Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label rasis. Show all posts
Showing posts with label rasis. Show all posts

Thursday, 28 March 2013

MUHAHAHAHAHA!!! :: Lebih 50 ‘Awang Hitam’ Mengamuk, ‘Serang’ Balai Polis Jinjang!


Tidak dapat menerima kenyataan rakan senegara mereka maut dibelasah penduduk tempatan, lebih 50 warga Nigeria mengamuk dan ‘menyerang’ Balai Polis Jinjang di sini, bagi menuntut bela kematian rakan mereka.

Warga asing yang kebanyakan penuntut sebuah kolej swasta itu berkumpul kira-kira jam 10.30 malam semalam dan berteriak meminta pihak polis bertanggungjawab dan menyelesaikan segera kematian seorang lelaki dikenali sebagai Solomon Okolo, 29.
Sebahagian mereka yang gagal mengawal kemarahan bertindak menjerit dan mencabar pihak berkuasa dengan mengisytiharkan `perang’ 

apabila menjerit ‘we want declare war’ gara-gara tidak berpuas hati nasib menimpa rakan senegara mereka.
Seorang wanita dipercayai isteri Solomon dikenali sebagai Mariam turut menjerit sebelum tiba-tiba pengsan.

pix_gal1

Difahamkan, Solomon dipukul penduduk tempatan ketika dia bersama seorang lagi rakan datang ke lokasi kejadian di Kampung Batu Muda, Jinjang pada jam 6.45 petang untuk menolong rakan yang terbabit dalam kemalangan antara kereta Proton Wira dinaiki mereka dengan sebuah motosikal dan lori.

Difahamkan, hampir 100 penduduk tempatan bertindak mengepung kenderaan dan memukul warga Nigeria terbabit.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan terbabit pada jam 6.45 petang dan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui empat lelaki yang sedang dipukul manakala dua wanita dan dua kanak-kanak warga Nigeria tidak diapa-apakan.
Menurutnya, empat unit kereta peronda (MPV) dikerah ke tempat kejadian bagi menyuraikan pergaduhan terbabit.
“Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan rakan-rakannya beberapa minit kemudian dan membawa mereka ke Balai Polis Jinjang untuk membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Ketika itu, mangsa dilihat hanya mengalami kecederaan ringan dan sebaik polis ingin mengambil keterangan mangsa, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya kepada pemberita pada sidang media di perkarangan Balai Polis Jinjang, semalam.
Zakaria berkata, pihaknya kemudian menghubung ambulans yang tiba pada jam 7.20 malam sebelum mangsa disahkan mati.
“Mangsa merupakan seorang penuntut sebuah kolej swasta berusia 29 tahun dan punca kematian awal dipercayai akibat pendarahan dalaman di kepala.
“Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan itu sudah membuat laporan polis namun penunggang motosikal masih belum berbuat demikian.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui kejadian sebenar yang berlaku menyebabkan tercetusnya pergaduhan itu,” katanya. 

#Muhahahah...jangan marahkan mereka....silap hari bulan depa boleh mengundi nanti...kikiki...

Baca Berita Penuh ..

Friday, 13 January 2012

Jika Malaysia Tanpa Rasis


Indahnya jika malaysia tanpa rasis, buruknya dan hancurnya malaysia jika rasis sebagaimana permainan perkauman dimainkan oleh UMNO, sikap UMNO lah yg ingin menghancurkan perpaduan antara kaum dan juga keamanan, ayuh mari kita bersatu dan abaikan sikap negatif yg ada pada jati diri kita. jangan jadi seperti UMNO. mereka beruang yg buas yg tak boleh duduk diam bagaikan kerusi kepanasan sebagai mana mereka kepanasa berikutan pembebasan Anwar Ibrahim..kekeke...

Semoga anda semua jadikan video ini sebagai contoh dan teladan yg boleh dikuti oleh semua lapisan masyarakat di negara ini..sekian - Azrin Ren

psst..Pagagomo dan UMNO suka main rasis...sebabnya mereka nak negara kita ni jadi seperti kat maluku dan ambon tu....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat