Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label selamatkan ketua kongsi gelab. Show all posts
Showing posts with label selamatkan ketua kongsi gelab. Show all posts

Tuesday, 13 March 2012

KeBaBoM!!! : Surat Peguam Negara “Selamatkan Ketua Kongsi Gelap? Kandungan Surat “Bocor”!!


Laporan berita Malaysiakini semalam agak mengejutkan di mana dikatakan terdapat campurtangan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dalam usaha menyelamatkan Ketua Kongsi Gelap yang dikatakan cukup berpengaruh di Johor.
Surat Peguam Negara VS Datuk Johari Baharom – Kes Tengku Goh
Dan hari kami memperolehi surat yang dihantar oleh Peguam Negara kepada Timbalan Menteri KDN, Datuk Johari Baharom ketika itu selepas “berjaya BPR berjaya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.



(klik imej di atas untuk paparan yang lebih jelas)
Peguam Negara VS Ketua Kongsi Gelap : Kenyataan Datuk Hishamuddin Tun Hussein (Menteri KDN)
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta supaya bukti dikemukakan sebelum siasatan dapat dijalankan berhubung dakwaan pembabitan pegawai tertinggi polis, peguam negara dan seorang penjenayah di Johor yang dikaitkan dengan gejala rasuah.
“Buktikan, buktikan. Kalau mereka kemukakan buktikan, kita boleh ambil tindakan.
Sepatutnya pihak polis sudah boleh mulakan siasatan daripada sekarang. Jikalau tidak bermula bagaimana akan ada pengakhirtannya. Sepatutnya menteri sudah boleh mengarahkan pasukannya untuk menjalankan siasatan. Sudah menjadi tugas mereka untuk menjalankan siasatan, mencari dan mengumpulkan bukti. Di mana bidang tugas Jabatan Siasatan Jenayah? Menteri? Erm….
“Bukan hanya menafikan sahaja, tetapi terus menyiasat untuk mencari kebenarannya”
Malaysiakini ada memiliki dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007. Kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.
Dokumen yang sama juga digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu. Akhirnya enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.
Kronologi Dakwaan Malaysiakini – Komplot Ketua Polis Negara, Peguam Negara “Selamatkan” ‘Ketua’ Kongsi Gelap Johor Goh Cheng Poh
Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mengarahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, menjalankan siasatan dan bertindak ke atas Tengku Goh
Datuk Ramli Yusuff mengumpulkan enam pegawainya untuk menyiasat.
Dan yang memeranjatkan, semasa mereka menjalankan siasatan mereka mendapati ketua mereka (Ketua Polis Negara), Tan Sri Musa Hassan ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.
Tan Sri Musa Hassan dahulu merupakan bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006.
Siasatan JSJK mendapati ketika Tan Sri Musa Hassan Musa menjadi Ketua Polis Johor, beliau telah menututp pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu, tetapi Tan sri Musa Hassan didakwa pada masa yang sama membantu “menyusunkan semula” beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “payung” Tengku Goh.
Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.
Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar “Cicero”) dalam kes itu
Kalau mengikut prosedur, tiada sesiapa dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail ‘Cicero’ apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan termasuklah Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara
Tindakan menggunakan BPR (sekarang SPRM) untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.



Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara, dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.
Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.
BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menuoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini.

psst...Terserlah dengan kejahatan gani pataik....

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat