluar...crettttttt....

Contohnya PRK di sibu dahulu. kemenangan DAP, ia jelas pengundi yang terdiri majoritinya kaum cina sudah menjauhi umno bin bn dan arus angin perubahan sudah berlaku di sana. apa yang saya ingin teori/meramalkan melalui PRK yang di menangi oleh umno bin bn baru-baru ini ialah.... 

1.Umno bin bn akan gagal kembalikan sokongan dari orang-orang melayu di semenanjung utara malaysia dan di negeri-negeri sebelah pantai timur. umno bin bn nampaknya berjaya separuh memperbodohkan orang melayu kususnya orang-orang melayu felda di negeri-negeri selatan hanya dengan menjerat bersenjatakan wang ringgit dan janji-janji manis. kecuali di negeri perlis apabila umno bin bn mudah untuk mengawal negeri tersebut.

2.DAP ialah sebuah parti perikatan Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi parlimen di selatan malaysia dan sabah/sarawak contohnya negeri-negeri selatan tersebut ialah johor/melaka/negeri sembilan/perak dan pahang.

 3.Sekali lagi Pakatan Rakyat akan memenangi banyak kerusi parlimen di kawasan-kawasan bandar sebagaimana kejayaan Pakatan Rakyat menguasai banyak parlimen di kawasan bandar di malaysia pada PRU12 MAC 2008 lalu.  kerana perbezaan di pendalaman dan bandar. kerana parlimen di bahagian bandar mempunyai acces internet yang mencukupi. mampu memberi maklumat benar tepat kepada rakyat yang berdaya saing dari segi ICT.

 Itu sebablah umno bin bn bertungkus lumus untuk meminda media cetak internet pada MAC ini..tetapi ia di batalkan berikutan mendapat bantahan pelbagai pihak. nampaknya umno bin bn sudah takut akan kejayaan ICT teknologi yang dapat membuka minda rakyat yang telah ditutup dan dibongokkan oleh media umno bin bn iaitu tv3suku/utusan meloya/ dannnn rtm yang terlalu kuat kencing. 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat