Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label rayuan. Show all posts
Showing posts with label rayuan. Show all posts

Tuesday, 10 January 2012

Bob Kuman Masuk PAS...


Sudah lebih seminggu sambutan tahun baru 2012 yang diadakan di Dataran Shah Alam meninggalkan satu fenomena yang hebat. Sambutan meriah yang turut dihadiri oleh artis-artis yang 'jiwa' mereka dekat bersama gerakan Islam. Rupa-rupanya masih ramai lagi artis-artis di luar sana yang ingin bersama-sama dalam gerakan Islam ini. Walaupun menjalani kehidupan yang serba-serbi menyeronokkan - sentiasa bersosial dan berhibur. Namun apabila mereka kembali ke rumah dan berfikir, ramai di antara mereka yang merasakan ada kekosongan dalam diri mereka. Antara artis yang mengkagumi Ust Azhar Idrus adalah Bob Kuman.

Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi memperolehi nombor telefon Ust Azhar Idrus daripada Zizan dan telah menghubunginya baru-baru ini ketika berada di dalam hospital. Mengakui telah mengikuti siri kuliah dan ceramah Ust Azhar Idrus melalui internet sejak setahun yang lalu, akhirnya beliau berjaya bercakap dan berbual dengan Ust Azhar Idrus sendiri.

Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan. Lebih menarik lagi, beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.


Bapa Bob Kuman, Hj Mohd Rawi merupakan penyokong kuat PAS

Berdasarkan sambutan dan sokongan yang diterima oleh Ust Azhar Idrus daripada kalangan artis, Ust Azhar telah menyeru kepada orang ramai supaya berdoa kepada Allah, semoga membuka hati orang-orang hiburan seperti ini supaya peminat-peminat mereka akan turut mengikuti jejak langkah mereka (artis) yang ingin mendekati kepada Islam.

Azrin Ren : Alhamdulillah, semakin ramai artis sedar dan berniat untuk mengikut ke landasan yg sebenar, hanyalah artis pentingkan duniawi sahaja yg akan join umno. semoga lebih ramai lagi artis-artis akan bersama PAS iaitu sebuah parti seangkatan PKR, DAP didalam pakatan rakyat. mahasiswa, peguam, penjawat awam, pelajar dari luar negara semuanya sudah pun mengubah arah untuk menyokong Pakatan Rakyat. ayuh kuburkan umno, jangan kita pentingkan diri sendiri dan juga duniawi kerana menyokong umno, kita harus menjadi manusia yg saling bantu membantu dan bersatu untuk membawa keamanan negara yg bernama malaysia. 

Kerjasama itu adalah amalan yang saling bertukar ganti, sekali kita meminta tolong dia sekali lagi dia meminta tolong kita, melihat kepada keperluan kita dan keperluan orang yang bekerjasama. Saya berpendapat bentuk kerjasama ini perlu mengalami perubahan dan lebih optimis. Hal ini kerana tahaluf itu adalah berkait dengan dua belah pihak. kita perlu memahami isu mememinta bantuan dan isu memberi bantuan. Sekiranya kita memahami kedua-dua isu ini, mudahlah kita memahami konsep tahaluf ini.

psst....Blogger-Blogger UMNO bila nak masuk PR???



Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat