Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label tembak. Show all posts
Showing posts with label tembak. Show all posts

Friday, 1 November 2013

Tembak Pegawai Bank : Polis Disogok Pengawal Yang Menembak Pegawai Bank!


Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu. 

Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan.

Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu (anggota menerima sogokan).

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak mati Norazita.

"Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.

Baca Berita Penuh ..

Saturday, 31 December 2011

Pintu Untuk Pencacai UMNO Masih Terbuka......


Ingatkah kita satu hadis Nabi ketika baginda mengingatkan para sahabatnya dulu? Antara pesanan baginda ialah " wahai sahabatku, tolonglah orang yang dizalimi dan juga orang yang melakukan kezaliman". Sabahat bertanya kepada baginda, "Ya, Rasulullulah, jika menolong orang yang dizalimi itu kami faham, tetapi bagaimana pula untuk menolong orang yang melakukan kezaliman?" Jawab Baginda, "lakukan sesuatu untuk menghentikan mereka dari melakukan kezaliman dengan kemampuan kamu".

Hadis ini amat menyentuh hati dan merupakan pesanan dan amaran dari Nabi jika kita tidak berusaha untuk menolong orang yang melakukan kezaliman dengan cara bertindak atau melakukan sesuatu supaya mereka tidak mampu dan tidak berupaya lagi untuk melakukan kezaliman.

Kezaliman dalam Islam adalah amat luas pengertianya. Ia bukan saja tertumpu dengan cara membunuh orang tanpa sebab, menindas, merampas hak orang lain, menipu, tidak solat, makan rasuah, riba, melakukan fitnah dan yang paling besar ialah kezaliman dengan menolak syariat Allah supaya dilaksanakan di atas muka bumi Allah ini.

Namun begitu, apa yang hendak penulis nukilkan disini ialah kezaliman pemerintah terhadap rakyat, terhadap negara dan terhadap agama. Ini berlaku kerana keingkaran umat Islam mematuhi ajaran agama dan amaran Allah dan Rasul dimana jika manusia itu memilih atau mengangkat pemimpin dari kalangan yang bukan ahlinya, maka tunggulah kehancuran dan kezaliman yang bakal menjelma. Dan inilah yang telah dan sedang berlaku di dalam negara kita sekarang.

Pemimpin atau pemerintah dengan mudah dan rakus menindas rakyat, merampas harta negara dan rakyat, menyeleweng dan khianat pada amanah, mungkir janji terhadap rakyat, melakukan fitnah dengan sesuka hati, mengamalkan rasuah dan riba, malahan sanggup menahan dan memenjarakan rakyat dengan tuduhan palsu dan jelik semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Mereka tidak peduli pada dosa dan pahala. Mereka sanggup menghina dan mempersendakan syariat Allah kerana mereka tahu tiada siapa yang berani untuk bertindak terhadap mereka. Semua agensi keselamatan tunduk dengan kehendak mereka sehingga sanggup melihat rakyat tersiksa dan menderita.

Siapakah yang harus dipersalahkan dalam kezaliman ini? Tidak lain dan tidak bukan ialah rakyat yang sudah sedia maklum akan tindakan dan perangai jahat pemimpin dan pemerintah selama ini tetapi masih sanggup memilih dan mempertahankan pemimpin yang sebeginilah yang bertanggungjawab dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Allah sudah memberi amaran di dalam Al Quran "janganlah kamu cenderong kepada kezaliman nanti kamu akan disambar oleh api neraka". Tetapi manusia masih pekak, bisu dan buta dengan amaran Allah ini semata-mata kerana ingin menjaga perut, poket dan kedudukan yang tidak seberapa dan tidak mempunyai nilai disisi Allah itu.

Ingatlah, selagi rakyat memilih dan menyokong pemerintah dan pemimpin yang sebegini, maka akan berterusanlah kezaliman berlaku dalam negara kita ini. Jika kita benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah dan Rasul, wajib kita menghentikan segala kezaliman ini dengan cara jangan lagi menyokong dan  mengundi mereka dalam PRU13 nanti. 
  

Baca Berita Penuh ..

Kakmah Jadi Bahan Lawak Maharaja Lawak 2011...



SEBELUM ini dalam episod Maharaja Lawak Mega 2011 yang sudah, Pelawak terkenal tanah air, Afdlin Shauki pernah mencuit hati dengan gaya ala Rosmah Mansor sedang bersenam.



Dalam rancangan siaran langsung pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega 2011, malam tadi Adflin Shauki nampaknya mengutuk Bik Mama secara terus dan "All Out" tiada tapis-tapis lagi.

Beliau dengan gaya rambut serta lenggok Bik Mama, malam tadi menyelitkan lawak cincin berlian dan beg tangan jenama mewah termasuk poco-poco dan senam aerobik.

Bukan itu saja, malah beliau turut mencuit hati penonton dengan lawak air zamzam dan peluru yang baru dibawa pulang dari Mekah. Di bawah ini rakaman video antara babak-babak yang jelas memerli Bik Mama. - From Milo Suam

   
pssst.....Pakjib..jangan pikir banyak2..nanti botak terus pulak kang....heheheh... 

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat