Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label salihiah. Show all posts
Showing posts with label salihiah. Show all posts

Saturday, 31 December 2011

Kes Surau Salihiah : Sejak Bila UMNO Juara Agama???


Rakyat terkejut apabila UMNO marah kepada kerajaan Kedah kerana hendak merobohkan Surau Salihiah Kanchot di Alor Setar. Walaupun berkali-kali telah dijelaskan bahawa Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Kedah telah membenarkan, dan pihak pemaju bersetuju untuk membayar pampasan dan memberi tapak baru kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

Namun pimpinan UMNO Kedah yang bankrap idea unuk menawan hati rakyat Kedah cuba mengambil isu surau untuk menjadi modal kempen. Rakyat tertanya-tanya sejak bila UMNO menjadi juara agama dan hendak membela surau?. 

Kenapa pemimpin UMNO seperti Datok Ahmad Bashah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Azeez Abdul Rahim pekak dan bisu ketika kerajaan pimpinan UMNO meruntuhkan masjid Bujal di Kemaman, menutup surau Jubli Perak di Bandar Baru Bangi, menutup Surau al Rahmah di Seksen 8 Shah Alam, menutup surau d Puchong Perdana dan meruntuhkan surau kampung Berembang Ampang.

 Oleh kerana UMNO Kedah sedang lemas melihat kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak berjaya memimpin Kedah dengan cemerlang walaupun terpaksa menanggung hutang lapok sebanyak RM2.3 bilion. 

Contohnya kebijaksanaan kerajaan Kedah mengurus negeri sehingga pendapatan balak daripada RM8 juta setahun meningkat RM53 juta.

UMNO takut rakyat Kedah membandingkan kejayaan Pakatan Rakyat dengan pemerintahan UMNO selama 51 yang menindas rakyat, maka UMNO cuba menjadi juara membela agama, sehingga udang di Kolam Kerpan pun terkejut kerana UMNO sudah bertukar nada

psst....Artis2 berbogel, bukak aurat, hina hukum hudud, remaja2 bermaksiatan setan malam tahun baru, buang bayi, mana umno???

pakjib al-botaki harus bertaubat!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat