Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label suara aneh. Show all posts
Showing posts with label suara aneh. Show all posts

Tuesday, 24 January 2012

Johor Kini Dihujung Tanduk LEMBU

Bayangan tumbang 

Dalam perhimpunan Agung umno tahun 2010 Datuk Seri Shafie Afdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari johor kubu kuat umno itu. 

Niab Presiden umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan umno dalam PRU 13 nanti. 

Perkara ini telah dinyatakan MB Ghani Osman yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar 2 di Johore akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuk lah NUSAJAYA. 

Menteri Besar Johor telah membuat anggar 15 kawasan Parlimen di negeri Johor kedudukannya boleh dikatakan tak selamat. 

Johor Corp 

Ada orang umno sendiri yang kata 

" padan muka Ghani Osman" 

menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corp.yang mengalami kerugian besar. 

Johor Corp yang di bena oleh Tan Sri Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai asset hampir bernilai RM14 billion. 

Sejak Tan Sri Ali Hashim berhenti dari J.Corp ,Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan J.Corp dengan membawa masuk beberapa orang luar ,budak2 yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan J,Cop dan anak2 syarikatnya. 

Terutama sekali Ia membelakangkan pengurusan J.Corp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.Siapa yang tidak marah. 

Yang sedehnya penasihat sebenar di belakang Ghani ia lah Mr Lim"superman" 

Sekarang tugas mereka ini ialah untuk 'merompak 'asset J.Corp yang amat berharga saperti KFC dan QSR.Tanah2 Commersial dan akhirnya estet 2 yang di miliki oleh Kulim. 

Sesetengah berkata jika umor panjang tulislah dalam buku dairy masing masing apa yang berlaku itu dalam masa lima tahun semua harta2 ini habis. 

J.Corp yang mempunyai hutang hampir RM3 billion,nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini,tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang J.corp menjadi RM 5.5 billion melalui anak syarikatnya. 

Sebab itu Tan Sri Ali marah sekali,malangnya komennya tidak di siarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah di block. 

psst....Samseng hingusan jalan kebun tu lahir tahun 1985, budak-budak rempit rupanya...kekekek...nama dia muhammad razali.

Baca Berita Penuh ..

Sunday, 22 January 2012

Nik Aziz Umum Harta Kepada SPRM

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia mengisytiharkan hartanya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika peraturan memintanya berbuat demikian.

Beliau yang juga mursyidul am PAS berkata isu pengisytiharan harta oleh semua penjawat awam, termasuk pemimpin kerajaan merupakan isu lama.

Tok Guru Nik Aziz Salah Seorang Ulama Yang Sentiasa Menjadi Mangsa Hinaan Puak-Puak Munafiq
"Saya dan semua exco kerajaan negeri boleh mengisytiharkan harta, jika peraturan mahu berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian watikah pelantikan penghulu dan majlis penghulu mukim di Kota Bharu hari ini.

Baca Berita Penuh ..

Apakah Setiap Kes Yang Dibuang Mahkamah Tinggi Boleh Dirayu?

Rayuan kes liwat DSAI sekali lagi ditekankan sebagai kes peribadi dan pembelaan terhadap rakyat yang dizalimi.Maka timbul persoalan apakah selama ini, setiap kes yang dibuang oleh mahkamah tinggi turut dirayu? 


Banyak kes kes yang didapati tidak mempunyai bukti yang jelas telah dibuang kes oleh mahkamah tinggi yang melibatkan rakyat biasa seperti Saiful tetapi setakat ini tidak kedengaran satupun yang telah sampai ke mahkamah rayuan.Ataupun mungkin kerana ketiadaan publisiti seperti kes DSAI ini sedangkan semua kes yang dibuang mahkamah tinggi sebenarnya dirayu.Oleh itu suka juga bertanya kalau kalau ada kes kes yang telah dibawa ke mahkamah rayuan setelah ditolak oleh mahkamah tinggi. Siapa yang ada statistik dari pejabat peguam negara mungkin boleh membantu.

Baca Berita Penuh ..

Saturday, 21 January 2012

Bunyi Aneh : Adakah CERN Penyebabnya???

Aku pun tak tahu cuma rasa pelik kenapa orang-orang barat mengatakan tahun 2012 dunia akan kiamat, Adakah mereka sudah tahu?? sebab-sebab mereka sendiri ingin menguji sesuatu mesin yang membolehkan merosakkan bumi kita sendiri. adakah kiatmat yang hanya diperkatakan di cipta sendiri oleh manusia? hanya Allah S.W.T maha mengatahui. Mari kita membaca...


CERN… Tahukan sobat apa itu CERN? CERN adalah organisasi penelitian nuklir Eropa yang bermarkas di Jenewa yang didirikan pada tahun 1954. Fasilitas yang mereka miliki merupakan laboratorium penelitian partikel terbesar di dunia. Saat ini organisasi ini mempekerjakan hampir 8.000 ilmuwan jenius yang mewakili 580 universitas yang berasal dari 80 negara. Mungkin banyak dari kita yang belum mengetahui kalau internet pertama kali ditemukan oleh CERN pada tahun 1989.


Sedangkan The Large Hadron Collider (LHC) merupakan sebuah mesin raksasa yang dibuat oleh para ilmuwan jenius di CERN yang dirancang untuk memecahkan partikel yang diharapkan dapat menjawab beberapa pertanyaan dalam fisika kuantum. Mesin yang berbentuk lingkaran ini memiliki panjang 27 km dan terletak di kedalaman 175 meter di bawah tanah perbatasan Perancis-Swiss.

Eksperimen ini juga dipercaya dapat menciptakan lubang hitam mini yang sering dianggap sebagai cikal bakal mesin waktu, walaupun dibantah oleh beberapa fisikawan ternama seperti Michio Kaku.


Pada awal November ini, LHC mengalami pemanasan yang berlebihan di beberapa bagian setelah sebuah potongan kecil Baguette (sejenis roti) mendarat di sebuah peralatan yang ada di permukaan tanah tepat di atas cincin akselerator.


Dr Mike Lamont, kordinator mesin LHC, mengatakan bahwa potongan kecil baguette itu yang dipercaya dijatuhkan oleh seekor burung yang lewat telah menyebabkan suhu magnet superkonduktor naik dari -271.1 C menjadi -265 C, yaitu titik dimana magnet itu berhenti berfungsi (53 dari 1.624 magnet superkonduktor besar rusak harus diganti).

Kali ini Organisasi Eropa untuk Riset Nuklir, yang dikenal sebagai CERN, siap untuk memulai menghidupkan kembali The Large Hadron Collider (LHC) namun mereka harus mengambil pendekatan hati-hati dengan peralatan super canggih ini. Harga mesin yang mencapai US$ 10 miliar, dari kontribusi banyak pemerintahan dan universitas di seluruh dunia.

Para ilmuwan diharapkan akan dapat mengirimkan sinar proton di sepanjang lorong 27 kilometer yang terdapat di LHC, namun mereka tidak menetapkan tanggal untuk itu.

Namun eksperimen CERN ini ternyata tidak mendapat kata sepakat di kalangan ilmuwan. Menurut sebagian ilmuwan, jika lubang hitam mini tercipta, dan terjadi sesuatu yang diluar perhitungan, bisa saja lubang hitam tersebut menjadi membesar tanpa terkendali dan menelan apa saja yang berada di dekatnya. Dengan kata lain, Kiamat !

Seperti yang kita ketahui, lubang hitam memiliki gaya gravitasi super kuat sehingga bahkan cahayapun ditelan olehnya. Karena itu di sejumlah negara di Amerika dan Eropa, beberapa ilmuwan telah mengajukan gugatan hukum agar CERN menghentikan usahanya untuk memecahkan partikel.

So…Apakah isu kiamat pada 2012 bukan disebabkan oleh keadaan alam tapi disebabkan oleh manusia sendiri? Hanya waktu yang dapat menjawabnya.

Tulisan dan gambar sebagian besar diambil dari sahabat blog Info Liga Italy dan ISL, Silahkan baca detailnya disini X-File-Enigma

psst..Adakah disebab ujian ini orang barat kata kiamat 2012??? Adakah mereka sendiri tidak yakin berjaya atau tidak apabila mesin ini diuji?? apa-apa pun Allah maha mengetahui, manusia-manusia dulu-dulu dibinasa Allah kerana mereka Alpa dengan teknologi. kebetulan ujian mesin ini akan dijalankan hujung tahun ni. 




Baca Berita Penuh ..

Friday, 20 January 2012

Najib Sudah Kebimbangan

Cerita atau cakap-cakap Ha Najib Razak kini dalam keadaan resah gelisah bukan saja terbatas di kalangan orang politik yang jadi tukang syarah atau propagandis. Cerita itu juga mula dibawa atau dibualkan oleh pegawai tinggi kerajaan baik dalam perkhidmatan awam maupun tentera.

Dua tiga hari lepas saya makan nasi kerabu di Setapak bersama seorang kawan dan kawannya eorang bekas pegawai tentera. Sambil makan kami bercerita perihal politik negara. Pegawai tentera itu yang pernah berkhidmat sebagai atasi (atase) di sebuah negara jiran memberi tahu perihal laporan nyang disediakan oleh risikkan tentera mengenai kedudukan Najib dan UBN hari ini.


Ia sedikit mengejutkan saya dengan apa yang dicakapkan itu.

 Katanya hasil risikan itu sikap dan penerimaan rakyat kepada BN sekarang ini sungguh membimbangkan Najib. Begitu juga dengan pengaruh BN di hampir seluruh negeri berada di bawah 60 peratus ke bawah. Menurutnya, Najib tidak senang dengan apa yang berlaku sekarang ini. 

 Katanya menurut laporan risik itu, dalam pilihan raya akan datang BN bukan saja tidak mampu untuk merampas balik beberapa buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat kini, tetapi parti itu juga kemungkinan akan hilang beberapa buah negeri lain. Ini paling mencemaskan. 

 Menurut kajian itu negeri yang mungkin akan berpindah tangan ialah Negeri Sembilan. Kedudukan BN di negeri ini sungguh mencemaskan. Di samping itu risik yang bekerja langsung dengan Najib itu juga memaklumkan peluang BN untuk mempertahankan Terengganu juga dalam keadaan 50 - 50. 

Perak yang diambil menerusi rampasan kuasa menggunakan undang-undang, istana dan mahkamah juga akan terlepas semula kepada Pakatan Rakyat.

 Manakala Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor adalah amat sukar untuk BN menawan atau merampas negeri berkenaan. 

"Inilah yang memeningkan Najib," ujar kawan itu menceritakan apa yang diucapkan risik berkenaan.

 Dalam pada itu menurut kawan itu seperti mana dibualkan oleh risik berkenaan BN kini sedang mengumpul wang sebanyak yang mungkin. Sebanyak RM3 billion kini sudah pun ada dalam tangan dan wang berkenaan katanya dari Arab Saudi? 

Semoga saya dapat berjumpa lagi dengan kawan itu dan akan ada maklumat baru dari pegawai tinggi tentera yang dikatakan berkhidmat langsung dengan Najib itu. Sedikit yang menjadi persoalan saya sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini, masakan risik berkenaan menjadi ringan mulut untuk mendedahkan keadaan itu?

psst....Gua sarankan Ah Jib Gor Pergi Duduk Kat Mangolia...

Baca Berita Penuh ..

Rayuan Difail Berdasar Undang-Undang


Pejabat Peguam Negara berkata rayuan terhadap pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat, difailkan hari ini berdasarkan keterangan dan undang-undang.

    

Pejabat itu menerusi satu kenyataan kepada Bernama berkata rayuan itu juga difailkan tanpa mengikut emosi atau pengaruh mana-mana pihak.
    
"Keputusan memfailkan notis rayuan ini membolehkan jabatan ini memperolehi penghakiman bertulis Yang Arif Hakim dan rekod prosiding perbicaraan daripada Mahkamah Tinggi.
    
"Ini seterusnya mengetahui dengan jelas alasan-alasan penuh keputusan yang Arif Hakim," kata jabatan itu.
    
Pada 9 Januari lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.


Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat