Labels

Aik? nama domain masih kekal lol? hmm, kalau mcm tu takpa, nanti kalau dh tak boleh guna http://www.ohrakyat.org, hangpa pakai nama domain original dri blogger ni la -----> bloggerz-express.blogspot.com blog ni akan diaktifkan semula, tetapi bukan lagi blog 100% pasai politik. sekian harap maklum.
Showing posts with label turki. Show all posts
Showing posts with label turki. Show all posts

Saturday, 7 January 2012

Masih Ingat Peristiwa Memali??? : Pakjib Lari Ke Afrika...kekekekk...


Hek elehhhhh pakjib ni..kononya nak pi buat lawatan...kekekek...

Bebas Anwar 901: Najib Altantuya Takut, sudah Cabut Lari Ke Afrika Selatan !!!

Dalam sibuk seluruh negara tertumpu ke arah keputusan paling besar dalam sejarah negara tahun baru 2012 ini berkenaan kes fitnah liwat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, rupanya Perdana Najib Altantuya sudah cabut lari nun jauh ke bumi Afrika!

Mengulangi sejarah mentor politiknya, Mahathir Mohamad yang culas ke China semasa tragedi berdarah Memali pada 1985, Najib Altantuya juga dilihat mengambil pendekatan selamat untuk mengelak dari dilibatkan dengan keputusan mahkamah yang dilihat sudah boleh dijangka, dan paling penting siapa dalang di sebalik keputusannya!

Muslihat Najib Altantuya sudah lama diduga dek kerana apabila sudah berada di Afrika Selatan, kira-kira 12 ribu kilometer dari tanah air, dia dilihat kununnya tidak cuba mempengaruhi keputusan mahkamah yang jelas sekali berat sebelah dan prejudis!


Rosmah Mansor yang mengikuti isterinya juga dilihat tidak mahu dikaitkan dengan keputusan mahkamah dan membiarkan timbalannya, Muhyiddin Yassin terkontang-kanting menjawab apa saja keputusan yang bakal diputuskan oleh mahkamah Isnin ini.

Musa Hitam juga tidak terlepas dari serangan bertali arus media semasa ketiadaan Mahathir dulu walaupun dia Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tindakan menyerang Memali di Mukim Siong, Baling, Kedah lama dahulu.

Apa pentingnya menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Johannesburg yang tidaklah begitu penting sebenarnya selain dari mengahbiskan duit rakyat semata-mata!

Alasan hubungan baik yang terjalin semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu tidak boleh dijadikan alasan kerana syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines (MAS) sudah pun menghentikan perkhidmatannya ke Johannesburg dan Cape Town atas alasan kekurangan penumpang selain mengurangkan hutang menimbun yang dialami MAS!

Penganalisis politik berpendapat, tindakan Najib Altantuya ini lebih didorong oleh rasa takutnya akan apa saja persepsi rakyat yang akan memerhatikan setiap tindak tanduk keputusan mahkamah yang bakal dibuat Zabidin Mohd Diah.

Malahan Najib Altantuya kini terdesak untuk meraih sokongan rakyat disebabkan gerakan Bebas Anwar 901 semakin mendapat perhatian dan buktinya lebih 740 laporan polis dibuat pencacai setianya setakat jam 2.40 petang tadi.

Apa yang pasti, Najib Altantuya, walau berada di mana sekalipun di planet ciptaan Allah SWT ini mesti bertanggungajwab di atas segala keputusannya sama ada penghakiman Zabidin memihak Anwar Ibrahim atau pun tidak !

psst....Madey dah turun ilmu kat pakjib....kekekek.....muyiddin yg kena bias..keekek...pakjib botaki harus bertaubat!!!

Baca Berita Penuh ..

Blog Pakatan Rakyat